Wednesday, May 19, 2010

0 kenapa?

kalau nak tanya, kenapa aku terus kan juga menulis di sini walau aku tahu, aku bukan ada pembaca setia. aku bukan ada followers beribu. aku bukan ada link kepada blog-blog ternama. tapi kenapa aku terus-terusan menulis tak henti. walau aku tahu pembacanya tiada.

kenapa?


aku tahu mmg aku punya ruangan ini tak sefemes blog-blog lain. dan aku pon tak reti nak promote link-link blog aku pada blog-blog ternama yang lain. aku pon tak reti nak tukar-tukar link dgn blogger2 tegar yang lain.

kenapa??


aku tak bodoh. aku tahu semua itu. tapi aku ada sebab aku sendiri. biar orang kata aku gila, biar orang kata aku syok sendiri. biar orang kata aku anti-social. katalah apa nak kata.... gebang laa apa nak gebang.... sbb aku seronok berada dalam ruangan aku sendiri. menulis bila perlu. berkarya bila berilmu. meluahkan apa yang perlu. itu aku. seadanya aku. aku bukan menulis kerana nama, mahupun keran pujian menggila. mahupun mendambakan komen-komen dari pembaca2 yang aku pun tidak pasti sejauh mana jujurnya. jadi biarlah ruangan ini begini. biar aku punya blog yang sangat-turun-ke-bumi, dari aku mencanang-canang blog sendiri yang ada kalanya kualiti tak ada. sebab aku tahu kualiti dan kuantiti blog ini pon tak sehebat mana. mungkin ada kalanya lebih rendah standard yang sepatutnya.


kenapa???


ada aku kesah? ini ruangan aku. milik aku. untuk siapa yang benar-benar kenali aku. untuk aku luahkan apa yang terbuku di benak serabut ku ini ada kalanya. biar kau kata aku mungkin bicara sendirian. aku juga mungkin tak ambil peduli segala apa yang kamu, kamu dan kamu perkatakan. cukup hanya aku tahu siapa aku, cukup hanya aku tahu apa mahuku, cukup hanya aku tahu apa maksud negativiti dan positiviti milik ku. dan cukup aku tahu segala susunan kata-kata ku tidak menyakiti segala kesayangan ku. cukup hanya itu.




sebab aku tahu apa mahunya aku. jika kamu tidak tahu, cukup lah sekadar menjadi pembaca bisu ku. aku tetap hargai segala apanya kamu. titik.

Saturday, May 8, 2010

0 dare to dream.

semalam aku mimpi.




kena cium.



bangun-bangun, jadi segan sendiri. sweet! eh, sila sucikan otak dari anasir-anasir menyimpang. aku ok je. nama pon mimpi. ngeeeeee.......... siapakah gerangan yang telah membuat onar dalam mimpi indah ku.....




ini lah makhluk yang telah mencium ku. di pipi. awwwww... so shhheewwweett........











YES! dolphin camni laa yg kiss saya kat pipi tuh... cuma aku bukan laa dolphin cam gambar nih. aku manusia biasa yang separa mental.. wakakaka. oh i looiikeeee........ sgt chumel. ye ye aku tahu. maybe impossible sket laa nk dpt for the time being. sbb tuh la dapat dalam mimpi je...(ayat sedih...hehehe)



tapi antara dolphin dgn shaun the sheep, saya mau shaun the sheep lagi...... wahahahhaa....
chumel kan?? oh oh... ada sapa2 nk belikan tak agak2. (aku tahu xde. miahahaha) kalau xde pown, kalau laa terjumpa kat mana2, sila bgtahu. saya mahu........!!!!! sgt......!!!!!!!!!...... (jgn bgtahu kalau anda jumpa soft toy nih kat aussie atau planet pluto. jgn bg hatiku kiciwa....okey)


notakaki: shaun-the-sheep xmo masuk mimpi saya malam nih??? i'll be waiting. wahahahah

Thursday, May 6, 2010

0 harapan jiwa pencinta

tersentuh,
melihat muka ku puja itu,
sepi,
lemahnya tak bermaya.

ingin,
kurasai sedikit lelahnya,
biarkan,
kurang segala bebannya.

mengerti,
segala penat keluh kesah itu,
pudar,
seri gembira di mata wajah itu.

rela,
simpan segala cerita remeh yang mahu diluahkan,
tak mampu,
menambah lagi kusut fikiran .

berilah,
peluang untuk bekalkan sedikit senyum,
supaya,
harinya lapang sedikit walau seketika.

jika,
bayaran yang perlu dibayar,
agar segala harinya usahanya baik-baik saja,
adalah sebuah jiwa....

tolonglah tuhan. beri dia kecap bahagia.



aku rela tak punya jiwa.

0 aku mahu kau tahu....

