Wednesday, July 28, 2010

2 main masak-masak. jom..!!

chiangg.. chiannng chiaaaanng...... haha... entri kali ini saya sebagai iron chef nak mengajar tuan-tuan dan puan-puan mcm mana nak masak......................


daun semambu.... hahaa.. okeyh, jangan panik, bukan nak masak daun semambu masak lemak cili api atau 3 rasa mahupun daun semambu sweet sour... no no no.... memandangkan si gojess ni dah mmg sedia maklum kena chicken pox, so ini laa antara petua orang dolu-dolu. katanya nak bagi cepat keluar segala bisa, apa laa.. pendek kata nak bagi cepat baik dan tak laa gatal-gatal tergaru-garu mcm monyet baru belajar erti kehidupan.

jadi, berbekal semangat yang kental dan azam nak baik cepat, aku pon telah memaksa dengan lemah lembut gemalai pak sood untuk memetik daun tersebut di hujung kampung. aku payung ahh duit minyak kete sorong dia... apa ada hal.. hahaha.....

nak tengok mcm mana rupa daun 2??? haa... ni dia... nama dia daun semambu. kalau korang kena demam campak ni, jangan nak memandai main ambek daun bunga kertas ke, daun pokok mempelam ke sesuka suki korang. mmg xde apa kesan laa cam 2.. hahaha.....


haa. ni laa rupanya daun tuh... jelita kan rupa bentuk daun nih... so apa kita nak buat sama ini daun?? banyak sangat aku dgr.. ada yang suh letak atas katil la, ada yang kata rebus, pas2 air rebusan wat mandi dan ada yang suh blender je wat ala2 body mask gitu... so mula aku ingat nak blender je.. laa biasa ah.. orang rajin. pas2 pk blk, kang pahit plak blender. nak wat jus oren dah kena perah sendiri. lagi seksa. so aku pon decide, tumbuk je. bukan guna tangan atau kaki. guna lesung laa...

tadaaa... sebijik macam adengan main masak-masak time kecik-kecik dulu... best woo tumbuk daun. syahdu ke rasa ble tertumbuk jari sendiri... berangan lagi.. bley plak mak aku ingat aku nak wat sambal belacan. baru dia nak terharu. hahahah...


kalau rasa nak buang tebiat, hidup dah rasa xde makna, bley laa campur kan sedikit cili padi seperti di atas 2 secukup rasa. hahaha... jangan-jangan. aku tipu je. kang kalau korang lurus bendul macam makcik konah. korang ikut plak. mau dari kena chicken pox, korang kena monkey pox plak... terkinja-kinja menanggung kepedihan dan azab yang tak bertepi... aku tak tanggung... sbb aku dah cakap aku tipu je.. ahhahaa...


jadi tumbuk laa daun 2 selumat yang boleh menggunakan segala tenaga yang terpendam selama nih.. jadi laa mcm gambar di atas.. agak2 dah cukup lumat tu, kira oke laa.. xpayah laaa wat halus cam korang wat cili giling. tak payah semangat sangat. tak kan dapat award, penumbuk-daun-semambu-terbaik pon. sket-sket sudeyh....

tadaaaaaaa... ni laa hasilnya... nampak macam ulam plak... jangan plak korang menggatal makan daun ni cicah tempoyak. memang mencari nahas laa. tapi nahas ala-ala sopan dan takkan membawa maut. hahha...

so bila dah jadi mcm tuh, lulurkan laa kat badan time korang mandi. sure time korang mandi tu rasa macam masuk rancangan NONA kat tv3 tuh. segmen lulur mustika ratu ke mastika rata ke apa aku pon tak tahu. hahah....

so maybe esok aku nak try rebus plak. dan mandi air rebusan tuh plak. semangat kan? bukan, sebab aku dah malas nk main tumbuk-tumbuk nih. agak-agak, kalau aku suh bini pak sood tolong tumbuk kan, dia nak x? ke aku yang makan penumbuk atau abuuuugenn... eleh. kata jiran. kena laa sayang-menyayang... kan kan kan?? hahaha...

sekian saja rancangan masak-masak-tumbuk-tumbuk kita pada malam ini. bertemu kita lagi di lain hari masa dan di lain penyakit yang perlukan aku kongsi segala apa yang aku buat dengan korang. apa tunggu lagi.

renung-renungkan laah. dan selamat beramal. jangan dibiarkan hidup anda diselubungi....



daun semambu.

