Thursday, May 27, 2010

0 ceritera sebuah hati

terasa inginkan satu pelukan. yang dapat buang segala luka, segala duka. kalau punya sepasang sayap, mahu saja terbang pada kesayangan ku. ' can i have a hug?' pelukan yang akan hindarkan sepi. yang tidak lagi rasa segala apa bakal menghimpit dada. hendak bernafas bagai disentap dan diherdik, ' kau siapa mahukan bahagia?' jawab ku mudah, ' aku juga manusia biasa' . namun aku tetap bersyukur dengan apa adanya. hari-hari ku walau tidak seperti kamu, kamu ataupun kamu yang bagai berada dalam syurga dunia meniti bahagia, tapi hari ku cukup indah dengan sebutir rasa itu. tanda ingatan, tanda sayang. ya cukup dengan itu.

seadanya aku dulu, aku paranoid. tak pernah ku rasa akan mampu dampingi rasa itu. rasa indah itu. semuanya bagi ku terlalu sempurna untuk menjadi milik ku yang tak ada apa. hanya ada sekeping hati tulus, jujur menerima seadanya. sekiranya hati kamu pilihan hati aku, entah kenapa bahagia kamu yang akan menjadi keutamaan ku. walau ada kalanya diri yang jauh dari sempurna ini akan sekali menghiris menguris hati kepunyaan mu. ada kalanya aku tak sengaja. kerna aku tetap mahu kamu punya yang cukup sempurna adanya. ya, aku pejuang cinta. aku perjuangkan cinta yang ada pada aku, sejujur-jujurnya dan apa yang aku harapkan sebuah senyuman dari wajah itu. itu sudah cukup membahagiakan hari-hari aku.

ada kalanya hidup aku hambar, pilu, sepi dan segala dari negativiti. aku pernah mendampingi segala mereka dari dahulu lagi. semakin aku ingin rasakan indahnya pelangi, setiap kali itu lah mereka kadang kala terus menarik ku supaya jangan pergi. hidup yang banyak kisah duka adakalanya ku rasakan serba tak kena. mampukah aku berikan bahagia walau hanya dengan hati jujur semata? ada kalanya aku rasa tak berdaya. ruang gelap selalunya sudah sinonim dengan wujudnya aku di sudut itu. sudah terlalu lama menyimpan segalanya sendiri. sebab aku hanya mahu melihat senyuman gelak ketawa segala mereka di sekeliling ku. takkan ku tumpah kan cerita duka derita untuk digalas bersama beban itu. aku tak sanggup. aku takkan mampu. kerna aku ingin ceriakan hari-hari mereka walau di dalam hati kecil ini, hanya tuhan yang tahu.

ini realiti hati ku, ini ceritera jeritan sudut sepi itu. mungkin ada yang akan mengerti. jikalau tidak, tak pernah sesekali aku ambil hati. aku hanya insan kerdil, yang agaknya hanya ingin menumpangkan sedikit kasih, melabuhkan sekuman bahgia di hati kamu. sentiasa ku harap ada kamu yang sudi. aku tetap akan di sini. membentuk impian, mengharap apa adanya hadir dalam mimpi-mimpi, dan realiti turut ada sedikit simpati.

untuk aku gapai sedikit cuma, cahaya indah itu. bukan untuk aku. kerna aku akan tetap hadiahkan pada kamu.




hanya kamu.

Friday, May 21, 2010

0 memori pergi


sunyi,
dulu kau hadir,
bersama mimpi,
ngeri.

sepi,
dulu di sini,
kau tidak pergi,
sedih.

hati,
dulu menanggis,
lukanya pedih,
mati.


kini,
pergi kau pergi,
jangan kembali,
jangan kembali
di sini.

kerana diri,
hati,
mimpi,
dah ada pelangi.


tetap di sana,
itu memori,
pergi kau pergi.
jangan.


kembali lagi.

