Tuesday, June 29, 2010

0 bila hati menjerit 'WTF!!'

situasi: kedai gunting rambut

mangsa: gadis yang hatinya penuh harapan

background music: killing me softly.....


pernah tak rasa masuk hair saloon dengan hati berbunga riang macam baru makan choki choki masak 3rasa, dan keluar dari situ mcm rasa makan ayam panggang yang hangus terbakar akibat dari terleka tgk drama sembilu? pernah tak???


saya pernah.


sungguh berkecai hati nie ble tgk hasilnya dan terkedu. satu perkataan merangkak dalam kepala hotak


star trek.


jangan cuba-cuba nak bayangkan yang mana. character yang mana satu. kerana kalau jawapan kamu tepat, samalah mcm kamu baru je masukkan hati yang dah mmg nyawa-nyawa cencorot ni ke dalam blender. ya, anda kejam. sama kejam dengan amoi 2. merperkotak katakkan hati luhur ku.

*mengensot dengan penuh kesedihan menuju ke dapur kerana tekak ku dahaga. berlatarkan music sedih yang teramat-amat 'hit me baby one more time'. sumpah sedih*

aku patut bersyukur rambut ku bukan macam ni.

ye. ini pon salah satu watak star trek. dan jangan bygkan aku begini. JANGAN!! (ini amaran keras. sekeras batang paip yang hinggap di kepala korang kalau ada niat nak bygkan.)


**sebab aku hensem lagi. dan tak de misai tanglong dan janggut yang macam kena gelek ngan mesin rumput. **

Monday, June 28, 2010

0 cawan dunia...

ari 2 aku dah citer demam cawan dunia sedang melanda... ntah kenapa terpanggil nak wat satu entry hambar pasal WORLD CUP itu. sbnrnya aku ada team pilihan sendiri tapi biarlah ia menjadi rahsia hatiku. kenapa??? sume yang cakap team pilihan diorg, ble team 2 terpaksa makan lauk telur BUNGKUS di awal pusingan, rasa dia.......... macam ko tuang listerine kat luka ko yang fresh and masih berdarah... perrrrrrgghhhhhh... pedih sial............ menusuk ke urat otak dan mengundang rasa nak main skipping bagai tiada esok dengan kadar lompatan selaju 20lompatan/sesaat.... memang di dalam kamar syahdu rasa dia..........

so ble korg dah byk gebang mula-mula, and bila team pilihan dah kena bungkus 2, terpaksa menahan pedih the second round ble kena perli.... ha yang ni plak rasa mcm ko tonyoh garam kat gusi ko yang bengkak........ perghhhhhhhhhhhhhhh........... terbaaaeekkkk dari ladang......... sedih woo.. patah cinta pon tak rasa mcm nih.... apatah lagi putusnya tali skipping yang korg main tadi.... pada sapa mau mengadu...... nyorok je laaa bawah katil sambil makan pelam cicah asam.... bagi merawat luka lara......

banyak team gergasi yang dah tertewas. dulu GIANT, skang terpaksa laa mengalah kat team TESCO EXTRA. sbb diorg lagi kuat dan besar..... antaranya

1- melukut ITALY di tepi gantang
2-meniti FRANCE di titian usang
3-umpama ENGLAND dalam mimpi

so moral of the story, jadi cam aku..... sokong mana pon ko relaxxxx je... supaya kejadian pedih mcm di atas tak terjadi kat diri aku sendiri.... hehehe.... tindakan bijak mengalahkan rasa dapat semua A dalam UPSR. aku tak tahu rasa dia mcm mana. masa kecik aku kurang matang. oh jangan tanya SPM aku plak mcm mana. mungkin korang tido malam ni sedar2 pagi esok, korg dah ada berdekatan tanah perkuburan islam sungai rokam. siyes aku tak tipu....


mungkin dengan entry ini aku akan jadi nyawa-nyawa tenuk gojeesss bila adik aku balik nanti. dia penyokong tegar ENGLAND celop tepung....

aku tempah kain kapan sekarang. mak konah mari bantu.

anda begini pon anda masih HAWT! alololooo... awat pokcik david... sabaqqq naa

Saturday, June 26, 2010

1 benci, benci sayang

'jangan suka benci-benci sangat, nanti timbul sayang'.........