Tuesday, July 27, 2010

0 academic at-TIRED

semalam aku pergi key-ell wooooooo.... gila maju laa key-ell nih... dapat tengok klcc, menara condong, masjid kristal, muzium padi, dan banyak lagi...

contoh karangan mak konah yang gagal time dia ambek SPM ari tuh.... ish ish...

oke, yesterdayyyyyyyy, aku menjejak kan lutut dan tengkuk di UM buat sekian kalinya... untuk ambek jubah yang akan digunakan untuk latihan galah panjang kitorang peringkat negeri hujung bulan ni... gila hebat main sambil pakai jubah woo... kompem tersembam ke tanah- face first! nicee.... hahaha.. so ingatkan ambek jubah, cakap terima kasih cik-penjaga-jubah, dan boleh laa wa callooo meraaa bettaa.. rupanya sangkaanku dusta belaka. kena beratur panjang beb (standard laa 2, masuk jamban pon kena beratur gak!) banyak woo check point dia, kalah ko masuk amazing race, mmg berlari-lari anak ke tepian laaa. pendek kata, mencabar! panjang kata, waaaaathaaaaaaquaaaaaaaat??????!!!!!!!! (ye, aku penat. semua orang penat. kami pon mula menyanyi. bila anda penat, tepuk tangan, hey hey! bila anda penat, tepuk tangan, hey hey!!) "cantik bukan? macam setan"

so disebabkan penat semalam masih ada saki baki, and kaki ku menderhaka lagi dengan menggila, malas nak ckp byk. aku mmg bukan orang yang banyak cakap. betul. ini serius. telepon... telepon berbunyi!!!! (percaya laa tolong), so layan gambar je la. semua gambar hasil camera hp canggih aku, nokia 3310.

hari dimulakan dengan bekkfess. sandwich yang cam haramm rasa dia. ada letak mayo dengan cheese. **muntah**waktu ni rasa nak wat sawan vaviii je.... ni baru check point yang ke 14. ada lagi 121 check pointssss to go. hahaha. oke aku tipu.


so bila dah sukses segala hal, perut kerongcong ala metal menggila mintak di isi.... berbekalkan semangat dan azam yang menggila, mari jerit sama-sama, HELLO MID-V...!!! selera cam raksasa gargon. mintak-mintak bakal mak mertua tak baca blog. eh lupa. aku marka pon xdak. mak mertua apa benda... hahaaahhaha


ikan. demam campak. say no to chicken. chicken shit tol. tapi sib baik lazat. i loiikeee~


and say YES for tako tao...!!!! menatang ni watkan aku gila. gila sedap! makan kompem mata juling keayuan.... aggghhhh!!!... pas makan ni rasa nak masuk meminang nishikido ryo. demm yuh gojesss creature. hahahha

ble jalan-jalan. aku ternampak dessssuupppp (bunyi side efek) benda alah nih. terus aku teringat kat pak sood dan kesengalan dia. aku pon beli. wat cenderajantung. mak konah tentu jeles dan minum minyak petrol sebagai tanda protes. sbb aku tak beli apa-apa kat dia. (tetiba aku rasa bersalah. demm!)


so sekian sahaja saya melaporkan untuk berita-sengal-ada-aku-kesah untuk hari ini. queen of sengal, sign out!!!!!

Saturday, July 24, 2010

2 kronologi demam ayam

entri bukan laa nak citer pasal seekor ayam yang demam ataupun demam terkejut sebab ternampak ayam xde kepala di halaman rumah. tak tak. aku nk citer dengan perasaan syahdu dan sayu nya, aku kena chicken pox. demam campak. aku ingat kan dah muda remaja cam skang ni, xde laa nak menghadap situasi mcm nih. aku silap rupanya. harus laa aku bukan budak medic, mana nak tahu. UPSR pon xdapat sume A. watdehek.

oke, demam ini dimulakan tanpa salam assalamualaikum pon. mula dengan rasa cam ada benda menusuk di kaki. sebagai seorang manusia budiman, aku ni dok laa teropong kaki sendiri yang harum baunya, mana laa tahu kot2 ada serpihan kaca atau peluru sesat melekat kat kaki. rupanya laa 2 laa ibu campak. campak ni dilahirkan tanpa ayah. kesian beliau. tapi adik-beradik dia, ya ampun..... tak terkira. dia naik bintik2 merah di badan super chomel aku ni. paling best merata plak di tapak kaki. membuatkan aku nak jalan pon terjengket-jengket cam pondan baru nak berjalan cam supermodel. pas2 diorng ni kejam laa gak. elemen2 gatal yang menular seluruh badan buatkan aku tak ubah mcm manusia kurang bertamadun. tergaru-garu tergedik gedik. sebagai manusia normal, aksi ini sangat lah tak dapat diterima akal sebab tangan aku pendek, tak sampai nak garu belakang sendiri. pedih....