Wednesday, May 19, 2010

0 kenapa?

kalau nak tanya, kenapa aku terus kan juga menulis di sini walau aku tahu, aku bukan ada pembaca setia. aku bukan ada followers beribu. aku bukan ada link kepada blog-blog ternama. tapi kenapa aku terus-terusan menulis tak henti. walau aku tahu pembacanya tiada.

kenapa?


aku tahu mmg aku punya ruangan ini tak sefemes blog-blog lain. dan aku pon tak reti nak promote link-link blog aku pada blog-blog ternama yang lain. aku pon tak reti nak tukar-tukar link dgn blogger2 tegar yang lain.

kenapa??


aku tak bodoh. aku tahu semua itu. tapi aku ada sebab aku sendiri. biar orang kata aku gila, biar orang kata aku syok sendiri. biar orang kata aku anti-social. katalah apa nak kata.... gebang laa apa nak gebang.... sbb aku seronok berada dalam ruangan aku sendiri. menulis bila perlu. berkarya bila berilmu. meluahkan apa yang perlu. itu aku. seadanya aku. aku bukan menulis kerana nama, mahupun keran pujian menggila. mahupun mendambakan komen-komen dari pembaca2 yang aku pun tidak pasti sejauh mana jujurnya. jadi biarlah ruangan ini begini. biar aku punya blog yang sangat-turun-ke-bumi, dari aku mencanang-canang blog sendiri yang ada kalanya kualiti tak ada. sebab aku tahu kualiti dan kuantiti blog ini pon tak sehebat mana. mungkin ada kalanya lebih rendah standard yang sepatutnya.


kenapa???


ada aku kesah? ini ruangan aku. milik aku. untuk siapa yang benar-benar kenali aku. untuk aku luahkan apa yang terbuku di benak serabut ku ini ada kalanya. biar kau kata aku mungkin bicara sendirian. aku juga mungkin tak ambil peduli segala apa yang kamu, kamu dan kamu perkatakan. cukup hanya aku tahu siapa aku, cukup hanya aku tahu apa mahuku, cukup hanya aku tahu apa maksud negativiti dan positiviti milik ku. dan cukup aku tahu segala susunan kata-kata ku tidak menyakiti segala kesayangan ku. cukup hanya itu.




sebab aku tahu apa mahunya aku. jika kamu tidak tahu, cukup lah sekadar menjadi pembaca bisu ku. aku tetap hargai segala apanya kamu. titik.

Saturday, May 8, 2010

0 dare to dream.

semalam aku mimpi.




kena cium.



bangun-bangun, jadi segan sendiri. sweet! eh, sila sucikan otak dari anasir-anasir menyimpang. aku ok je. nama pon mimpi. ngeeeeee.......... siapakah gerangan yang telah membuat onar dalam mimpi indah ku.....




ini lah makhluk yang telah mencium ku. di pipi. awwwww... so shhheewwweett........











YES! dolphin camni laa yg kiss saya kat pipi tuh... cuma aku bukan laa dolphin cam gambar nih. aku manusia biasa yang separa mental.. wakakaka. oh i looiikeeee........ sgt chumel. ye ye aku tahu. maybe impossible sket laa nk dpt for the time being. sbb tuh la dapat dalam mimpi je...(ayat sedih...hehehe)



tapi antara dolphin dgn shaun the sheep, saya mau shaun the sheep lagi...... wahahahhaa....
chumel kan?? oh oh... ada sapa2 nk belikan tak agak2. (aku tahu xde. miahahaha) kalau xde pown, kalau laa terjumpa kat mana2, sila bgtahu. saya mahu........!!!!! sgt......!!!!!!!!!...... (jgn bgtahu kalau anda jumpa soft toy nih kat aussie atau planet pluto. jgn bg hatiku kiciwa....okey)


notakaki: shaun-the-sheep xmo masuk mimpi saya malam nih??? i'll be waiting. wahahahah

Thursday, May 6, 2010

0 harapan jiwa pencinta

tersentuh,
melihat muka ku puja itu,
sepi,
lemahnya tak bermaya.

ingin,
kurasai sedikit lelahnya,
biarkan,
kurang segala bebannya.

mengerti,
segala penat keluh kesah itu,
pudar,
seri gembira di mata wajah itu.

rela,
simpan segala cerita remeh yang mahu diluahkan,
tak mampu,
menambah lagi kusut fikiran .

berilah,
peluang untuk bekalkan sedikit senyum,
supaya,
harinya lapang sedikit walau seketika.

jika,
bayaran yang perlu dibayar,
agar segala harinya usahanya baik-baik saja,
adalah sebuah jiwa....

tolonglah tuhan. beri dia kecap bahagia.



aku rela tak punya jiwa.

