Tuesday, December 6, 2011

2 ombak rindu - kata aku


gila hilang akal kan aku buat movie review... biasala. cuti sekolah. xde apa nak wat. assignment xde. apa xde. so tengah enjoy-enjoy non-hussle life. haha. tanpa memikirkan masa depan, aku dengan member, ajue, decide nak gi la tgk citer orang dok canang satu malaysia...cite ofis kotak (box-office) abad ini.

nak decide tengok citer ni pun sebenarnya berbelah bahagi... antara abang jacob dan abang aaron. terpaksa la ikut naluri hati, pilih je la si aaron suami orang anak entah-berapa-anak-dia-sekarang 2. preview orang lain pasal citer ni mostly cakap sedey la, tangkap leleh la, menjatuhkan-kemachoan sebab nanggis kat panggung la (padahal dasar hati tisu tak nak ngaku, chet!), sebab tu rasa terpanggil nak tengok citer ni... best sangat kah?

ok basically citer ni ialah adaptasi dari novel ombak rindu. aku ada novel ini

aku ada dowh novel ni dulu tapi aku ingat sampai sekarang ada orang pinjam buku ni kat maktab sampai sudah dia wat harta sendiri. aku tak ingat siapa. well sebab aku tak ingat la kan buku ni diklasifikasikan sebagai 'hilang'. demmit.

ok. basically, this book is one of my favourite la zaman kegemilangan aku minat membaca jambatan ilmu dulu-dulu. sekarang, jambatan sudah roboh sudah roboh, sudah roboh. so secara jujurnya.... dari hati aku....


movie ni agak hambar la... sorry to dissapoint tapi seriously, indah khabar dari rupa aaron aziz dengan maya karin. yes, ada babak yang aku rasa ok but ada certain babak yang boleh diolah dengan lebih elok lagi. well, aku bukan orang yang hebat nak kritik filem tapi memang aku nantikan scene yang si HAGHIS (mila cakap sebab huruf R dia tak lepas kan) tahu dia anak angkat tu... scene tu macam... eh eh eh... dah abes... ha... i was expecting more than that actually.

kalau nak ikutkan adaptasi novel ni nak dijadikan satu 2hours movie memang nampak kelam kabut la kan sebab kat novel lagi detail. tapi at the end aku pun tertanya, chopp, part mana aku patut nanggis tadi ye? well.... aku tahu aku ni mmg hopeless romantic kindda person tapi takkan aku nak kata 'memang sedeh tahap leleh air hinguih weh citer ni' just for the sake to look normal??? nahhhhh......

and yeah, lisa is too good to be Mila Amylia. Lisa darling, there's a huge different between evil and cuckoo character kot... tak payah nak jerit-jerit untuk nampak saiko+ganas... cuba tengok watak-watak antagonis lain, guna body gestures, facial expressions pun dah nampak 'weh gila hang jahat habaq hangggg'

ok.... this is my personal view. maybe pandangan kita berbeza. kalau pandangan kita sama, tuhan tak jadikan bumi ini berlaianan warna, bukan? mungkin aku rasa warna hitam itu menarik tapi bagi setengah orang ianya warna kegelapan. but for me, gelap itu indah... peace.

Sunday, December 4, 2011

0 wedding bells ding dong dengg

kalau dah hujung tahun ni komfem la banyak jemputan ke majlis perkahwinan sini sana sinun kan. and tahun ni giliran kawan baik sebilik sebantal sekelas se-semua lah. dah jadi bini orang kawan baik aku. yang dulunya sememeh macam aku.. well dia senonoh sket la kalau nak compare dengan aku... whahahaa.. ok dah tak payah nak ngumpat aku ok. aku sedar diri. kahkah. andddd first time gak aku jadi pengapit org. gila cuak kau habaq hang... ye ahh mana tak cuak. kang kot ko tersalah pijak veil dia ke, kot ter-jackpot sendiri tersadung pelamin ke, terjatuh dari tangga face-first ke, or pelamin senget sebab size pengapit yang agak chomel nehh... haaa mana nak tau... tapi alhamdulillah... semuanyaaa berjalan lancar.... dan kawan aku pun dah bertukar status jadi


PUAN NOOR ARINA NADIAH....

kau hado?? nehi heyyy... hahhaa...

ok. dengan pemikiran yang cerdik dan otak geliga of mine ni, aku lupa nak bawak camera so aku harap belas ehsan camera otai2 dan member yang tag gambar yg ada muka aku je laa.. aku dah cuba sedaya upaya interperemmm dalam camera diorg... kahkah.. biasa laaa... so, enjoice the piccasss... ehsan dari pesbuk kawan2.... peace..... so tahniahhhh SHAFIQ & ARINA!!!!

bila dah selesai... pengantin turun pangkat... kena angkat kotak... hewhewheww...

kena control sebab kena join makan kat meja pengantin... hoho... bersilau tak rasa?? bahahaha


geng2 cohort 3 yang datang ke royal kedah club... wuwwuu


sekarang gambar di majlis di sebelah pihak lelaki di kuala kangsar... weeeeee

bersama mukye. kak nad. dan pengantinya. shafiq & arina

dah macam KLCC. yang tengah tu je yang masih 'cik' lagi. tak ketahuan punca lagi yang 2. aku lettew. bahahhah

ini pasangan pengapit nya. umur : 21tahun. sangatlah tak sesuai. haha. adik sangat. nampak muka aku yang jadi pemalu 2? bhahaha


jadi. status aku tetap sama. mungkin tahun depan akan ada post serupa. pengantin yang berbeza, pengapit perempuan mungkin watak yang sama, aku. hahahha. semoga di lain waktu. rindui aku. sebab aku memang rindu nak menulis cuma masanya kurang.... hehehhe




Related Posts with Thumbnails