dia tumbuh jugak kat tangan. ini yang aku agak nak rasa cam nak mengamuk gaya hulk version anggun lagi ayu lagi sopan santun. sengal gila. nak menaip ni pon rasa cam nk lempang hamster sendiri. sbb gatal dan pedih. nak menaip sms apatah lagi. sebagai seorang makhluk yang user-frenly terhadap sms telepon. selalu org msg aku sepatah, aku jawab mcm esei bahasa melayu standard spm. skang org msg pon, aku terpaksa jadi gadis anti sosial. reply dengan 'ok', 'haha', 'yup' ... tak ke membazir namanya 2. tak caya? try ahh antar msg kat aku tgk aku jwb mcm mana. kompem saket ati dan rasa nak gi lastik nyamuk2 chomel yang berterbangan menambahkan rasa nak bakar je bilik ni. sib baik umah bapak aku. kalau rumah ayam aku, dah lama aku bakar.

paling best. konvo lagi 2 minggu. tahniah dan takziah. great! just great...!

so apa lagi tunggu, meh ahh dtg melawat aku yang tidak bermaya nih. walau di alam maya aku mmg aktif ibarat makcik2 mesyuarat tingkap dok citer pasal adamaya. melawat tu agak2 laa bawak buah-buahan ker, fillet-o-fish ker, nugget ikan ke... kalau ko dtg bwk ayam goreng spicy mekdi ke burger GCB yang terkenal dgn kesedapannya ke, mmg aku tanpa berfikir panjang akan hidang kan teh panas racun tikus dan cucur kemenyan sebagai tanda terima kasih.

cipta rekod. taip 1 entri makan masa dalam sejam lebih. hebat! jom layan gambar hasil ihsan kamera hp aku


tangan huduh. bukan cubaan letak liquid paper kat tgn sendiri ataupun penampar sulung utk korg. ni laa hasil demam ayam pox tuh.. demm demm!!!


gambar-gambar di bawah adalah hasil budak-bosan-tak-boleh-kuar- berjalan- di-luar-rumah.

ni kipas bilik saya yang lembab mcm siput neraka.

ni plak bahagian atas langsir bilik yang bahagian bawahnya ada yang digigit hamster. cool.

bilik air wangi yang lampunya dah mati. terbakar. waktu kematian, 8.45pm. kedeemmit!!

unta version mendabik dada, 'i'm proud to be a camel... do you? i dun give a demm' haha.


notakaki: demam campak mampu memberi anda simptom sengal disebabkan otak yang tak mampu bergerak secara aktif, adil dan saksama. terhasil laa gambar-gambar sengal seperti di atas. sekian, majulah chicken pox untuk persatuan chicken shit sedunia.


Thursday, July 22, 2010

0 kebekuan kepala otak

dalam hidup korang sebagai seorang manusia, (kalau ada cencorot yang baca, so dalam hidup korang sebagai seorang cencorot), pernah tak lalui satu situasi mcm bila korang nak sgt sesuatu tu, kompem tak dapat, tapi bila dah xnak 2, banyak plak benda 2 depan mata. pernah x? kalau pernah, angguk kepala. kalau korang hantu xde kepala, tunjuk sign 'peace, no war' sket. haa.. ini lah topic yang cuba nak dikupaskan di sini (perghh... mcm forum perdana hal ehwal murid dah ni)

situasi 1: korang cuti panjang, pergi laaa ke sini sana berkeliaran mintak kerja dengan gaya paling sopan dan nada suara paling lunak berkrim di sukai ramai. apa yang korang dapat?? "nanti, kitorang call ye" tapi, sampai kucing aku baru pas nikah sampai dia dah beranak 4, korang xde call2 pon. (ok, emo. jauh hati). then skang ni tang aku dah nak abes cuti, banyak laa plak tawaran2 yang berkeliaran yang mmg sah2 aku xdpt nak kerja dah pon. hebat laa diorg ni... macam tau2 je nak kena bunuh secara beramai2. sume dok menabur segala janji manismu yang ibarat racun tikus bagiku. sib baik aku pandai, aku tak telan pon racun 2. sbb aku bukan tikus. yang plg best. kedai dekat umah aku. 'jawatan kosong, juruwang dikhendaki SEGERA' menyirap....!!!!!!!! ko bukan tak tahu jadi cashier 2 cita-cita azali aku sejak zaman remaja. sengaja je wat SEGERA dalam huruf besar tuh kan.

situasi 2: time korang ada duit (baru dapat elaun ke gaji ke atau pon dapat bonus pekerja pemain galah panjang cemerlang ke), barang yang korang nak beli macam xdeje... kalau nak shopping pon xbyk benda yang berkenan di hati. gaya tg barang pon dengan muka xde perasaan. ye lah orang tgh kaya, duit ribu2 dalam poket (yang ni bukan situasi aku). TETAPI. bila korang tgh xde duit, nak beli karipap sebijik pon dah mula kumpul duit 5sen, time 2 laaa member ajak "weh jom lepak", " aku bosan, tgk wayang jom" "jom gi jalan-jalan cuti-cuti malaysia kat kazakhstan" . dengan segala itu tadi membuatkan perasaan nak beli bazooka dan menembak angsa belakang rumah guna pistol air, membuak-buak. tambah bila mendengar bunyi lagu sayu perit purse yang ringan dan berintikan habuk semata. perghhhh..... sedih.

