Sunday, April 3, 2011

0 10 Tips pergi interbiuuuuu~~~

Disebabkan kebosanan melampau, jadi dengan bernasnya aku nak tolong korang semua yang bakal menduduki atau mendiriki (kalau tempat interbiu tak sediakan kerusi untuk duduk) interbiuuuuu…

Ada beberapa tips yang aku nak kongsi ngan korang. Eleh, xpayah nak berlagak sangat sambil buat muka “ada aku kesah” plak kat sini. Aku bom korang kang! Aku dah baik hati nih…. Haaa… (dengar laa… kesian tau kat aku *flipshair* mcm nick carter)

Ok, tak merapu lagi. Ambek pen, salin mana perlu. Kang kalau kena bambuu, jgn kata aku tak bagitau (perghh… mcm pantun sihhhh)

1 . Masuk bilik temuduga, bagi salam. – assalamualaikum bagi yg beragama islam, dan selamat pagi/ tengahari/petang bagi yang bukan muslim. Jangan plak korang masuk bilik interbiuuu tu leh plak cakap , “yo wassuuppp muhh niggaa” ataupun, “watchaaa doinnn brothhhaahh”. Kompem interviewer 2 reload senapang M16 dia khas untuk tamatkan riwayat korang.

2 . Pakai baju formal. – formal yang selalu manusia pakai, bukan monyet buat show kat sarkas, pakai. Baju kurung bagi perempuan, kemeja bagi lelaki. Yang nak pakai kebaya nyonya sexaaayyy sket 2, tunggu je laa time raya. Tak payah gedik pakai time interbiu. Kalau boleh pakai ‘coat hitam’ kalau ada. Pakai raincoat hitam atau hanya ber- petticoat hitam sahaja sangat tak lawak.

3 . Kasut bertutup – pastikan kasut yang korang pakai tu kasut bertutup. Dan bukannya selipar yang korang tutup dengan tisu jamban mahupun beg plastic sampah (fesyen terkini katanya, janji bertutup). nescaya, korang juga akan jadi mangsa bunuh menggunakan M16 tu tadi.

4 . Bawa segala sijil-sijil yang sepatutnya. – pastikan cukup segala sijil, ijazah korang. Lengkap. Kalau tak lengkap, mmg kena menapak balik ambek. Kalau dekat xpe. Buat korang orang kedah, dapat posting kat johor. Kan berjuta tapak nak kena ambik untuk pulang ke rumah. Kalau nak masukkan sekali segala sijil anugerah pemain galah panjang sedunia ataupun sijil nikah, sijil kursus perkahwinan, sijil lulus lessen kereta ke, suka hati. Fail tu korang yang punya, bukan aku punya ataupun ahmad albab yang punyaaaa. So pandai-pandai la..

5 . Jawab soalan straight- to-the-point – kalau orang tu tnya apa-apa, korang jawab terus-menuju-ke-point. Xpayah bengkak-bengkok merapu meriban ibarat dirasuk hantu kak limah. Kalau dia Tanya pasal “apa itu FPN?” korang jawab melalut begini: “FPN ye encik. Saya semalam tengah dok layan baca nota pasai FPN ni, rumah bantai blackout plak habaq hangggg… perghh mengagau caril lilin. Xdok lilin habaqqq hangggg! Terpaksa laa guna torchlight kat henpon saya tu nak pi cari lilin. Panaihhhnyaa bukan mainnn.. last2 jumpa laa lilin. Dok pasang lilin, bley plak terbakaq nota FPN. Saya pun telepon bomba sambil menyanyi “rumah terbakar panggil bombaaa… bombaa datang berlumba-lumbaaa” –MANGSA BUNUH HEAD-SHOT, KOMPEM!!

6 . Baca apa yang perlu – baca laa nota mana yang perlu agak-agak soklan yang dia akan Tanya. Jangan laaa gi dengan muka konpiden, tanpa memikirkan masa depan, berbekalkan otak yang kosong habuk pun tak mandang… ini siriusss.. ada org kena halau keluar sebab dia tak tahu jawab dan tiap kali nak cuba jawab, tetttttttt…. Salah. Salah siapaa?? Dia dan kemalasan dia. So kalau agak lansung tak baca tu, apa kata ‘sebelum encik halau saya, baik saya halau diri saya sendiri. Kurang sedikit rasa malu dan pilu di hati. Bukankah begitu??’ (jangan Tanya laa apa nasib si polan ini selepas itu.)