pernah tak sapa2 cakap ayat 2 kat korang??? tak pernah...?? dah ko baca blk ayat di atas, kira aku laa org yang ckp 2. so dah pernah kan sekarang... bagus. kembali ke tajuk. tak bley blahhh tajuk entry gaya jiwang. ok motif??? dah ada orang sound aku dok post entry byk sgt. hek eleh. esok aku apply laa jadi postman sambilan. so aku bley post seberapa byk surat dan budu yang aku suke. xde sapa nk marah... hahaha... skang dia benci laa aku post manyak2... nanti aku dah xde nanti, dah mula sayang kat aku rindu kat aku... kan kan kannn (berlari nenek ke tandas. perut sakit. byk ckp bohong mmg bukan aku. )

**ok. urusan selesai. lega**


berbalik ke pangkal peha. eh bukan pangkal jalan. dalam hidup ni kadang-kadang ada je kejadian-kejadian yang menimbukan perasaan 'benci bilang cinta... tararam tarrararam.. pinjam lagu majid jap. haahah... cam lagu nih... dulu majid nih mmg laaa benci lagu ni sampai ke anak tekak. dengar je nk letupkan radio. sampai radio penat dah diletupkan, dia letup diri dia sendiri. mmg pejuang berani mati radio nih.. radikal lebih. so, pergi laa ke giant mencari radio yang kurang radikal iaitu mp3. tapi sbb dah lama sangat bencikn lagu nih. last2 dah suka... haaa.. see... so jangan nak benci sgt. ai tau yew takut satu makhluk allah yang paling notty 2.. u benci dia sgt.... kang, i dapat kad kawen yang ooohhhemmmjiiii nanti... ahhaha...(sambil mata berkaca penuh harapan, mungkin aku juga bakal diletupkan)


dulu pon aku paling menyampah giler dgn game galah panjang. asik berlari je tanpa arah tujuan dan cita-cita. tahu2 team A menang, team B dah tak puas ati. mula laa perang saudara mara. alah galah panjang je pon. aku main skipping sorg-sorg tak kecoh pon (ye, saya mmg seorang yang pemalu dan anti-sosial. dulu xde facebook. kalau tak mesti aku dah ramai kawan.)

dalam dok benci-benci game 2, skali makcik konah ajak aku main, sampai gian beb!!!! aku mmg tak bagi org balik. tunggu aku puas main dulu. padan muka diorg. sapa suh ajak lagi. sampai makcik konah kena pecat laa dari jawatan ahli mesyuarat kubur belia 4B dia. hahaha... sebab slalu xdtg meeting. alasan: bermain galah panjang seperti tiada esok. sangat laaa turun-ke-bumi makcik nih. ilmu menipu tak pandai. kompem kena buang.


so, ada gak kejadian-kejadian pelik mcm aku mmg tak suka mamat nih, last2 dalam hati ada taman tema genting kota keriangan. (hambek!) tak suka minah nih, last2 dia laaa kawan sekudis, jadi kawan baik laa maksud. apa kes aku nk main share kudis ngan dia walau aku tahu dia kudis pon xde. ngeeee... (nama sebenar harus dirahsiakan atas sebab-sebab aku tak nak diri diletupkan. sekian. )

**misi berlari-lari anak ke tepian menuju ke toilet lagi. apa hal perut aku nih...!!!!! **


**okeh saya kembali dengan nafas yang baru dan bau yang harum durjana**

nasihat aku, sebelum aku wat larian pecut watson nyaaaaaaaambek lagi, jangan mula rasa benci. mulakan dengan 'assalamualaikum, saya rasa saya tak benci awak. rasa sayang, ble kita bley kapel??' haaa... try laa wat. nanti kot dah dapat rombongan merisik,kasi tahu aku. aku nak mintak royalti. ghaahahahahhaha.....



**start kete nak g farmasi. pil che-kit-teck-aun, berdampinglahh dengan ku. cherry berry ini makin menggila... oh, aku tak patut benci dia. nanti aku jatuh syg plak kat cherry beryy.. agghhhh... i dun give a damn....!!! **

6 pembelaan nasib cik murta back!!

aku memang suka jalan-jalan kat pasar malam. kadang-kadang aku berjalan di pasar malam di waktu petang. mengapa? sbb diorg yang bukak dah gerai time petang sapa suruh... aku pon pergi laa... lagi pon anak dara mama ckp tak baik kuar malam-malam... 2 mama ckp laa... tp aku kuar gak pon... dasar anak yang baik mendengar kata mmg cam 2... ehheh..