situasi 3 : time korang xnak tunggu teksi ke lrt ke lori sapu ke, berduyun-duyun diorng lalu lalang depan mata. tapi time korang sgt lah urgent memerlukan seketul perkhidmatan diorng, sunyi sepi macam padang pasir. kosong. xde apa. yang ada hanyalah pak sood dok tolak kereta sorong dia bawak isteri yang sakit nak bersalin. xkan korang nak join dia kot. pendek kata time 2 kompem segala sumpah seranah, perasaan panik menyerang, automatik jalan terkepit-kepit menahan kesyahduan nak ke jamban, berlaku. wooo... ni mmg situasi cliche bak kata org urban.

byk lagi situasi2 yang ala2 gini berlaku. tapi kadang2 tak semua situasi ini mendatang perasaan rasukan ablasa yang menggila. ada gak yang mungkin membawa perasaan yang 'halah-halah' tersipu2. seperti (ni sumpah xde kaitan dengan hidup mati penulis blog sebagai seorang manusia budiman) :

korang baru clash ngan kekasih ati. mmg sepi seorang perindu, mata bengkak sembam mcm baru pas make up untuk citer hantu paling angker abad ini. time 2 rasa : alangkah bagus kot laa aku ada pakwe. jeles aku tgk makcik konah 2 ha. walau muka cam katak penyek kena gelek kereta sorong, pakwe keliling buku lali.

time ni, sebanyak mana korang dok mintak mcm2 nak ada pengganti la apa la, kompoom xde sapa yang sudi menghulurkan kasih sayang mahupun bantuan make up kan muka jadi angelina jolie. tapi bila korang dah rasa cam aku malas ahh nak pk. sakit kepala. aku serahkan segala urusan ini pada Tuhan yang satu. tiba-tiba mungkin time ni laa ada yang datang, yang sudi. buat kan hati korang kembali berbunga. walau pun masanya kadang2 sampai 3,4 atau 10 tahun kemudian. jadi, tunggu je laaa... sbb dah selalu sgt aku dgr pasal situasi ini. so yang penting, jangan sesekali berhenti berharap dan xpayah laa gi audition nak berlakon citer antu 'puaka niyang rempit' oke?

notakaki: sebelum aku ditempatkan mungkin2 kat kawasan yang mmg tak punya line tenet dan meninggalkan blog ini berhabuk ibarat suci dalam debu, sila bersabar kalau kes-kes merepek di dalam kamar syahdu suam suam kuku vavi berlaku. sekian.

say hello to my new sayang


arjuna.

Wednesday, July 14, 2010

0 selamat datang ke dunia angker

entri ni ada berbaur keseraman yang agak mencabar minda si penakut-penakut. kalau rasa lemah semangat, gi kat tanda X dalam kotak merah, penjuru atas belah kanan dan click 'cancel'. aku tak bertanggungjawab andai kata ada yang sawan babi atau histerika selepas membaca entri ini.


bermula di satu malam. malam yang sunyi nyi nyi, pakmat tak jual kopi pon. bila seorang gadis yang baik hati budinya dan slalu berpandangan jauh dalam menongkah arus kehidupan, sedang enak tidur diulit mimpi indah bercinta dengan taylor lautner. tiba-tiba terasa ada satu makhluk, mula merayap di bahagian kakinya. hati mula bergoncang ibarat 'heart shake'. tersentak dari mimpi, cuba mahu membuka mata tapi rasa ketakutan yang suam suam kuku babi menguasai diri. hati mula bermain teka teki. 'nak bukak, xnak bukak, nak bukak, xnak bukak' (bukak mata ye. jangan berfikiran di bawah norma-norma manusia budiman)

makhluk itu bertambah aktif meliarkan kaki-kaki beliau yang tak shave selama beberapa purnama. sungguh tak senonoh. jadi dengan saki baki sisa-sisa keberanian yang agak sia-sia, gadis mendapat satu akal. atas kepala tiba-tiba ada satu mentol menyala, ting!! idea!!!.

gadis pon mengelupur ibarat cacing yang baru kena penangan ubat cirit birit di dalam perut. tidak menjerit. tidak. kerana mungkin satu kawasan penjiranan serta pemparitan akan tergempar dengan kehadiran makhluk yang kurang bermoral itu. terbukti berhasil. macam lipas kudung makhluk tersebut menyembunyikan diri entah ke mana.

