Tuesday, December 6, 2011

0 ombak rindu - kata aku


gila hilang akal kan aku buat movie review... biasala. cuti sekolah. xde apa nak wat. assignment xde. apa xde. so tengah enjoy-enjoy non-hussle life. haha. tanpa memikirkan masa depan, aku dengan member, ajue, decide nak gi la tgk citer orang dok canang satu malaysia...cite ofis kotak (box-office) abad ini.

nak decide tengok citer ni pun sebenarnya berbelah bahagi... antara abang jacob dan abang aaron. terpaksa la ikut naluri hati, pilih je la si aaron suami orang anak entah-berapa-anak-dia-sekarang 2. preview orang lain pasal citer ni mostly cakap sedey la, tangkap leleh la, menjatuhkan-kemachoan sebab nanggis kat panggung la (padahal dasar hati tisu tak nak ngaku, chet!), sebab tu rasa terpanggil nak tengok citer ni... best sangat kah?

ok basically citer ni ialah adaptasi dari novel ombak rindu. aku ada novel ini

aku ada dowh novel ni dulu tapi aku ingat sampai sekarang ada orang pinjam buku ni kat maktab sampai sudah dia wat harta sendiri. aku tak ingat siapa. well sebab aku tak ingat la kan buku ni diklasifikasikan sebagai 'hilang'. demmit.

ok. basically, this book is one of my favourite la zaman kegemilangan aku minat membaca jambatan ilmu dulu-dulu. sekarang, jambatan sudah roboh sudah roboh, sudah roboh. so secara jujurnya.... dari hati aku....


movie ni agak hambar la... sorry to dissapoint tapi seriously, indah khabar dari rupa aaron aziz dengan maya karin. yes, ada babak yang aku rasa ok but ada certain babak yang boleh diolah dengan lebih elok lagi. well, aku bukan orang yang hebat nak kritik filem tapi memang aku nantikan scene yang si HAGHIS (mila cakap sebab huruf R dia tak lepas kan) tahu dia anak angkat tu... scene tu macam... eh eh eh... dah abes... ha... i was expecting more than that actually.

kalau nak ikutkan adaptasi novel ni nak dijadikan satu 2hours movie memang nampak kelam kabut la kan sebab kat novel lagi detail. tapi at the end aku pun tertanya, chopp, part mana aku patut nanggis tadi ye? well.... aku tahu aku ni mmg hopeless romantic kindda person tapi takkan aku nak kata 'memang sedeh tahap leleh air hinguih weh citer ni' just for the sake to look normal??? nahhhhh......

and yeah, lisa is too good to be Mila Amylia. Lisa darling, there's a huge different between evil and cuckoo character kot... tak payah nak jerit-jerit untuk nampak saiko+ganas... cuba tengok watak-watak antagonis lain, guna body gestures, facial expressions pun dah nampak 'weh gila hang jahat habaq hangggg'

ok.... this is my personal view. maybe pandangan kita berbeza. kalau pandangan kita sama, tuhan tak jadikan bumi ini berlaianan warna, bukan? mungkin aku rasa warna hitam itu menarik tapi bagi setengah orang ianya warna kegelapan. but for me, gelap itu indah... peace.

Sunday, December 4, 2011

0 wedding bells ding dong dengg

kalau dah hujung tahun ni komfem la banyak jemputan ke majlis perkahwinan sini sana sinun kan. and tahun ni giliran kawan baik sebilik sebantal sekelas se-semua lah. dah jadi bini orang kawan baik aku. yang dulunya sememeh macam aku.. well dia senonoh sket la kalau nak compare dengan aku... whahahaa.. ok dah tak payah nak ngumpat aku ok. aku sedar diri. kahkah. andddd first time gak aku jadi pengapit org. gila cuak kau habaq hang... ye ahh mana tak cuak. kang kot ko tersalah pijak veil dia ke, kot ter-jackpot sendiri tersadung pelamin ke, terjatuh dari tangga face-first ke, or pelamin senget sebab size pengapit yang agak chomel nehh... haaa mana nak tau... tapi alhamdulillah... semuanyaaa berjalan lancar.... dan kawan aku pun dah bertukar status jadi


PUAN NOOR ARINA NADIAH....

kau hado?? nehi heyyy... hahhaa...

ok. dengan pemikiran yang cerdik dan otak geliga of mine ni, aku lupa nak bawak camera so aku harap belas ehsan camera otai2 dan member yang tag gambar yg ada muka aku je laa.. aku dah cuba sedaya upaya interperemmm dalam camera diorg... kahkah.. biasa laaa... so, enjoice the piccasss... ehsan dari pesbuk kawan2.... peace..... so tahniahhhh SHAFIQ & ARINA!!!!

bila dah selesai... pengantin turun pangkat... kena angkat kotak... hewhewheww...

