Tuesday, April 12, 2011

1 warning: ini entri bergambar

tajuk entri tak bley blahh... ye ye je nak warning orang. pehal?? nak gaduh??? *mangsa split personality*

saya seorang cikgu.

subjek: bahasa inggeris, muzik dan pjk. (jgn nak buat muka xpercaya sebab badan aku 'athletic' sgt)

and anak murid saya chomel. sangat. so saja nak tepek muka2 comel diorg kat sini. (and komfem muka korang bukan salah satu daripadanya. bhahaahahhaha)


motif wat entri ni... = hati tengah bersedih. tengok gambar-gambar ini, hati leh berbunga. tak caya? jom xray hati aku, tengok dah siap ada taman negara dengan byk bunga-bunga termasuk bunga limited edition - bunga citra lestari dan bunga-bunga cinta layu di pusaraaaa... *sobss*


situasi exam 1 : kes terlebih study di waktu malam. dah ter-femes tanpa diduga. ada sapa2 nak wat jadi calon menantu???

situasi exam 2 : berlatarbelakang kan lagu 'bila resah - pakcik anuar zain' haaa... ni belum jawab soklan add maths lg nih... haha. tapi tetap chomel sgt!!!!


time ni tengah wat role-play : my family.
father: yang songkok senget
mother: pakai shawl bunga2
sister : yang pegang my shaun the sheepoo
brother: yang pegang bola.
yang lain : watak tambahan demi memenuhi kehendak teacher mereka yang bosan






Sunday, April 3, 2011

0 10 Tips pergi interbiuuuuu~~~

Disebabkan kebosanan melampau, jadi dengan bernasnya aku nak tolong korang semua yang bakal menduduki atau mendiriki (kalau tempat interbiu tak sediakan kerusi untuk duduk) interbiuuuuu…

Ada beberapa tips yang aku nak kongsi ngan korang. Eleh, xpayah nak berlagak sangat sambil buat muka “ada aku kesah” plak kat sini. Aku bom korang kang! Aku dah baik hati nih…. Haaa… (dengar laa… kesian tau kat aku *flipshair* mcm nick carter)

Ok, tak merapu lagi. Ambek pen, salin mana perlu. Kang kalau kena bambuu, jgn kata aku tak bagitau (perghh… mcm pantun sihhhh)

1 . Masuk bilik temuduga, bagi salam. – assalamualaikum bagi yg beragama islam, dan selamat pagi/ tengahari/petang bagi yang bukan muslim. Jangan plak korang masuk bilik interbiuuu tu leh plak cakap , “yo wassuuppp muhh niggaa” ataupun, “watchaaa doinnn brothhhaahh”. Kompem interviewer 2 reload senapang M16 dia khas untuk tamatkan riwayat korang.

2 . Pakai baju formal. – formal yang selalu manusia pakai, bukan monyet buat show kat sarkas, pakai. Baju kurung bagi perempuan, kemeja bagi lelaki. Yang nak pakai kebaya nyonya sexaaayyy sket 2, tunggu je laa time raya. Tak payah gedik pakai time interbiu. Kalau boleh pakai ‘coat hitam’ kalau ada. Pakai raincoat hitam atau hanya ber- petticoat hitam sahaja sangat tak lawak.

3 . Kasut bertutup – pastikan kasut yang korang pakai tu kasut bertutup. Dan bukannya selipar yang korang tutup dengan tisu jamban mahupun beg plastic sampah (fesyen terkini katanya, janji bertutup). nescaya, korang juga akan jadi mangsa bunuh menggunakan M16 tu tadi.

4 . Bawa segala sijil-sijil yang sepatutnya. – pastikan cukup segala sijil, ijazah korang. Lengkap. Kalau tak lengkap, mmg kena menapak balik ambek. Kalau dekat xpe. Buat korang orang kedah, dapat posting kat johor. Kan berjuta tapak nak kena ambik untuk pulang ke rumah. Kalau nak masukkan sekali segala sijil anugerah pemain galah panjang sedunia ataupun sijil nikah, sijil kursus perkahwinan, sijil lulus lessen kereta ke, suka hati. Fail tu korang yang punya, bukan aku punya ataupun ahmad albab yang punyaaaa. So pandai-pandai la..

