Saturday, June 11, 2011

8 soal cinta (mungkin)


jarang aku nak bicarakan soal cinta secara terbuka. amaran di sini, ini mungkin entri serius dan mungkin bosan bagi setengah umat manusia. entah kenapa aku nak cakap pasal benda yang ada setengah orang mungkin anggapkan sebagai kurniaan terindah, atau mungkin bagi setengah lagi anggapkan dia sebagai neraka dunia.


cinta.


bunyinya mudah. indah. tapi sebenarnya komplikasi tahap tak tercapai akal fikiran. jujurnya aku bukanlah manusia terhandal yang ingin bicara soal ini kerana cerita cinta aku juga boleh diklasifikasikan sebagai 'nooharomm' faham? tak faham? maksudnya hampeh mak labu laa... (sorry labu, bukan sengaja nak ejek mak ko)

ok sambung balik. kadangnya bila kita dikecewakan, mulalah kita mcm ayam berak kapur. nak-nak, cinta yang lepas tu lah yang kita pujakasihrindu segala. tapi ending-nya, non-hadooo. mulalah episod drama air mata. kalau boleh kumpul air mata tu rasanya dah boleh wat empangan la kata orang. tapi tu kata orang la, kata aku, 'pedulik apa?? ada aku mintak pinjam air mata ko dalam sebaldi dua? tak kan?'

hahaha. sentap. relax luuu... ok. xpe nak nangges, nangges la. let it go kata omputih. kata melayu nya 'barang yang lepas, biar laa lepas' tapi ingat, durasi untuk kecewa tuh jangan laa lama-lama. tak elok. perlu bangkit menongkah arus dunia.walau perit walau seksa.

ye la. selama ini, kalau lapar, orang tu temankan makan.
kalau demam, orang tu yang tolong penawarkan.
kalau marah, orang tu yang tolong sejukkan.
kalau lepak mamak, orang tu yang tolong bayarkan.

ehh? hahaha. tak kisah la. janji lepas ni kena kuat kan hati sendiri.



satu lagi. bila sudah tamatnya kisah cinta, tak payah la korang pergi segala tok dukun, jampi serapah, sumpah seranah kat bekas cintahati korang tuh. tak baik. berdendam takkan buat orang yang korang sayang - bawak bunga, main guitar depan umah sambil cakap 'will you marry me?' TAK ADA. so buat apa. seeloknya kalau betul korang sayang, doakan kebahgiaan dia. walau sedih tapi ingat ALLAH tu maha adil. kau doakan dia, mungkin in return allah aturkan anugerah yang lagi bermakna untuk korang. tapi jangan laa harapkan tiba-tiba ipad2 jatuh dari langit ke, terpijak duit beribu-ribu tepi jalan ke, atau aaron aziz datang umah lalu meminang korang. tak de la. mungkin. tapi selalunya dalam bentuk hikmah, allah bagi kuatkan semangat. ok la tu. kan?

ALLAH yang paling arif dalam aturkan jodoh pertemuan. tak payah la nak meminta-minta. tak payah la tanya-tanya bilaa la agaknya aku nak ada pengganti? selalunya rahsia jodoh ini dah memang rahsia. kalau bagitau, bukan lah rahsia. tak trill la babe. mana tahu, tengah duduk tunggu bas,tengah sesak nak masuk toilet ke, tengah nyanyi jerit-jerit dalam kereta ke. terjumpa jodoh yang korang nantikan. mana tahu. mungkin dalam diam anda diperhatikan. elok baca ayat kursi ke apa ke. tu bukan jodoh, tu hantu. hahahaha. ok tak lawak.


dah la. panjang plak merepek tapi banyak lagi yang boleh di kata. sebab soal cinta ni luas. hingga berjumpa di lain waktu (mungkin tahun, sebab aku pun tak tahu bila aku nak update blog nih)

moga kita semua disayangi pada cinta yang sepatutnya kita cinta.



insyaallah.

Monday, June 6, 2011

2 pesanan terus dari hati


sebenarnya timbulnya aku dengan blog entri tiba-tiba separuh sedar ni sebabnya ingin menjelaskan something.

ada yang tanya, "puisi macam puisi 'gelap' tapi kenapa berbeza di sini? split personality maybe?" kata si-polan bukan nama sebenar.

ok. kenapa. meh aku jelaskan.

bukan split personality, bukan, bukan bukan.

sebenarnya kita ni sebagai manusia, tak sempurna. kadang ada masa derita, ada masa gembira. jujurnya bila aku gembira, idea untuk update di sini memang mencurah-curah kegilaan nya. sebab aku tahu mana mungkin orang mahukan kesedihan yang tak berpenghujung. ada yang datang ke blog ini untuk easy-reading, seronok kan hati dan melunaskan urat-urat kentut yang tersimpul di sini. so aku rasa bila aku sedih, hancur, ranap, aku takkan update apa-apa di sini. dan aku akan ke blog satu lagi, muntahkan rasa hati dalam bentuk puisi.

nah!! jadi kalian tahu kan kenapa lama aku tak update blog ni. tunggulah bila aku dah pulih. bila aku dah heal 100% aku akan kembali. saat ini elok rasanya aku mencari balik diri aku yang entah ke mana-mana.

aku tahu blog ini tak popular mana tapi aku yakin pembacanya ada. jujurnya terima kasih pada yang sudi membaca. aku pergi tak lama. doakan aku kembali dengan rasa gila yang kalian mahukan. sesungguhnya aku rindu ingin menulis bagai dulu. tapi hati aku kata tak perlu. tak mahu biaskan rasa yang tak gembira ini. biar apa yang aku kongsi di hari nanti, akan hanya buat kalian tersenyum sahaja hendaknya. bukan jangkitkan rasa yang aku sedang lalui sekarang.



doakan aku baik-baik sahaja dan moga allah terus bersamaku dan semua yang sudi membaca luahan tak semegah mana ini. insyaallah.


moga terjawab segala tanya. aku ini manusia biasa. sempurnanya selalu tiada.


Related Posts with Thumbnails