kena control sebab kena join makan kat meja pengantin... hoho... bersilau tak rasa?? bahahaha


geng2 cohort 3 yang datang ke royal kedah club... wuwwuu


sekarang gambar di majlis di sebelah pihak lelaki di kuala kangsar... weeeeee

bersama mukye. kak nad. dan pengantinya. shafiq & arina

dah macam KLCC. yang tengah tu je yang masih 'cik' lagi. tak ketahuan punca lagi yang 2. aku lettew. bahahhah

ini pasangan pengapit nya. umur : 21tahun. sangatlah tak sesuai. haha. adik sangat. nampak muka aku yang jadi pemalu 2? bhahaha


jadi. status aku tetap sama. mungkin tahun depan akan ada post serupa. pengantin yang berbeza, pengapit perempuan mungkin watak yang sama, aku. hahahha. semoga di lain waktu. rindui aku. sebab aku memang rindu nak menulis cuma masanya kurang.... hehehhe




Tuesday, September 27, 2011

0 buang habuk pun tak ada..!!

akibat kebodohan, dah tulis entry one-to-jaga, tapi tak tekan publish post. ok tipu. memang baru dapat update hari ni. entah mana datang angin nak update walau bukan penting mana pun.


just nak cakap...


selamat hari raya, maaf zahir dan batin... melampau kannn? dah hujung sangat dah ni tapi still open hauz masih bermaharajalela. so... so what??

gambar raya famili. bajet gambar studio. hahaha


ye. murid dah lagi tinggi dari teacher diorang. kesahh?? hahaa. budak-budak zaman sekarang. vitamin tambahan berlebihan. aku??? hurmm


pengaruh bukan rakan sebaya. pengaruh cikgu yang tak sebaya lansung. berjaya menyebarkan virus pose macam ni... haha. gasakk


sekian sahaja, entri tak de arah tuju masa depan oleh saya. hebat bukan? terharu bukan..? *hulur tisu*

aku makan ubat batuk,
so aku mengantuk....

*bajet pantun dua kerat... kau hado?*


Sunday, July 10, 2011

0 berkubur segala perkuburan itu.

gambar sekadar hiasan ihsan dunlud dr pakcik gugel

masa aku membuak-buak rasa nak menulis, ada buah pikiran, internet connection aku takde.


berkubur.


masa aku ada internet connection, buah pikiran aku dah jadi masam, lemau dan basi sampai nak wat juice buah pikiran pun dah tak tasty lagi......


berkubur.


jadi kau nak aku buat apa sekarang.

*jangan suruh aku berkubur. aku tampar gigi korang kang terus mancung dan pakai braces pun dah tak mampu selamatkan kemuncungannya. *



notakaki: ada orang kata entri aku panjang. nah, ini untuk kau.

sebabkan aku gedik g search gambar kubur untuk entri ini, hasilnya aku tak dapat tidur petang. moga malam nanti aku boleh tidur


Saturday, June 11, 2011

8 soal cinta (mungkin)


jarang aku nak bicarakan soal cinta secara terbuka. amaran di sini, ini mungkin entri serius dan mungkin bosan bagi setengah umat manusia. entah kenapa aku nak cakap pasal benda yang ada setengah orang mungkin anggapkan sebagai kurniaan terindah, atau mungkin bagi setengah lagi anggapkan dia sebagai neraka dunia.


cinta.


bunyinya mudah. indah. tapi sebenarnya komplikasi tahap tak tercapai akal fikiran. jujurnya aku bukanlah manusia terhandal yang ingin bicara soal ini kerana cerita cinta aku juga boleh diklasifikasikan sebagai 'nooharomm' faham? tak faham? maksudnya hampeh mak labu laa... (sorry labu, bukan sengaja nak ejek mak ko)

ok sambung balik. kadangnya bila kita dikecewakan, mulalah kita mcm ayam berak kapur. nak-nak, cinta yang lepas tu lah yang kita pujakasihrindu segala. tapi ending-nya, non-hadooo. mulalah episod drama air mata. kalau boleh kumpul air mata tu rasanya dah boleh wat empangan la kata orang. tapi tu kata orang la, kata aku, 'pedulik apa?? ada aku mintak pinjam air mata ko dalam sebaldi dua? tak kan?'

hahaha. sentap. relax luuu... ok. xpe nak nangges, nangges la. let it go kata omputih. kata melayu nya 'barang yang lepas, biar laa lepas' tapi ingat, durasi untuk kecewa tuh jangan laa lama-lama. tak elok. perlu bangkit menongkah arus dunia.walau perit walau seksa.

ye la. selama ini, kalau lapar, orang tu temankan makan.
kalau demam, orang tu yang tolong penawarkan.
kalau marah, orang tu yang tolong sejukkan.
kalau lepak mamak, orang tu yang tolong bayarkan.

ehh? hahaha. tak kisah la. janji lepas ni kena kuat kan hati sendiri.



satu lagi. bila sudah tamatnya kisah cinta, tak payah la korang pergi segala tok dukun, jampi serapah, sumpah seranah kat bekas cintahati korang tuh. tak baik. berdendam takkan buat orang yang korang sayang - bawak bunga, main guitar depan umah sambil cakap 'will you marry me?' TAK ADA. so buat apa. seeloknya kalau betul korang sayang, doakan kebahgiaan dia. walau sedih tapi ingat ALLAH tu maha adil. kau doakan dia, mungkin in return allah aturkan anugerah yang lagi bermakna untuk korang. tapi jangan laa harapkan tiba-tiba ipad2 jatuh dari langit ke, terpijak duit beribu-ribu tepi jalan ke, atau aaron aziz datang umah lalu meminang korang. tak de la. mungkin. tapi selalunya dalam bentuk hikmah, allah bagi kuatkan semangat. ok la tu. kan?