akibat kemalasan dan kemengantukkan yang menggila, gadis yang tinggi budi pekerti itu menyambung mimpi indahnya sebentar tadi. cuma kali ini, taylor lautner telah bertukar menjadi cristiano ronaldo. tidak mengapa. gadis itu menerima seadanya. zzzzzzzzzzzz...


pagi menjelma. peristiwa semalam biarkan lah berlalu di kamar syahdu. tetapi. alangkah terkuzatt macam haramnya, makhluk itu muncul kembali. berbekalkan semangat kental, dan hati waja, perhitungan perlu dilakukan. walau terdengar suara menjerit-jerit ibarat pondan tercekik biji durian, dan terlompat-lompat dengan aksi yang agak memalukan sebagai seorang yang manusia.


akhirnya, pejuang berani mati seperti gadis itu, mencapai kemenangan di medan perang. dia memanjat kesyukuran ke hadrat illahi. tidurnya juga mungkin akan aman dan makmur. itupun kalau sanak sedara cucu cicit makhluk tersebut tidak merancang untuk serangan balas. harapnya tiada.

may u rest in peace.




kejam x? takkan?? moral of the story: jgn masuk dalam kain org waktu org sedap tido.... agghhhhhhhh!!!

Sunday, July 11, 2010

4 bosan di kamar syahdu

hasil kebosanan tegar. hahaha...

hari ni mmg sumpah bosan. dengan aku melakukan beberapa kesalahan tegar sebagai pengumpul lemak sejati dan godaan makanan-makanan yang bagai teman sejati pada nafsu makan yang mmg dah macan haram sejak azalinya.... okeh. esok puasa. esok senam. esok. esok. esok. (moga godaan encik katil dan cik bantal tak begitu menggila)



okelah. disebabkan kebosanan melampau, aku pon dengan niat murni dan penuh dedikasi telah melakukan satu kerja yang amat mencabar minda : membongkar apa yang ada dalam beg sandang aku. perghh... bukan calang2 orang dapat membongkar misteri ala2 angker ni sbb mmg ko niat nak belanja aku makan mekdi selama sebulan berturut-turut pon, blom tentu aku nak bagi korang selongkar... wahhaha.... ok. meh kita tgk apa benda yang aku jumpa.. cheng cheng chenggggggggggg........~~~ (mcm opera cina laa plak......)


apa yang ada???? cekedaaaauuttt..........!!
1. hand sanitizer (dari zaman H1N1 aku pakai xabes2... pernah tipu pakcik sood kata ni air penyejuk hati. berbotol2 org tua tu beli. wahahaha)
2. pen hitam (kata pelajar... kompem laa ada pen. **sapa punya aku cilok tak tau**)
3. starter pek celcom. ni ntah musim bila punya number aku pon tak tau. hahaha
4. gula-gula (lecture yang bosan, ini laa ubatnya)
5. shades pasar malam xde jenama
6. ubat sembur-sembur kat kaki supaya kaki tak mengeluarkan bau busuk mcm ikan basi kat pasar borong (sumpah aku tak tahu apa nama dia)
7. deep healing- mmg deep ahh. ni sbb tragedi aku jatuh mcm nangka wangi kat audi masa kissm. hailaaa nasib....
8. cd printer (ntah zaman mana dtg cd ni aku pon tak tahu)
9. hp soni eriksen merah. (hp ni ok lagi. tapi ada button mcm jensen button. xleh guna. rosak gak laa 2,,3 sen. nak trade in dgn makcik konah. rm1000. kompem dia tertipu kalau aku kata hp ni mcm bleckberi)
10. glade apa benda aku pon tak tahu. 2 sebenarnya sepupu aku punya. aku terrrrrambek wat harta. tapi xbukak pon lagi. nanti aku pulangkan. **siyes, tak tipu**


ha cukup laa list top 10 aku. mencabar kan??? harus laa... dulu aku pmr, sejarah aku B. sbb 2 beg aku tunggang langgang. (apa kaitan? cikgu sejarah 2 xsuka aku kot)

cakap banyak tak guna. saja nk tunjuk teaser sket. dah lama simpan hajat nak wat tapi last2 mmg jadi pekasam je ahh jwbnya.... ho ho ho... hint: wishlist 001 dan 003 dah xleh pakai. saya dah ada ini.........!!!!!


teaser je... hahaha.. pandai-pandai laaa teka... wahahah

Saturday, July 10, 2010

2 bersalin kulit

haha.. blog yang diberi nafas baru. cuba tarik nafasssssssss.... tahan.

dapat bau x? bau benda baru mcm ko baru beli selipar jepun kat kedai 2ringgit pas2 ko cuba try bau... 'bau kedai' bak kata orang. kata monyet? sumpah aku tak tahu.


oh lupa. lepas nafas...
patut muka masing-masing dah naik biru.