Aku mahu kau tahu,
di setiap penat perit kau lalui,
doaku sentiasa bersamamu.

Aku mahu kau tahu,
di setiap sakit pening dirimu,
rela aku tanggung seksanya.

Aku mahu kau tahu,
di setiap duka luluh hatimu,
ingin ku ceriakan dengan indah dunia.

Aku mahu kau tahu,
di setiap peluh keringatmu itu,
bangga aku saksikan keazaman mu.

Akhirnya, aku mahu kau tahu,
puisi ini ciptaan aku utk kamu.
Di sana. Di sini. Tetap tunggu kamu


dengan satu rasa. Sayang. Hanya itu.



(mode jiwang. nuff said. )

Saturday, May 1, 2010

0 anggur ku tanam walau seketika cuma

tajuk entry tak tahan...... wakakkaa.... ok diumumkan, saya kini menjawat jawatan.....






pengangur-sementara-3-bulan-xde-keje-abeskan-duit-mak-ayah........





wah panjang sungguh jawatan aku tuh......bukan senang nk dpt jawatan mcm nih. hanya yang berjiwa kental, berotak lemau je yg bley dapat...... oke aku menganggur skang. so what??? wahahha... hiduplah saya berhibernate di dlm gua yang org putih kata home sweet home.

dah dekat seminggu nih aku bertapa menuntut ilmu silambam sang penganggur... dah penat berkeliaran tanpa arah tuju kat umah.... mama kata, ' cuba laa kuar. asyik dok dalam bilik je'... so mungkin esok ak akan pindah katil bilik aku kat luar umah... so melepak atas katil di luar rumah mungkin lebih membahagiakan. bukan ak sengaja nk lepak dalam bilik. semua nya terjadi dalam keadaan separa sedar. tak sengaja... aku sedar2 je dah kat dlm bilik...aku sedar2 je dah kat atas katil... aku nk wat cmner... (oke, alasan tp betul tak tipu...)

so mari kita 'otak-ribut' atau dalam bahasa kapitalisnya 'brainstorm' apa yang patut kita buat sepanjang menanam anggur yang xberapa nk berbuah nih... hmmm......

1) job-hunting............ yang ni mmg nak tapi mcm otak lebih kepada duduk umah diam-diam sebelum menapak dalam alam pekerjaan yang mungkin mengecutkan rusuk kiri dan kanan. tp terisi gak masa lapang yang tersangat laaa lapang nih... hmmm

2) aktiviti penghapusan lemak...... well, yang nie.... ermmm aaaaaa.... errrrrr............NEXT!

3) berjalan-jalan melihat alam......... lagi tak boleh pakai....... nk berjalan perlu duit, nak duit perlu bank, tapi dalam bank.......... aghhhhhhhhh dang dang dang!!!!!!!!! (lagu kekusutan jiwa berkumandang....) duit tak ada....... tapi hati ingin ka.......ka?? no no no.. xsesuai lagu ini....

4) menghadiri kelas-kelas motivasi untuk bermain alat musik gitar hampeh yang aku beri nama, 'enchek dino'... lagi skali.......ini mungkin tapi dimana dan bila dan berapa bayaran-nya, tunggu nk kena kuar dari gua.........dlm gua hp xde coverage.........

5) tgk lappy, lappy tgk aku. tgk 'mukabuku', 'mukabuku' tgk aku...... sgt bermuka-muka.... padan muka aku................ mukadimah sungguh................

6) membaca itu amalan mulia.............. byk gak koleksi novel2 beli-tapi-biar-berlumut-dan-berkulat, aku xbaca pown lagi............... lagi tak menjana minda... apa barang baca novel yang byk kisah2 dusta.......... ecehhh... tetiber EMO. xnk ah....... membaca novel2 begini akan mengakibatkan otak menghasilkan bakteria-berangan-syok-sendiri.... WHAT????? alexander potter ada novel baru?????? OHEMMJEEEEEE.......title : you're the one that i don't want.
tajuk nak hebat(memang hebat pon)........ huuuuuu....

7) aku dah penat berfikir

8) bley tak xnak pikir.

9) ............................................

10) zzzzzzzzzzZZZZZzzzzzzz


sekian.