0 aku mahu kau tahu....

Aku mahu kau tahu,
di setiap penat perit kau lalui,
doaku sentiasa bersamamu.

Aku mahu kau tahu,
di setiap sakit pening dirimu,
rela aku tanggung seksanya.

Aku mahu kau tahu,
di setiap duka luluh hatimu,
ingin ku ceriakan dengan indah dunia.

Aku mahu kau tahu,
di setiap peluh keringatmu itu,
bangga aku saksikan keazaman mu.

Akhirnya, aku mahu kau tahu,
puisi ini ciptaan aku utk kamu.
Di sana. Di sini. Tetap tunggu kamu


dengan satu rasa. Sayang. Hanya itu.



(mode jiwang. nuff said. )

Saturday, May 1, 2010

0 anggur ku tanam walau seketika cuma

tajuk entry tak tahan...... wakakkaa.... ok diumumkan, saya kini menjawat jawatan.....






pengangur-sementara-3-bulan-xde-keje-abeskan-duit-mak-ayah........





wah panjang sungguh jawatan aku tuh......bukan senang nk dpt jawatan mcm nih. hanya yang berjiwa kental, berotak lemau je yg bley dapat...... oke aku menganggur skang. so what??? wahahha... hiduplah saya berhibernate di dlm gua yang org putih kata home sweet home.

dah dekat seminggu nih aku bertapa menuntut ilmu silambam sang penganggur... dah penat berkeliaran tanpa arah tuju kat umah.... mama kata, ' cuba laa kuar. asyik dok dalam bilik je'... so mungkin esok ak akan pindah katil bilik aku kat luar umah... so melepak atas katil di luar rumah mungkin lebih membahagiakan. bukan ak sengaja nk lepak dalam bilik. semua nya terjadi dalam keadaan separa sedar. tak sengaja... aku sedar2 je dah kat dlm bilik...aku sedar2 je dah kat atas katil... aku nk wat cmner... (oke, alasan tp betul tak tipu...)

so mari kita 'otak-ribut' atau dalam bahasa kapitalisnya 'brainstorm' apa yang patut kita buat sepanjang menanam anggur yang xberapa nk berbuah nih... hmmm......

1) job-hunting............ yang ni mmg nak tapi mcm otak lebih kepada duduk umah diam-diam sebelum menapak dalam alam pekerjaan yang mungkin mengecutkan rusuk kiri dan kanan. tp terisi gak masa lapang yang tersangat laaa lapang nih... hmmm

2) aktiviti penghapusan lemak...... well, yang nie.... ermmm aaaaaa.... errrrrr............NEXT!

3) berjalan-jalan melihat alam......... lagi tak boleh pakai....... nk berjalan perlu duit, nak duit perlu bank, tapi dalam bank.......... aghhhhhhhhh dang dang dang!!!!!!!!! (lagu kekusutan jiwa berkumandang....) duit tak ada....... tapi hati ingin ka.......ka?? no no no.. xsesuai lagu ini....

4) menghadiri kelas-kelas motivasi untuk bermain alat musik gitar hampeh yang aku beri nama, 'enchek dino'... lagi skali.......ini mungkin tapi dimana dan bila dan berapa bayaran-nya, tunggu nk kena kuar dari gua.........dlm gua hp xde coverage.........

5) tgk lappy, lappy tgk aku. tgk 'mukabuku', 'mukabuku' tgk aku...... sgt bermuka-muka.... padan muka aku................ mukadimah sungguh................

6) membaca itu amalan mulia.............. byk gak koleksi novel2 beli-tapi-biar-berlumut-dan-berkulat, aku xbaca pown lagi............... lagi tak menjana minda... apa barang baca novel yang byk kisah2 dusta.......... ecehhh... tetiber EMO. xnk ah....... membaca novel2 begini akan mengakibatkan otak menghasilkan bakteria-berangan-syok-sendiri.... WHAT????? alexander potter ada novel baru?????? OHEMMJEEEEEE.......title : you're the one that i don't want.
tajuk nak hebat(memang hebat pon)........ huuuuuu....

7) aku dah penat berfikir

8) bley tak xnak pikir.

9) ............................................

10) zzzzzzzzzzZZZZZzzzzzzz


sekian.


Related Posts with Thumbnails