Friday, November 27, 2009

0 hakikat panca cahaya

jangan di gapai bintang di angkasa,
kerana cahaya atau malapnya,
tiada yang dapat menyangka.
jangan dipandang hina rumput di daratan,
walaupun duduknya rendah,
tetapi banyak gunanya.
jangan disangka permata itu berharga,
kerana ianya mungkin mainan dunia.
jangan dirasa kaca itu tajam menikam,
kerana seksa pedihnya mungkin hasilkan bahagia.
jangan tertipu indahnya kejora,
walau indah maha karya ciptaannya,
namun mungkin ada sekelumit busuknya.
segalanya terletak pada cantiknya hati,
kerana diri tahu mana bahgia di cari,
mana seksa tidak lagi dipeduli.
dan dengan itu satu yang diyakini,
akan wujudlah sebuah pelangi hakiki.

itu bahagia sejati

0 geng kapak:

Post a Comment

komeng laa selagi anda boleh mengomeng~

Related Posts with Thumbnails