berbalik pada topik. aku kalau g pasar malam kat area perkampungan hadhari aku nih... (area umah aku la) mmg tak sah aku terima nikahnya, kalau aku tak beli murtabak meja bulat. haa... kenapa meja bulat? dulu makcik ni wat martabak kat atas meja bulat... tapi sbb murtabak dia dah glamer, dia tukar meja. wat atas meja persidangan cuepacs. panjang sket... berlari-lari anak ke tepian jugak laa makcik ni wat murtabak. sebab mmg murtabak dia femes. apa jadi nasib meja bulat tersebut? jadi tempat kupas bawang. kesian beliau, nasib tidak terbela.

aghhh,.... apa aku melalut ni. aku bukan nak citer pasal makcik 2. aku nak citer pasal ANAK makcik 2... haa. bukan sbb muka anak dia tetiber cam AARON AZIZ mahupun aziz satar. tidak. anak dia lah yang handle bab2 jaga duit, bungkus murtabak, tanya kat orang: ayam ke daging? (apa ke biol tanya orang 2 ayam ke daging. kompem laa dia manusia. apa kes ayam atau daging dtg nk beli murtabak) nak dijadikan citer, mmg ahh murtabak femes beb. selalu ada je kejadian org hentuk kepala guna batang paip sebab tak dapat beli. tapi yang aku MARAHnye, ada makcik ni order , 'dik, satu murtabak ayam, satu daging ye' dengan suara lemah lembut cam nasha aziz. kebetulan murtabak daging dah xde. makcik 2 plak, dan dan 2 gak dia tunduk nak ikat tali kasut adidas dia. bley dia selamber je masuk 2 murtabak ayam. aku tgk je. dia tgk aku. pas2 dia senyum. ha kantoi laa plak. kan dah bersalah. muka dah jadi cam cencorot nak lahirkan anak kembar. dah makcik 2 setel, trus ambek murtabak 2 tanpa rasa was-was dan pulang dengan hati yang gembira.

AKU TAK PUAS ATI. penipuan secara halus telah berlaku. buatnya anak makcik tadi 2 kena chicken pox yang xbley makan ayam, abes mengelupur dia menahan kegatalan sebab baru je makan murtabak yang disangkakan murtabak daging. yang makcik pon bengap, murtabak kalau chicken pox mana bley makan. kan ada telur 2. gatai laa satgi... bg makan roti celup tepung sudah.

berbalik pada citer mamat bersalah tadi, aku pon tahu dia nak kena handle ramai orang. tapi at least, jujur je laa.. apa laa salahnya kalau dia ckp, 'makcik, murtabak daging xde lagi. tgh masak. makcik g laa jalan ronda-ronda mengorat swiit swiit pakcik-pakcik yang ada or gi lompat bintang 100 kali dulu ke or chill dengan makcik konah sambil main galah panjang ke, pas2 datang blk. kompem saya 'reserved' kan tuk makcik' dengan suara lembut macam justin bieber.

hati aku agak panas. time aku tgh nak bayar duit, datang sorang pakcik. 'dik, murtabak ayam tak nak bawang, tak nak telur satu.' hahahahahha... padan muka kau. skang budak 2 plak panas ati.. pakcik 2 ingat dia ada kat burger king agaknya. main order gitu. nasihat aku pada pakcik tersebut, 'kalau tak nak bawang, tak nak telur, apa kata pakcik g beli PUTU PIRING je, kompem takde entiti bawang atau telur.

hati puas. balik umah. makan murtabak cicah budu perisa mak teh kubang kerian. thorbaekk!!!

sekian.
sekadar gambar hiasan. mesti pas ni korg g cari murtabak kan?? ahhahaha

0 HORRORscope C.I.N.T.A


It’s not natural for Virgo to undertake resolute actions. If their heart is caught, they take some time to think and don’t make important decisions. Love horoscope Virgo informs that this sign can’t stand any suspense and is afraid of uncertainty.

Virgo may fear that being pregnant with a child may deprive her of her feminity and attractiveness. But it’s not always so. In many cases Virgo becomes a wonderful mother, devoted to her children. Love horoscope Virgo makes believe she is ready to abandon her long dream of independence to create a happy family.

Virgo considers passion to be a weakness of soul that should be treated by mind. They are inclined to analyze their emotions, trying to minimize them by being rational, doubtful. They may even mock at their feelings and have long debates with their partner. In reality, they turn out to be more attached to a person than they imagine.