7 . Jawab dengan muka konpiden – walaupun korang sumpah tak tahu jawapannya. Kalau salah, mintak maaf. Jangan korang gi berdebat dengan interviewer untuk menegakkan benang yang basah. Pastu dengan bongkak korang cakap, ‘eleh, encik apa tahu jawapan dia. Keje interviewer je kot, saya ni bakal pegawai pendidikan DG41 tahu??? (wat muka kerek)’ dan selepas itu bila kebenaran terbongkar, interviewer tersebut merupakan……


…………………….bekas pengarah pelajaran …………………


8 . Cakap – pastikan korang bercakap. Bukan mendendangkan lagu syahdu di dalam bilik itu. Dia nak tengok cara korang bercakap, bukan terkumat kamit menyumpah dengan kata-kata kesat sebab korang tak tahu jawapan pada soklan yang ditanya. Sebab tu kena baca. Kalau tak baca, korang takat boleh cakap, ‘nama saya makcik konah dan hobi saya makan buah’ je laaa. Kan ke sedih.

9 . Selak la surat khabar hari tersebut – untuk dapatkan serba sedikit general knowledge. Sebab tahu ramai yang tak berapa baca suratkhabar tambah kalau hari ahad, korang hanya ambik sisipan b*pop atau pancaindera je kannn *ehemmm*. Sebab dia akan Tanya satu soklan bonus pasal isu semasa. Dan soklan seperti “siapakah teman wanita yusry KRU sekarang?” ataupun “artis mana yang pergi ke Bali kerana patah hati???” …TAKKAN sekali ditanya pada hari tersebut.

10 . Bersosial. – Tanya interviewer tu, ‘encik ada anak lelaki yang single tak? Tak nak ambek saya jadi bakal menantu?? “ bhahahahhaha. Ok yang ni aku tipu. Sebab idea dah kering. Bhahahhaha…

Sekian, jangan biar diri anda menjadi mangsa M16. Terima kasih. Aiilebbyuhhhtoootriiporrrr!!


kot laa kalau fail interbiu, main terjun2 bukan jawapannya. apa barang terjun laut pakai crocs dgn tidbits cute-cute... !!


rindu team ranap. *sebak*

Tuesday, February 22, 2011

2 i belib i can felayyyyyy.....~~

haa... ni bukan nak promote lagu R.Kelly tuh. nak cakap sebenornyaaa....


AIR ASIA WAT PROMOOOOOO!!!! weehuuu.....~ (eleh aku eksaited mcm laa dapat tiket free pon! xde.... ni aku ikhlas pomot ni. siyes... kalau korang tgk muka aku skang ni, kompem korang percaya laa ini benar-benar kejadiannn... dasyaaattttttt!!!!)




ok xpayah laa tgk dekat sangat. aku pemalu. yang penting muka aku mmg seriussss skang ni, tahap angker wa cakap lu.

ok.

ini dia... BIG SALE!! kalau dia letak small sale, jangan cakap aku, tapi mak cik kantin skolah mak aku pun xheran... kan? ko hado??? xdo nyooooo~~~



so sapa yang ada masa free tuh, ada duit lebih ke... kot laa simpan duit nak kawen tapi xjadi kawen, ha leh laa guna duit 2 bli tiket kapal terbangg... (hoishh,, jahat tol mulut. salah3. tukar) klau simpan duit nak masuk MLM pastu korang tersedar dan kembali ke pangkal jalan, apa tunggu lagi???? MOH BERCUTI WEEEHHHHHHH. (sambil wat tangan usoppp dalam hantu kak limah come back home)

cakap banyak pun tak guna. sebab aku memang tak bercakap- hanya menaip. meh nak tunjuk antara promonyaaa...