5 . Jawab soalan straight- to-the-point – kalau orang tu tnya apa-apa, korang jawab terus-menuju-ke-point. Xpayah bengkak-bengkok merapu meriban ibarat dirasuk hantu kak limah. Kalau dia Tanya pasal “apa itu FPN?” korang jawab melalut begini: “FPN ye encik. Saya semalam tengah dok layan baca nota pasai FPN ni, rumah bantai blackout plak habaq hangggg… perghh mengagau caril lilin. Xdok lilin habaqqq hangggg! Terpaksa laa guna torchlight kat henpon saya tu nak pi cari lilin. Panaihhhnyaa bukan mainnn.. last2 jumpa laa lilin. Dok pasang lilin, bley plak terbakaq nota FPN. Saya pun telepon bomba sambil menyanyi “rumah terbakar panggil bombaaa… bombaa datang berlumba-lumbaaa” –MANGSA BUNUH HEAD-SHOT, KOMPEM!!

6 . Baca apa yang perlu – baca laa nota mana yang perlu agak-agak soklan yang dia akan Tanya. Jangan laaa gi dengan muka konpiden, tanpa memikirkan masa depan, berbekalkan otak yang kosong habuk pun tak mandang… ini siriusss.. ada org kena halau keluar sebab dia tak tahu jawab dan tiap kali nak cuba jawab, tetttttttt…. Salah. Salah siapaa?? Dia dan kemalasan dia. So kalau agak lansung tak baca tu, apa kata ‘sebelum encik halau saya, baik saya halau diri saya sendiri. Kurang sedikit rasa malu dan pilu di hati. Bukankah begitu??’ (jangan Tanya laa apa nasib si polan ini selepas itu.)

7 . Jawab dengan muka konpiden – walaupun korang sumpah tak tahu jawapannya. Kalau salah, mintak maaf. Jangan korang gi berdebat dengan interviewer untuk menegakkan benang yang basah. Pastu dengan bongkak korang cakap, ‘eleh, encik apa tahu jawapan dia. Keje interviewer je kot, saya ni bakal pegawai pendidikan DG41 tahu??? (wat muka kerek)’ dan selepas itu bila kebenaran terbongkar, interviewer tersebut merupakan……


…………………….bekas pengarah pelajaran …………………


8 . Cakap – pastikan korang bercakap. Bukan mendendangkan lagu syahdu di dalam bilik itu. Dia nak tengok cara korang bercakap, bukan terkumat kamit menyumpah dengan kata-kata kesat sebab korang tak tahu jawapan pada soklan yang ditanya. Sebab tu kena baca. Kalau tak baca, korang takat boleh cakap, ‘nama saya makcik konah dan hobi saya makan buah’ je laaa. Kan ke sedih.

9 . Selak la surat khabar hari tersebut – untuk dapatkan serba sedikit general knowledge. Sebab tahu ramai yang tak berapa baca suratkhabar tambah kalau hari ahad, korang hanya ambik sisipan b*pop atau pancaindera je kannn *ehemmm*. Sebab dia akan Tanya satu soklan bonus pasal isu semasa. Dan soklan seperti “siapakah teman wanita yusry KRU sekarang?” ataupun “artis mana yang pergi ke Bali kerana patah hati???” …TAKKAN sekali ditanya pada hari tersebut.

10 . Bersosial. – Tanya interviewer tu, ‘encik ada anak lelaki yang single tak? Tak nak ambek saya jadi bakal menantu?? “ bhahahahhaha. Ok yang ni aku tipu. Sebab idea dah kering. Bhahahhaha…

Sekian, jangan biar diri anda menjadi mangsa M16. Terima kasih. Aiilebbyuhhhtoootriiporrrr!!


kot laa kalau fail interbiu, main terjun2 bukan jawapannya. apa barang terjun laut pakai crocs dgn tidbits cute-cute... !!


rindu team ranap. *sebak*

Related Posts with Thumbnails