kenapa rasanya aku wat blog aku mcm ni? sbb nampak laa matang sket? hahaha.. nmpk x? kalau tak nampak, pendek bulu hidong... hahaha... well. umur dah meningkat, xkan rupa blog mcm budak sekolah menengah yang baru mengenal erti macam-mana-nak-isi-borang-upu. kan? so kena laa berubah mengikut peredaran semasa.


entri pendek je. saja nak kasi tahu. kalau xbagitau. kang xpasan plak. ingat senang aku berhempas pulas dan memerah jus-jus otak terakhir aku dalam otak aku sendiri. seb baik aku tak tumpang memerah jus otak makcik konah. mmg buruk cam haram laaa blog aku. oh, bukan nak kata blog aku cantik pon.

tapi masih blur lagi. bodoh sebenarnya. aku masih xjumpa word 'new post' kat blog skin aku. hahaha... so nak sign out pon sumpah aku tak tahu kat mana... hahaha.. kan? pandai x???


**patut UPSR aku xdpt semua A**


nak tgk citer ni... anyone? kalau xnak teman pon xpe, belanja aku pon dah cukup. haha

Tuesday, July 6, 2010

0 : : ting....tonnnngg.....: :

haaa tau 2 bunyi apa...??? bunyi yang aku wat dengan mulut sendiri kalau aku nak wat annuncement. cuba try... best kan?? rasa dipedulikan dan tak disia-siakan sebagai seorang manusia. hahahah..

focus.


oke. nak ckp, aku ada baby baru. hahah.... eleh, xpayah ahh nk berpura-pura terkejut 'OMG!!!' atau pun buat riak 'erkkkkkk!!' terkejut. haa. kan aku cakap dalam post sebelum nih, aku nak wat satu blog baru. haaa soooooooo. baby baru i dah lahir...... ceekkeeedauut!!!!


kat situ xdenya korang akan jumpa gambar kipas-susa-mati germany atau pon gambar makcik konah gi melalak kat karaoke jamban di pusat membelibelah terkenal di ibu kota... xdapat nyaa... kat sini je ada... kat situ, ada..........BAHASA MELAYU. ahhah... kalau aku xtahu malu dengan kesalahan bahasa aku, ada laa ENGLISH LANGUAGE sekali sebahagi. so aku bebas berkarya kat sana, dan aku juga bley lakukan kuak lentang gaya kupu-kupu hisap shisha dengan merepek di sini.... hahaha..... so apa lagi tunggu.............???


jangan biarkan hidup anda diselubungi 'misteriiiiiinaaaaaaaa' ahhaha....

pada yang malas tahap kapal karam di lautan artik, meh ai bagi u'ols link dia. hahahah

http://karya-ceritera-jiwa.blogspot.com/



ok, i'm done. nak gi tolong mak aku kat dapur jap. baik kan? ..... (tolong bagi semangat je...sambil nari tarian hungga hunggaaaa waka waka eyy eyy, keliling mama. tentu sexy. mama tentu ketuk ngan buntut kuali. ai loooiikkeeee~ )

Monday, July 5, 2010

1 ::kayap::

" aku mana layak kawan dengan kau, kau anak orang kaya"


aku pernah dapat ayat sebijik sejiban mcm ni dari beberapa orang rakan. aku sikit pon tak bangga dengan ayat di atas sampai terlintas nak gi tulis kat dalam buku rekod kemajuan time kat skolah dulu. bila dah kena label mcm 2, persepsi orang kat ko pon berbeza. jauh sekali entri ini nak meninggi diri aku yang mmg xberapa nak tinggi nih. kadang-kadang, bila ada status2 kat fesbuk, (bukan aku punya, aku ni observer je) yang melabel seseorang 2 sebagai riak laa tuh wat status pasal g bercuti sana-sini, anak orang kaya laa katakan.... ish ish... tak baik wo ckp mcm 2... tak kenal maka tak cintan. so, kalau korg tak kenal, jangan laa main label orang itu ini. oke. meh aku nak bagi tunjuk, yang mana betul status yang menunjukkan 'riak, takbur saudara syaiiton tuh'

status 1: haih susah tol laa ada umah besar sangat nih, nak ke dapur pon nak kena naik lif, pakai escalator. (RIAK!)

status 2: pergghh... hijau siott rumput baru rumah aku nih. bapak aku import dari new zealand, sebijik macam rumput yang lembu dalam iklan susu tepung 'fernleaf' tuh makan' terbaik!!! (RIAK!)

status 3: upload all the piccas from my shopping spree. gosh.. tak sangka dah abes dekat rm18K IN 1 DAY....

itu bukan kaya, itu POYO.

oke, dapat beza? status 2 hanya rekaan aku je. tapi kadang2 manusia nih, xde niat pon nak wat status yg berunsur riak 2. kadang2 saja nk kongsi berita dengan orang. tapi disalahertikan plak oleh pihak-pihak yang kecik2 dulu tak nak gi skolah tadika. pastu senang-senang nak label berlagak, riak takbur saudara syaiton... eh eh... xpatut laa derr...