nampak?? aku pun tak nampak....! hahaha. aku malas nak resize pic nih weh. so detail-nya... ini harga flight dari KUALALALALALALA LUMPUR ke JAKAKAKAKAKARTA. pergi-balik baru RM75.OO beb!!! kalau harga TAK promo (bila air asia agak kejam) harga dia leh mencecah RM3++. hampir 4rat ahh.... ha.... kan leh jimat....?? duit lebih 2 leh laaa simpan wat shopping kat bandung ke, jakarta ke..... haaa...

kalau pergi 2, jangan lupa... kenang daku dalam duit shopping mu.....okeyh? aku pernah gi sini. so memang worth it laaa... worth it dia macam korang makan eskrim cornetto secara percuma selama setahun! kompem!!! kalau korang tak rasa mcm tuh, xpe. aku belanja korang makan eskrim pop warna pepel. ala eskrim 20sen yang leh patah 2 tuh.... (dulu time skolah, selalu berangan nak jadi ahli karate sebab berjaya patahkan eskrim tuh... bhahahhaha)


ok. itu saja dari saya yang tolong promo air asia big sale nih. haha. so sapa-sapa yang dah ter-racun nak bli tix skang, bley laaa berbuat demikian di laman web air asia nih http://www.airasia.com. banyak lagi destinasi yang korang boleh pilih... kalau tak nak gi obersii sebab xde passport, leh laaa gi around malaysia. malaysia pun best apa. tapi xpayah la berangan nak datang ipoh naik airasia. aku sentet kepala lutut korang nanti. tahu? dan jangan tanya aku kenapa???!!!!!!! ok fine. aku emo. sekian.



dats all from me. okbaiii......!!!!


Sunday, February 20, 2011

4 eh ada lagi???

ok. pelik tapi benar.



aku update blog.


-setahu aku, aku ada suruh seorang teman untuk TOLONG delete blog ni, tapi aku xpaham kenapa ada lagi wujudnya blog ini. whahaha. aku suh dia tolong, sebab sendiri tak sampai ati nak delete. skali dia pun tak sampai ati agaknya. jadi bila hati aku dengan hati dia nak sampai....aku pun tak tahu.

hoookay, lama tak menulis buatkan banyak jus-jus otak berlumba nak muntahkan diri masing-masing. cuma aku suh jus-jus tu telan pil tahan sakit jap. so diorang boleh chillax sekejap.

mana aku menghilang? (ni soklan ada gak yang tanya, dan aku jawab dengan muka tak bersalah tanpa memikirkan masa depan, 'ala, blog dah delete'. yang sebenarnya TIDAK! SUMPAH AKU BUKAN NK MENIPU TAPI AKU MEMANG MATI HIDUP SEMULA, PASTU MATI BALIK, HIDUP BALIK LEPAS TU, PUN TAK TAHU BLOG NI WUJUD LAGI. salah kan orang yang tak sampai hati itu, ni budaknya- majid a.k.a suhaili. gi blog dia. blog dia femes macam ayam goreng mekdi! oh lazat!



oh soklan di atas tak berjawab. aku xhilang mana-mana. ada je. cuma bila rasa malas di tahap yang paling selesa dan feeling emo di tahap yang paling tahi, baik aku duk diam-diam je bagai katak di dalam gua tempurung kuakkk kuaakkkk bunyi katak itu. aku malas bagi korang baca entry-entry berbau rasa yang serba takbest! lebih pekdahnya aku main polis sentri one to jaga dengan mak cik konah.... (rindu makcik konah??? aku sumpah sikit pun tak rindu orang tua tuh. sebab dia gi makan kenny rogers tak ajak aku! bungkus kan muffin panas pun dia tak. koaajaa! )

dah. aku dah update. harap gendang gendut perut yang gendut, jangan nak makan sangat sate endut. walau sate dia hooo liaaoo! eleh. korang mana tahu endut tuh sapa. dia hensem, perut dia seksi. kenal???? aku pun xkenal.


babai. aku bz. nanti hujung tahun ni aku update plak. tu pun kalau panjang umur dan otak berada di keadaan normal.