Love horoscope Virgo gives a striking definition: burning ice. A representative of this sign never opens his heart and conceals his real feelings. In fact, they think that actions can be more demonstrative than words. Tenderness may take humiliating forms. For example, Virgo claims to be faithful, not expecting the same the partner to do the same. And they keep the word. Virgo is looking for a relationship, where moral honesty, chastity and affection are highly estimated. If this relation is not found, Virgo prefers solitude.

There is a large number of singles among the representatives of this sign. Love horoscope Virgo foresees immense difficulties at the first stage of relations. Virgo is timid and reserved and is often at a loss when it’s necessary to show the feelings. Sometimes they loose an opportunity and come home lonely, suffering from unfulfilled desires. Or they may choose a simple ordinary relation that brings serenity but makes them stay indifferent. Being rather old, they may forget about everything in order to be lost in an incredible passion.

Virgo has a bent to stop at the last moment, when everything is practically done. So, some activities often remain unfulfilled.

Love horoscope Virgo predicts a favorable alliance with Capricorn, Taurus, Scorpio and Cancer, advises to avoid Aries and Sagittarius.

Friday, June 25, 2010

2 teriak jasad dan roh


lihatlah aku jika sudi hati mu
dengarkan aku andai ada rasa mu
tanyakan aku jika punya belas mu
intailah aku andai ada detik percuma mu

aku ada di sini
tegar berdiri
masih menanti
dalam sunyi dalam sepi

hujan tak lagi bawa salju rasa
titis rintiknya seakan mengerti
tentang erti pedih, tentang erti sakit
bila mana gelap, bila mana perit

ajaib sang awan hitam itu
rampas segala sinar suria rasaku
dalam sekelipnya mata, sekejapnya cuma
tanpa amaran 'matilah kau, jiwa!'

aku tetap masih di situ
terduduk pilu
masih terus menunggu
dalam syahdu dalam sayu

walau seadanya aku
kuatnya sudah rapuh, pupus sudah meratah
berharap agar sekuman cahaya disuluh
dan dapat ku lepaskan lelah ku, hapuskan sesak ku


jangan sampahkan aku. mohon aku. rayu aku.

0 aku pernah


aku pernah

rasakan setiap penat mu itu, seksa ku.

aku pernah

topengkan gembira supaya hati mu tidak pedih

aku pernah

walau penat menggila, tetap tersenyum untuk kamu

aku pernah

cuba habis upaya ku agar hatiku kau sambut

aku pernah

percaya bahagia itu ada dengan kata indah mu

aku pernah

korbankan segala mahuku kerna tak mahu bebankan mu

aku pernah

tahan empangan air mata, bagi kau saksi kuatnya aku

aku pernah

gengam erat tangan mu walau ku tahu kau tak perlu aku

aku pernah

telan segala sakit demi untuk hiburkan kamu,

aku pernah

tabahkan segala seksa agar aku tetap dalam ingatanmu


tapi mengapa tak pernah sekali kau cuba mengerti?

atau hargai?

atau hargai?

atau hargai?


putus sudah daya ku. ya aku tak mampu.


0 snippet-snippet

snippet ni bukan nama pet terbaru aku mahupun nama chomel bagi snipper kebanggaan tok siak kampung aku.. snippet ni kira cam citer pendek2 hupdate2 ttg life aku skang yang agak tak penting di mata masyarakat ahli kubur belia 4b. eh salah. ahli mesyuarat kubur... tak baik kata diorg ahli kubur. blom nk mati lagi makcik-makcik belia 2...

snippet 1: result exam dah kuar. final exam. final sem. jangan tanya pointer aku berapa. kang aku jirus dengan air sirap pekat time korg tido... bgn pagi kompem wat citer angker, asal badan aku dilumuri dara nih..... eh salah... dilumuri darahh niii... haaa... jgn salah sebut. buruk padahnya.