Tuesday, April 27, 2010

2 tamatlah sudah sebuah kisah...

wow. menarik tol aku tgk blog sendiri sbb mmg nmpk sgt aku seorang yang jenis, 'air-pasang surut' why? ble tiba angin rajin, byk benau laa post merepek. ble dtg angin sepoi-sepoi tak reti bahasa, mmg sunyi sepi ibarat pacat bisu yang sepet matanya... wakakaka..... oke laa... entry ni sepatutnya aku bermain dengan perasaan bukan perasan. owh main layang-layang alangkah indahnya.....

dengan berakhir nya paper last aku, jadi secara automatik dan demokratik nya tamatlah juga riwayat kesan degil aku sebagai seorang undergrad student. 6 tahun bkn masa yang singkat mcm goreng telur mata kerbau atau mandikan kerbau di belakang rumah... no no no..... lamaaaaaa tuh. kalau ada anak, anak dah sekolah tadika kemas dah... kalau ada laki, silap-silap laki dh bg surat mintak kawen lagi satu dh.... uist... xde.... yg 2 over sket. pendek kata mmg lama laaa.... panjang plak kata, long long longgggggggg time ago...... haa....

mengimbau balik kenangan manis kau dan aku wahai kroni-kroni b.ed tesl um-ipik cohort 3. wahh panjang sungguh. dari mula-mula masuk zaman foundation, muka sememeh, tudung bawal...sampai ke universiti malaya, dah kenal apa itu foundation dan compact powder, tudung 'yuna' berseluar yankee. eh tak.... suar maintain.... mungkin saiz pinggang je yang berbeza sket..... time masuk tuh muka sume innocent lagi neh.... ish ish ish.... sungguh luhur tutur kata dan baik budi bahasa (yang ni masih bley di-apply kat aku sampai ble2... wakkaka) sampai laaa skang ni..........muka innocent tuh mcm xpayah-nak-tunjuk-split-personality-kat-sini. haaa... lebih kurang ahh.... apa kaitan??? suka ati saya laa..

oke back to the topic. byk yang jadi sepanjang 6 tahun bersama-sama. byk lagi perkara yang tak teradi sepanjang 6 tahun nih. biasa laa... org kata sedang kan lidah lagi tergigit, inikan plak kena gigit nyamuk. bergaduh, bermasam muka, tak bertegur sapa, sepak terajang, mainan biasa. itu laaa yang mengajar kita erti dewasa dan dewata raya. tapi atas setia kawan, brotherhood dan sisterhood, motherhood dan robin hood, segalanya (segala ke? mcm x je) menjadi sebuah kenangan terindah. kenang2 balik tergelak gak mengenangkan kebodohan sendiri yang memang tak matang (so sekarang ak dah matang, sila percaya).

dari kenangan duduk kat hostel, sampai aaa duk umah sewa, mmg kalau nk citer, kalah citer sinetron bawang merah bawang putih, panjangnya... so baik xpayah ahh citer... sapa yg tahu, tahu laaa... bab ponteng kuliah, ponteng kelas dan ponteng segala apa yang boleh diponteng, xpayah laa ckp.... 2 blom masuk kes-kes terpencil seperti datang lambat sebab perut tak selesa(alasan) datang lambat sebab kereta saya dilanda todak(mulia tol alasan), datang lambat sebab bawak jiran sakit perut gi klinik (yang ni betul maaa....) datang lambat sbb tak jumpa cari kelas (terbaik!!!) dan byk lagi laa alasan-alasan late-comer tegar cam aku nih... silap2 aku bley wat en-saiko-pedia yang tebalnya mengalahkan kamus dewan edisi ke 23. (ada ke?)

apa-apa pown, aku harap sangat 75 org budak cohort aku, dapat bersama-sama konvo sekali, kalau nk konvoi sama-sama g kenduri kawen atuk aku pown xpe (eh, atuk aku nk kawen ke?? xde... tipu3..epp epp........) so meh nk kongsi sket gambar2 sepanjang aku jadi seekor pelajar yang belum puas terpelajar dan kadang-kadang kurenggg ajar sket.... (mama ngan abah mmg byk ajar aku, yang kurang 2 sebab aku yang xmo dengar... kuikui... ayat cover baikkk punyeee~)
group photo... walau xcomplete sume org ada tapi at least, ok laa... (pic credite to : joshua paul)kudos 2 cik rumate ku, arina yg meng-edit sampai tak tido petang. heee
ni aku cilok dari muka buku yana... jujur kan saya?? heehe
gula-gula hati....
otak biol a.k.a tuan punya blog.... wakaka

(nota kaki: dari semua gambar-gambar tadi, nmpk tak aku mcm sorang pelajar? nampak x? nmpak x??? xnampak pendek umur. sekian.)

Friday, March 12, 2010

0 sunyi suasana tanpa kata

lama gak blog ni kosong. otak sotong dh beralih ke otak kambing. lembab. sebu. segalanya la... jadi terpanggil nk update sket dgn cerita panas hiburan sensasi. kompem meletup. mahukan update?





ok. sabar ye.....

















update!















sekian terima kasih. mahukan update, update laa aku bagi. miaaaaaaahhahahahhaa... ye saya tahu. saya mmg sgt tak sengal. sumpah tak!
Related Posts with Thumbnails