situasi: ko baru je beli kereta. (dengan duit sendiri) and ko cakap kat orang pasal kereta kau.

pendapat: aku tak rasa ni berlagak kot. sbb ko ingat senang nak beli kereta pakai duit sendiri. kalau dia nak wat apa ngan kereta dia sampai jadi cam kereta batman gotham city ker, suka dia laa duit dia. jangan terus2 kata ha, mula dah ckp besar. xpatut laa derr...


ini plak apa yang orang pikir pasal aku. apa yang diorg nampak, xsemestinya apa yang berlaku. 'kau xpe laa, anak orang kaya' .. wer werrr... aku kadang panasss gak dgn ayat nih. kalau aku betul kaya, purse aku selalu lebat ahh dengan cash. ko pernah tgk purse aku mmg tinggal habuk semata sampai nak beli ubat gigi colgate kayu sugi pek kecik pon aku xmampu. kaya kata kau? lagi satu, kalau aku betul2 kaya, aku xpayah laa nak sibuk cari kerja part time, nak kumpul duit. walau nak beli apa aku nak, ingat senang mcm ABC SPECIAL letak eskrim ke? aku kena gak usaha sendiri. kaya kata kau?? aku beruntung bapak aku tak manjakan kitorg dengan duit. kalau aku betul kaya, dialog dia lain beb.

'daddy, masuk duit 2 ribu. i nak shopping with my girlss laa.. beg prada limited edition is out! '

'jom kawan-kawan. hari ni aku banje korg makan tony roma's. on me. aku banje. apa ada hal.'

haa.. pernah ke dgr aku ckp cam ni? aku suh korg yang belanja aku lagi ada. nak belanja korang makan cendol belakang UM pon aku xpernah. apatah lagi nak banje makan porsperity burger...
'not my taste' -itu ye ayat orang 'kaya' ke koya??? hahaha

so, motif?? aku xleh tido. 2 yang aku start merepek. jadi kesimpulannya, jangan laa judge the book by it's price. nak terus label orang itu ini. orang kaya 2 pon, ko ingat senang ke??? hidup diorang lagi stress kot nak handle itu ini, beban nak tanggung bukan senang. so, yeah, they deserved the prosperity due to their hard work and success. bagi aku tak salah. jangan nilai org dari sudut luaran, kenal hati budi dulu. (nada suara serius dan yakin macam pengacara misteri nusantara, zainal ariffin ismail)


**aku rindu nak makan prosperity burger. dengan status dompet yang hanya ber-sen, lupakan aja. lagipon mekdi dah xde prosperity. oblong sudeyhh..... yeahhh.... (notyourtaste?? do i look like i care?? ahhahaha)

notakaki: entri ini bukan nak merujuk pada sesiapa. hanya general view aku. jangan laa terasa ati. sbb sumpah aku xletah pon perkataan hati lembu dalam entri ni. siyess... sbb ini mmg entri xde motif pon. peace~ one love. allah.

0 For You I Will

RULES:

1. Put Your itunes/ipod, windows media player etc on Shuffle

2. For each question, press the next button, and the title of that song is your answer.

3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS

4. Put any comments in [brackets] after the song name

-Are you male or female?
Check Yes Juliet - we the kings (hahahhaa.. cam haram)

What do people feel when they’re around you?
Break It Off - Rihanna ft Sean Paul (errk?? hahaha)

Describe your current relationship.
Dan Sebenarnya - Yuna (hambekkk!!!!! wakakakakka... )

Where would you like to be now?
Take You There - Sean Kingston (waaataaaquaaaattt!!!!!!)

How do you feel about love?
Leaving On the Jet Plane - Chantal Kreviazuk (ketepeeekk kena atas kepala... ahahha)

Whats your life like?
Love Story - taylor Swift (SANGAT LAAA TIDAK!!!!)

-What would you wish for if you had only one wish?
With You - Chris Brown (OHHemmmmJIIIIIIIII)

Say something wise.
Welcome To the Black Parade - MCR (wise enufff i must say.)

-If someone says “Is this okay?” You say,
I Want You Back - Nsync (WTF MF....??? kahkah)

How would you describe yourself?
That's What You Get - Paramore (jeeeeeeyeeaaaahhhhh)

-What do you look for in a girl/guy?
Take it slow - Estrella (errmm... yeaahh, maybe..)

How do you feel today?
Bencinta - Faizal tahir (woaaahh..... hahahahaha)

-What is your life’s purpose?
empty - The click five (ohooooooooo..... naahh.... don't think so)

What is your motto?
Hit Me Up - Gia Farrell (oh, mmg perlu dari happy feet ke?? nice!! pour down all the memory, thanks... hahaha)

What do your friends think of you?
Revenga - System Of a Down (hahahha... really...??? i wish!!!)