snippet 2: konvo aku bulan 8. 5haribulan 8. sapa tak bagi hadiah, pendek nafsu makan. haa.. ok laa 2... bley kursus apa... salah lagi..... boleh kurus apaaa... tak payah minum jus matte... ehhehehe..... gurau je... tapi alang-alang nak bagi hadiah 2, apa kata rujuk kat entry WISHLIST kat bawah 2..mana tahu dapat inspirasi anggun... ahhaha... so, sapa rasa nk dtg, tunggu aku suh adik aku ngorat pak guard UM dulu.. mana tahu dapat car sticker lebey... bley aku anjurkan ROMBONGAN BELIA 4B. (asal asyik 4B eh??? ooo.. tak cukup bijak nk masuk kelas A.. kalau pandai kompem belia 4A. baru style. )


snippet 3: bulan rejab dah tiba. maksud, bulan puasa nk dekat. dah abes ke korg ganti puasa??? haa. aku dah....(bangga) ermm jap!!! (g tgk calander lagi skali. final check up)


snippet 4: skang musim 'cawan dunia'. sana sini org ckp pasal bola. kalau tgk profile picture mukabuku, sorang2 pakai picture jersey bola. kalau betul minat, alhamdulillah. kalau tak minat, xpe aku faham. bukan selalu ye dak?? pas2 wat2 kan je laa status macam GO ITALY (bungkuih dah pon), GO ENGLAND (aku tahu uncle david je) GO BRAZIL (team cliche yang nk menang) GO INDIA...!!!! err... xde eh...??? aku tak minat. aku juga tak minat nk jadi poseur.


snippet 5: masih jobless. aku dah cari dah keje. tapi keje yang tak nk cari aku blk... asyik2, tunggu ye, nanti kami call... tapi.... ahhh.... ckp psl ni je aku rasa hati ku mengecil. oh dilema seorang penganggur ni kdg2 sama je.... (episod sedapkan hati: diorg nak call, tapi mungkin aku salah letak no tepon. ataupun bos diorg lupa nk topup kredit telefon ofis... mungkin mungkin... ) tefakk!! pergi neraka.. sbb korang laa cita-cita aku nk jadi cashier tak tertunai sampai sekarang!!!! (masuk stor, menyorok,merajuk, tak tutup lampu. sebab dalam stor siapa tahu ada apa... ye aku takut gelap. puas ati?)


snippet 6: hari hujan


snippet 7: aku lapar


snippet 8: mengantuk laa pulak


snippet 9: oh ikan aku dgn cafe aku dengan mafia2 aku kat muka buku menanti untuk melangkah maju... aku kena handal... pak sood punya kolam ikan dah nk masuk level 70. mak konah punya cafe pon dah nk masuk level 80. (mmg sumpah diorg tak de keje. buang masa tak abes2) yah yah yah yah.. fight fight. errr...


snippet 10: otai geng kapak dah blk. masa untuk duduk luar, berlakon-konon-konon-rajin-wat-keje....


bye....!!!!

4 indah pelangi : ii


aku kah sang pelangi itu
yang menjadi igauan tidurmu
yang menyinari hidupmu
yang membiaskan warnanya untuk dipuja olehmu

aku mohon
akulah sang pelangi itu
kerana sememangnya
itu tugasku

kamu tetap di kalangan pelangi itu.
yang menyinari setiap hembus nafasku,
yang melayan kerenah sumbang mulia aku,
tanpa ada rasa jemu.

aku juga mohon.
agar kamu tetap di situ,
sentiasa ada,
kerna aku perlukan warna mu

warna yang ceriakan hati kusam ku.

0 indah pelangi :i


Kalau ada izinku menyentuh pelangi itu,
Akan ku pastikan warnanya berseri berkilau selalu.
Walau adakalanya suram cahaya hatinya,
Tetap ku di sini, setia hulurkan walau secebis Cuma,
Sekuman cahaya hati walau ku tahu tiada banyak jumlahnya.
Tapi tetap ku akan beri. Pasti.
Kerana kamu sang pelangi.

Kalau ada peluangku mendampingi pelangi itu,
Akan ku sajikan ceritera indah sebagai peneman tidurnya,
Agar dapat lena bahagia diulit mimpi mempersona,
Harap ku agar ada secebis gembira dalam dirinya
Kerna tiap kali melihat senyumnya, itu sudah cukup.
Cukup buatku rasakan hangatnya mentari pagi.
Indah. Bahagia. Namun biarlah ini dia yang rasa.
Kerana kamu sang pelangi.

Kalau ada tiap masa ku mengagumi dia, pelangi itu.
Mahu ku bantu dia ringankan segala apa beban di benaknya,
Ku kutip juga semua mimpi ngeri, duka lara terbitan hatinya,
Takkan sesekali aku biarkan warna warni hiasan hidupnya,
Kusam, pudar, layu, tak berseri lagi dek ujian duniawi.
Walau seantero dunia berpaling tak mahu menoleh padanya lagi,
Tetap ku ada di situ, di sisi, tak kan sekali aku berganjak,
Tetap tangannya ku gengam, erat teguh tak sekali ku leraikan,
Hingga jika dia kata, berhenti, cukup lah kau di sini.
Selagi tidak, tegar setia aku di sini. Teguh. Kental.
Kerana kamu sang pelangi. Mungkin bukan pada mereka atau siapa-siapa.