rindu mak cik konah? ni gambar terbaru dia. eksklusifff untuk sapa yang tanya sapa makcik konah sebenarnya! hambek???!! skang ko rasakan! aku sebarkan gambar ko makcik konah!!!


presenting..... mak cik konah

cantik bukan?? sebijik macam monyet!



ni plak gambar terbaru aku yang bukan-lah-baru-sangat...




gambar hasil aku menculik dari fb kak ili. heeee. peace.


for now, so longgg.... see you next time!!! deeebo deeboo deeeee......~~~~



Monday, November 22, 2010

0 hilang

minat menulis

minat menyanyi

minat menangkap gambar

minat bahagia

minat membelog

minat melawak




segalanya....









HILANG.




jangan tanya kenapa. sebab aku pun nak cuba cari semua. hilang semua entak ke mana-mana.

tunggulah. cuti dah mula. mungkin mereka kembali seperti biasa. doakan la ye.





vain

vulnerable

pain



ini saja yang ada. perfect combo.

sudah.

aku ada pantun.


lin dan menang bukak baju,
kalau nak ngedate, call le aku.


HAHAHAHAHHAHAHAHHAHA


(siapkan perut nak attend kenduri kawen kawan-kawan. untuk korang, xpe. aku redha lemak aku mengganas dan menggila. untuk kawan kawan. apa ada hal)


terbang lah rasa. terbang lah tinggi. gapai apa saja kau mahu.




Saturday, October 30, 2010

2 ada apa pada nama

lama dah rasanya tak menulis kat blog hampeh nih... biasa la. hidup org bekerja mmg mcm tuh. hahaha.. sgt laa tidak, aku yang pemalas. HAHAHA.

ok. kali ni aku nak ckp pasal nama. atau bahasa omputihnya, name. bukan name sayeee.. ckp org perak. kadang-kadang trend orang bagi nama anak sekarang ni macam-macam woh. nama dah mengalahkan puteri kayangan tak pun mengalahkan heroin hindustan. paling best, nama canggih-canggih yang ada kalanya tak de makna mengikut agama Islam. sedih wo. kesian anak tu. sebab orang kata laa (since ni belog aku, aku laa nak habaq mai nih) nama ni melambangkan character anak tu nanti. siyes tak tipu. ambek contoh paling dekat, nama aku.

farah filzah.

nak ikutkan maksud nama aku ialah, farah : kegirangan ( sbb tu aku ni suka gelak, suka segala yang girang si paku girangggg. hahahaha... pastu filzah plak maksudnya 'belaian jiwa'. sbb tu aku selalu emo. ahhaa.. bukan, aku sensitif. haa. eh, bukan lagu innuendo ke belaian jiwa??? patut ke aku tuntut royalti... waahhh..

ha, lepas tuh, trend parents yang konon modern ni suka sgt tukar ejaan pada nama yang end up, nama xde maksud gak. memang nama sedap. ejaan gempak. tapi seeloknya biarlah bermakna. trend yang aku paling tak boleh terima ialah namakan anak 2 sempena nama artis. mmg tak salah as long as nama artis 2 ada makna dan makna dia seelok perangai artis 2. tapi kalau bagi nama, : siti angelina jolie. xpon bagi nama nurul mariah carey. haa apa maknanya?? artis omputih ye laa sesuka hati sesedap ketiak bagi nama anak mcm apple ke, violet ke, merrabetta inspectorsahab, kuchkuch hotakhang. biar la diorg. yang nak ikutkan benda tu wat pe.


so, mesti korang pk apehal aku tiba-tiba je bagi isu agak serius nih. bukan nak tunjuk bukti aku matang tapi saja aku terpikir. so aku rasa, dalam 5 thn akan datang kalau ada budak darjah 1 nak daftar masuk sekolah, mesti ada nama-nama yang akan buat kita tersenyum. sebagai contoh, kawan makcik konah baru he beri nama anak dia.....

nur kasih.


tak kisah la. janji kalau maksud ada, aku xde hal. jangan terkejut satu masa nanti ada budak sekolah bila tanya, 'ok, tell me your name...'