What do you think of your parents?
Fall for YOu - seconhand serenade (ermm... not really tho on this one)

What do you think about very often?
Oops I did it Again - Children of Bodom (hahaha.... yup.. definitely)

What is 2 + 2?
Gives you Hell - The all American Reject (oke, agak tak masuk akal)

What do you think of your best friend(s)?
Beautiful Girls - jojo (YES!!!!!!!!!!! )

What do you think of the person you like?
Womanizer - The all american rejects (wahahahahahhaa...... i loooikeeee...)

What is your life story?
Lips of an Angel - HInder (angel ?? me??? alwaysss....!!!!!)

What do you want to be when you grow up?
Contagious - Avril Lavigne (hahhahaaa....... nice one!)

What do you think of when you see the person you like?
Won't let You Fall - fergie (ok, this is soo dem sad... huuuuuu)

What will you dance to at your wedding?
Finally - Fergie (wow, i really like this one. make me mine!! hahah)

What will they play at your funeral?
Unintended - muse (oke, nice....another piece of memory... geeezzz)

What is your biggest fear?
See you Again - Miley cyrus (oke, this must be the only one right now)

What is your biggest secret?
Diary of Jane - Breaking Benjamin (nope, certainly NOT)

What do you think of your friends?
Realize - Colbie Cailat (awwwwwww........... yes yes yes...!)

What will you post this as?
For You I Will - Teddy Geiger (yeah not bad....!)


try it out, it was demm fun!!!!!!! ahahahhahah

Friday, July 2, 2010

0 aku hanya merancang

rujuk entri sebelum.. 'xkan tulis blog di bulan july...' tefakk...!! oke aku tipu... waka wakka ey eyyy.. so pada yg kecewa sbb aku ckp tak serupa mak cik konah, maafkan aku. sebab urat-urat bosan dan hambar makin menggila... terpaksa laa aku lepaskan kat kotak jiwa mental aku nih... oke.kalau tak rasanya macam menahan kentut di dalam mesyuarat perwakilan kubur belia 4B. tahan seksa, nak lepas kang, malu... segalanya begitu. ish ish...

aku ada hajat baru. bukan menyempurnakan 'hajat' di kotak sepi yang kau panggil jamban.. bukan2... hajat 2 dah lepas dah pon pagi tadi... alhamdulillah... lancar perjalanannya...hahaa

aku ingat nk bukak blog lagi satu. hek eleh. bukan payah duit pon. aku nak jadi manager berjaya dengan manage 2 blogssss.. cool kan? bukan laa.. sebenarnya aku nak asing kan satu blog untuk puisi semata, satu lagi untuk kerja-kerja penulisan gaya bebas dan kuak terlentang... iaitu di sini... xde laa korg rasa sakit otak, kejap ko punya gaya free-styler, kejap kang ko tukar mood, tulis puisi ayat bahasa melayu tinggi yang bagi aku masih tahap turun-ke-bumi lagi... sbb aku pon dah naik bengkak otak dah tgk blog sendiri... 'bloody-fool betul tuan punya blog ni walau dia gojess!' bentak hati aku sendiri ble aku baca blog ni... kan??

so aku nak mulakan laa kerja-kerja penyelengaraan tatatertib kan blog sendiri... mulia sungguh laa hajat di hati ku... ho ho ho....

dah jangan nk kutuk aku lebih sangat. kang aku kasi minum sirap campur belerang ngan air kunyit kang...




aku bosan. jom g mintak kerja. LAGI..!!!! doakan kejayaan aku nak ganti manager syarikat telefon terbaru CALL-ME-TOMORROW.

(pergi bagi makan ulat gonggok aku yang makan tak lena, tidur tak basah, mandi tak kenyang. dia dilamun cinta. kesian, aku simpati kat simba)

Thursday, July 1, 2010

0 jula juli bukit bintang

bulan juli udah sampe... oke. juli bukan typo untuk july. sila jangan gedik nak cari salah aku ye. sekian. berita penting untuk mereka yang sangat geee... sangat bosan. hahaha... bulan july adalah masa untuk mengisi blog ini dengan.........













kekosongan.













haha. aku takkan menulis lagi untuk bulan ini. sbb aku baru perasan tahun lepas pon bulan july adalah bulan paling angker. so aku tak kan teringat nk tulis apa2. dan menulis blog di bulan july bukan lah azam tahun baru aku untuk tahun ini. jumpa lagi. di bulan depan.


roger n out. (pls dont miss me. stalker!) ghaaahahahhhahahaa....
kiss my arsee guudbye you, motherchucker. hahah... (mencarut dalam kechomelan)



Related Posts with Thumbnails