Untuk aku, kamu istimewa. amat!

Thursday, June 24, 2010

0 kalau lah kamu tahu


kalau lah kamu tahu,
tiap waktu saat ku sendiri,
kotak jiwa aku terlukis gambar kamu,
yang tersenyum ketawa segala,
indah.


kalau lah kamu tahu,
segala doa sujud syukurku,
ingin ku hadiah kan kusyuknya,
untuk jiwa kamu merasa ketenangannya,
ikhlas.


kalau lah kamu tahu,
pabila ku tahu sakit gering diri mu itu,
jiwa bagai ditusuk kayu-kayu tajam ranap
hati kertas ini rasa direbus hidup-hidup,
pedih.


kalau lah kamu tahu,
aku bukan mahu agung-agungkan rasa jiwa,
ya memang elok ku simpan segalanya sahaja,
tapi aku tak bisa,ku perlu lihat senyum itu,
walau bukan untuk aku, tidak apa-apa
bahagia.


aku rapuh bila kamu tidak teguh. tapi itu aku.

ini rasa suapan jantungku. kerana kamu nadinya.

maaf.

0 tulang lawak.

dah lama tak menulis dengan bahasa-bahasa sengal. hahah... someone said to me: u have lotssa funny bones in you. *diam* kepala tak abes-abes rasa nk ketawa. funny bones: tulang lawak??? hahaha... best tol tulang aku... nasib baik dia tak cakap 'funny meet up' yang dengan geniusnya aku translate sebagai temulawak... hahahaha... temu tu bukan mcm 'bertemu' kita kembali dalam rancangannnn..... temu-meet up??? ke aku yang sengal?? hahaha....

and ada gak seorang makhluk tuhan paling sejuk (cool laa) cakap kat aku. 'asal 2-3 menjak kucing berlari ni (ni dia tak ckp, aku saja tambah sos tiram sket), post blog u mcm jiwang je... ' jawabku dengan nada paling sopan dan gedik manja,' sebab i poyo. muaahhahahah oppss... hihihi... ye, i mmg sopan orgnya....' warghhahahhahahha.... xde laa.. jawapan aku yang nyata sebenarnya.... 'yeke!!!!!! laaaa, tak pasan plak... mungkin tyme 2, persona non gratang aka split personality aku tergelincir tanpa di undang... sumpah siyess aku tak undang dia... undang-undang pensyarikatan malaysia pon mmg lansung tak mengundang keundangan tersebut. (kompem baca ni rasa nak hempuk aku kan?? ko 'lurus-menuju-ke-point xbley?? ok aku tak tahu nk translate straight to the point dalam bahasa ibunda ku)

pendek kata. yang tulis sume post berunsurkan kejiwangan 2 orang lain, yang unsur jiwa kacau tu orang lain, yang wat lawak bangang mcm gadis sopan lagi baik 2 orang lain.

'denial tak sudah. tak matang. '

ye yelaaa... aku ngaku. sume tu aku yang wat. ok fine. puas ati? hahahaha...

mode gadis matang: ada kalanya pengalaman hidup sekejap kamu rasa indah, sekejap kamu gundah, sekejap lagi kamu rasa ianya harus menghiburkan hati sesiapa sahaja dengan ketawa girang kamu. adakah salah (sila baca dengan suara paling ayu, mcm diana danielle. tapi kalau nak baca dengan suara hamid gurkha, akak tak marah y'olssss) hahahaha


satu je. cuba teka apa yang aku tengah wat sekarang. kalau betul aku bagi adiah. nak tahu adiah apa? teka ah dulu. kompem tak nyesal...