ALLAH yang paling arif dalam aturkan jodoh pertemuan. tak payah la nak meminta-minta. tak payah la tanya-tanya bilaa la agaknya aku nak ada pengganti? selalunya rahsia jodoh ini dah memang rahsia. kalau bagitau, bukan lah rahsia. tak trill la babe. mana tahu, tengah duduk tunggu bas,tengah sesak nak masuk toilet ke, tengah nyanyi jerit-jerit dalam kereta ke. terjumpa jodoh yang korang nantikan. mana tahu. mungkin dalam diam anda diperhatikan. elok baca ayat kursi ke apa ke. tu bukan jodoh, tu hantu. hahahaha. ok tak lawak.


dah la. panjang plak merepek tapi banyak lagi yang boleh di kata. sebab soal cinta ni luas. hingga berjumpa di lain waktu (mungkin tahun, sebab aku pun tak tahu bila aku nak update blog nih)

moga kita semua disayangi pada cinta yang sepatutnya kita cinta.



insyaallah.

Monday, June 6, 2011

2 pesanan terus dari hati


sebenarnya timbulnya aku dengan blog entri tiba-tiba separuh sedar ni sebabnya ingin menjelaskan something.

ada yang tanya, "puisi macam puisi 'gelap' tapi kenapa berbeza di sini? split personality maybe?" kata si-polan bukan nama sebenar.

ok. kenapa. meh aku jelaskan.

bukan split personality, bukan, bukan bukan.

sebenarnya kita ni sebagai manusia, tak sempurna. kadang ada masa derita, ada masa gembira. jujurnya bila aku gembira, idea untuk update di sini memang mencurah-curah kegilaan nya. sebab aku tahu mana mungkin orang mahukan kesedihan yang tak berpenghujung. ada yang datang ke blog ini untuk easy-reading, seronok kan hati dan melunaskan urat-urat kentut yang tersimpul di sini. so aku rasa bila aku sedih, hancur, ranap, aku takkan update apa-apa di sini. dan aku akan ke blog satu lagi, muntahkan rasa hati dalam bentuk puisi.

nah!! jadi kalian tahu kan kenapa lama aku tak update blog ni. tunggulah bila aku dah pulih. bila aku dah heal 100% aku akan kembali. saat ini elok rasanya aku mencari balik diri aku yang entah ke mana-mana.

aku tahu blog ini tak popular mana tapi aku yakin pembacanya ada. jujurnya terima kasih pada yang sudi membaca. aku pergi tak lama. doakan aku kembali dengan rasa gila yang kalian mahukan. sesungguhnya aku rindu ingin menulis bagai dulu. tapi hati aku kata tak perlu. tak mahu biaskan rasa yang tak gembira ini. biar apa yang aku kongsi di hari nanti, akan hanya buat kalian tersenyum sahaja hendaknya. bukan jangkitkan rasa yang aku sedang lalui sekarang.



doakan aku baik-baik sahaja dan moga allah terus bersamaku dan semua yang sudi membaca luahan tak semegah mana ini. insyaallah.


moga terjawab segala tanya. aku ini manusia biasa. sempurnanya selalu tiada.


Tuesday, April 12, 2011

1 warning: ini entri bergambar

tajuk entri tak bley blahh... ye ye je nak warning orang. pehal?? nak gaduh??? *mangsa split personality*

saya seorang cikgu.

subjek: bahasa inggeris, muzik dan pjk. (jgn nak buat muka xpercaya sebab badan aku 'athletic' sgt)

and anak murid saya chomel. sangat. so saja nak tepek muka2 comel diorg kat sini. (and komfem muka korang bukan salah satu daripadanya. bhahaahahhaha)


motif wat entri ni... = hati tengah bersedih. tengok gambar-gambar ini, hati leh berbunga. tak caya? jom xray hati aku, tengok dah siap ada taman negara dengan byk bunga-bunga termasuk bunga limited edition - bunga citra lestari dan bunga-bunga cinta layu di pusaraaaa... *sobss*


situasi exam 1 : kes terlebih study di waktu malam. dah ter-femes tanpa diduga. ada sapa2 nak wat jadi calon menantu???

situasi exam 2 : berlatarbelakang kan lagu 'bila resah - pakcik anuar zain' haaa... ni belum jawab soklan add maths lg nih... haha. tapi tetap chomel sgt!!!!


time ni tengah wat role-play : my family.
father: yang songkok senget
mother: pakai shawl bunga2
sister : yang pegang my shaun the sheepoo
brother: yang pegang bola.
yang lain : watak tambahan demi memenuhi kehendak teacher mereka yang bosan






Related Posts with Thumbnails