"my name is...................



chinta chandurry."




ko nak buat apa? 2 nasib baik mak dia xletak nama osman kabilah. heheheh


*bergurau*



mangsa: adik aku. comel bukan??? kasihan beliau.


culprit: kakak yang bosan xde keje. sekian.

HAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHA



Wednesday, October 6, 2010

0 hidup baru

bangun pagi: 6.00 pagi

bertolak gi sekolah: 7.00 pagi

sampai sekolah: 7.40 pagi

sesi sekolah mula : 7.45 pagi

minum pagi bagi badan lagi tembun : 10.45 pagi

sekolah tamat : 1.05 tgh hari

start kereta rempit balik umah opah : 1.20 tgh hari

sampai umah : 2.00 petang


berehat


tidur : 11.00 malam


rutin berulang sampai hari jumaat.


CONCLUSION: rasa sayang pada hari jumaat semakin menebal dan membuak-buak.


dear friday, im falling deeply in love with you....!!!



tempat lepas rindu... hurmm..


psst: makcik konah, aku rindu kat kau. kat sini diorg tak nak layan aku pun bila aku ajak, 'nek temah, jom main galah panjang'. dia leh tgk aku dan senyum nampak gusi, gigi dia entah kemana hilangnya. penat aku cari gigi palsu dia. nasib jumpa...



Friday, September 24, 2010

0 cerita pasal rindu

kurang dari 48 jam dari sekarang aku mungkin bakal mengakhiri zaman bujang..... eh bukan... zaman aku sebagai penggangur... hahaha... gugur jantung x??? kalau ye, kutip balik... haha.. ini lah masanya aku akan mula menabur bakti dan mungkin juga sedikit saki maki bahasa 'indah' atau mmg betul-betul indah tanpa dabel meaning. kenapa?

sekolah dah tahu.

sekolah aku ada belog.

mungkin akan mula private kan blog sendiri.

followers blog sekolah lagi banyak dari blog sendiri.


sket pun aku tak terasa hati. HAHAHAHA...


dan aku tahu, seperginya aku nanti, banyak yang akan merindu... aku tahu... sebab makcik konah dah ari2 wat konsert lagu ' sepi seorang perindu' dekat gate umah aku... haish... menggoncang jiwa... tahu tak aku mmg sangat TAK sedih nak tinggalkan ko cik konah... nanti aku balik, aku banje ko makan kuaci k??? kita gi main layang-layang kat blakang umah ko, mmg indah betul hidup xde keje cam ko. hahahaha..

oh ada lagi yg akan merindu. bantal aku. katil aku. bilik aku. diorg komfem meratapi pemergian aku lagi... (ke mereka gembira sampai buat parti buih sesama sendiri.. hurmm) xpe.. i will miss u guys like hell. jumpa lagi hujung minggu... aku akan kembali mengganas... jgn risau..

oh ada lagi yang merindu.. siapa?? phamili aku rindu aku tak... komfem ahh... tapi sume kaver2 malu tapi mahu kan.. xpe2.. i fahamm...

ogh ada lagi....

hendem 2 rindu saya tak??? aloo... moga-moga rasa ku ini juga rasa mu... chewaaaahh... tetiber tacing... control2... aku kan macho.. sengal... tapi sensitipp.. well.. dah diam.. aku tahu ramai yg gelak sinis bawah bantal.. cheh. ingat aku tak tahu... haha

dan segala keluarga kucing-kucing aku. dengan bangga nak senarai nama sekor2. to manja, pak tam, mak tam, pichort, kuning, bang kassim, comomot, putih, ogi, mama mot dan 6 ekor lagi si kecik2 yang xde nama lagi... akan rindu kamu ibarat punggung eh salah pungguk rindukan bulan purnama... wahaaa...

hamster aku ada 3 ekor, chocobi, cart ngan chik chik. hidup elok... bosan-bosan geget cage,misscall2 aku kat sini k? aku topap kredit korg nanti... jgn risau ehh...

ok laa.. penat dah... aik lupa lak letak gambar skolah ha.. waddemenet..



ni laa sekolah saya. mari berkhidmat... yehaaa



happy?


we'll see.

Related Posts with Thumbnails