Friday, November 27, 2009

0 hakikat panca cahaya

jangan di gapai bintang di angkasa,
kerana cahaya atau malapnya,
tiada yang dapat menyangka.
jangan dipandang hina rumput di daratan,
walaupun duduknya rendah,
tetapi banyak gunanya.
jangan disangka permata itu berharga,
kerana ianya mungkin mainan dunia.
jangan dirasa kaca itu tajam menikam,
kerana seksa pedihnya mungkin hasilkan bahagia.
jangan tertipu indahnya kejora,
walau indah maha karya ciptaannya,
namun mungkin ada sekelumit busuknya.
segalanya terletak pada cantiknya hati,
kerana diri tahu mana bahgia di cari,
mana seksa tidak lagi dipeduli.
dan dengan itu satu yang diyakini,
akan wujudlah sebuah pelangi hakiki.

itu bahagia sejati

Wednesday, November 25, 2009

0 ~k.o.s.o.n.g~

mau ubat untuk hati..
ada x?
suffocated..

Tuesday, November 17, 2009

0 :: syaitan d.u.n.i.a ::

Kerna duit, manusia putus saudara,
Kerna duit, manusia gilakan harta dan nama.
Kerna duit, manusia fikir dialah raja,
Kerna duit, manusia lupa Yang Maha Kuasa.
Kerna duit, manusia mula menghina,
Kerna duit, manusia rasa terhina.
Kerna dut, manusia butakan mata,
Kerna duit, manusia tak kenal apa itu dosa.
Kerna duit, manusia alpa nikmat dunia,
Kerna duit, manusia lupa mana kaca, mana permata.
Kerna duit, harga diri hilang maruahnya,
Kerna duit, manusia hidup dalam neraka sengsara.
Kerna duit, ego sombong di hatinya bertakhta,
Kerna duit, sahabat kalian adakalanya sementara.
kerna TANPA DUIT, kau ibarat tiada apa,
Kerna KAU lupa, DUIT itu SYAITAN DUNIA...

P/S: tanpa duit meranakah kita??
Related Posts with Thumbnails