(nak suh org teka kunun. ko ingat blog ko ni ada ke orang rajin nak baca.... !!! sentap ke??? sikit pun idakkk....!!! hahahaha )

Wednesday, June 23, 2010

0 then she

then she cries herself to sleep
like the thousand nights before
though she knows she's in too deep
she is strong for millions more

then she sings a melody
of her heartbreaks and burning thorns
and she hums them truthfully
there the silence heard her mourns

is there anyone out there?
would you lie to her you care?

oh cruel, cruel nights
she thinks you are her only friend
don't you give ways for the lights
she found comfort in your hand

then she smiles to greet her dreams
if only life would be as kind
with bunny rains and milky streams
cherry kisses and chocolate buns

then she prays to never wake up
cause her shivers wont stop the dawn
she fills her tears in a cup
and drinks them all while she mourns

is there anyone out there?
would you lie to me you care?



lagu ini hak milik sepenuhnya dari fynn jamal. seorang idola. lagu-lagu dan puisi-puisi beliau tidak pernah sekali pun gagal untuk disesuaikan dengan apa ceritera pedih mahu indah milik hati ini.

walau jauh atau dijauhkan mahupun menjauhkan segala rasa, pedih itu tetap ada. sepi itu tetap menggigit kejam.

bila rasaku ini rasamu???


entah, aku pun tak mungkin tahu. yang ku tahu hanya satu.


aku rindu.

2 wish upon zillion stars...

zillion???? ada ke???? hahaha.... oke lah. ari nih mood bertambah okey... cuma tinggal snippet2 memori daun pisang dolu... yang tu lain citer.... ha... skang aku nk citer pasal my WISHLIST!!! yeayyy.... since cik twinx saya, jiddahh dah pernah ada wishlist, so, i will follow you.... wahahhaa...


wishlist ni pening... eh salag PENTING... haaa sbb dia mcm we set our aim laa... bukan AIM-Anugerah Industri Musik ye... no no no..... so moga-moga ada laa di antara wish list ni termakbul... atas usaha sendiri ke, org bg ke (mcm sgt lah dalam mimpi kot) hahah... kira nk kena gak set target berapa lama nak dapat sume nih.... so bg aku dalam 2 tahun laa... wahh... 2 tahun 2 pon kalau wish list ni tak bertukar atau bertambah... ahahha... sukasuki aku je... so, nak tahu...?? ready???????? btw, list ni bukan mengikut priority ye... main letak je.....


wishlist 001 (code itu perlu untuk nmpk kewl. haprak tol!)


sony alpha a330 *limited edition* nama pon limited. by the time aku nk beli kompem dah xde kaler nih dah... unique. dslr slalu kaler itam. aku mau kalaer bronze... mana nk cekau duit??

wishlist 002:blackberry bold 2 : ni dah lama sangat teringin tapi entah la... budget tak pernah nk ada. so mungkin satu masa. aku baru nk pakai beri hitam ni, org lain time 2 dah pakai beri silver ke... mana tau.. hahahah...

wishlist 003:

Canon Powershot G11 : kalau tak dapat 001, aku mahu 003. bley x? haha... camera ni best. aku suka walau bkn dslr. kira oke laa...

wishlist 004:


sony mp3 : nak yang ni, and colour ni gaks.... jiddah dah ada kaler pink, jiah plak kaler merah so ak mau yang kaler turqoise nih... yeayyy....


dah 2 je laa wat masa nih... ingin ditekankan sehabis mungkin di sini, segala yang di atas ni hanyalah KEHENDAK dan bukan KEPERLUAN... so, pelan-pelan kayuh sudeyh.... 2 tahun lagi... adakah akan termakbul semua ini??? doa-doakan laa yee dan selamat beramal.... hemohemohemo...... hahahaha... kalau ada yang nk wat bagi adiah di kala duka, bley je... xde hal punyoo... walau mimpi je laa kau labuuu.... hahahha... *phuhphuh* ha kan dah kena jampi.. jampi murah rezeki.... panjang umur. kita jumpa lagi.... cheeeewwwaaaahhh....


d(^__^)b




Monday, June 21, 2010

0 kata hati sepi

tiap kali aku belajar berdiri,
aku ditolak jauh ke dalam gaung kejam.
tiap kali senyum ku terukir,
aku disepak tanpa belas kasihan.
tiap kali aku mula kenal erti indah,
hati ditusuk dirobek duri tajam berbisa.
tiap kali aku cuba dampingi bahagia,
segala itu akan dipijak hancur berkecai halus.

hingga aku lumat.
hingga aku pupus.
hingga aku mati.

kerna aku tak pernah layak untuk semua itu.


apa dosaku? di mana salah ku?
kini aku mengerti. bukan sekadar alam mimpi fantasi.


izinkan aku membenci segala yang bernama, 'REALITI'.

Related Posts with Thumbnails