Friday, September 24, 2010

0 cerita pasal rindu

kurang dari 48 jam dari sekarang aku mungkin bakal mengakhiri zaman bujang..... eh bukan... zaman aku sebagai penggangur... hahaha... gugur jantung x??? kalau ye, kutip balik... haha.. ini lah masanya aku akan mula menabur bakti dan mungkin juga sedikit saki maki bahasa 'indah' atau mmg betul-betul indah tanpa dabel meaning. kenapa?

sekolah dah tahu.

sekolah aku ada belog.

mungkin akan mula private kan blog sendiri.

followers blog sekolah lagi banyak dari blog sendiri.


sket pun aku tak terasa hati. HAHAHAHA...


dan aku tahu, seperginya aku nanti, banyak yang akan merindu... aku tahu... sebab makcik konah dah ari2 wat konsert lagu ' sepi seorang perindu' dekat gate umah aku... haish... menggoncang jiwa... tahu tak aku mmg sangat TAK sedih nak tinggalkan ko cik konah... nanti aku balik, aku banje ko makan kuaci k??? kita gi main layang-layang kat blakang umah ko, mmg indah betul hidup xde keje cam ko. hahahaha..

oh ada lagi yg akan merindu. bantal aku. katil aku. bilik aku. diorg komfem meratapi pemergian aku lagi... (ke mereka gembira sampai buat parti buih sesama sendiri.. hurmm) xpe.. i will miss u guys like hell. jumpa lagi hujung minggu... aku akan kembali mengganas... jgn risau..

oh ada lagi yang merindu.. siapa?? phamili aku rindu aku tak... komfem ahh... tapi sume kaver2 malu tapi mahu kan.. xpe2.. i fahamm...

ogh ada lagi....

hendem 2 rindu saya tak??? aloo... moga-moga rasa ku ini juga rasa mu... chewaaaahh... tetiber tacing... control2... aku kan macho.. sengal... tapi sensitipp.. well.. dah diam.. aku tahu ramai yg gelak sinis bawah bantal.. cheh. ingat aku tak tahu... haha

dan segala keluarga kucing-kucing aku. dengan bangga nak senarai nama sekor2. to manja, pak tam, mak tam, pichort, kuning, bang kassim, comomot, putih, ogi, mama mot dan 6 ekor lagi si kecik2 yang xde nama lagi... akan rindu kamu ibarat punggung eh salah pungguk rindukan bulan purnama... wahaaa...

hamster aku ada 3 ekor, chocobi, cart ngan chik chik. hidup elok... bosan-bosan geget cage,misscall2 aku kat sini k? aku topap kredit korg nanti... jgn risau ehh...

ok laa.. penat dah... aik lupa lak letak gambar skolah ha.. waddemenet..



ni laa sekolah saya. mari berkhidmat... yehaaa



happy?


we'll see.

Monday, September 13, 2010

4 10 perkara yang JANGAN di buat di hari raya.

hari ini dah masuk raya ke-4. heh. so bila dah 4 hari beraya ni, biasa laa... lemak2 sedang giat berkeliaran di dalam badan dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan hasil yang cemerlang... ye, terima kasih laa cik-cik lemak yang buruk sungguh budi pekertinya kan.. dah! bukan nak cakap pasal lemak berkrim disukai pak mat tempe. ada orang cakap kalau bosan, quoted' gi tulis blog'. haha. 2 pesanan untuk aku la. kalau korang bosan, gi la susun kuih dalam baldi elok2, pas2 kira berapa bijik telur yang digunakan untuk membuat kuih-kuih tadi. sumpah korang kebosanan sampai berbuih mulut sebab xkan dapat jawapannya punya. eh apa aku merepek nih.

ok.

aku wat entri ni aku nak tulis pasal 10 perkara yang TAK PATUT korang buat time gi menziarah umah orang di hari raya. ha. ambik buku nota, salin. kang kuar dalam exam kang xdapat jawab, jangan wat muka kesian cam abg kassim pon ponnn....


1- JANGAN pakai kasut tali-tali sampai ke peha. ala-ala kasut gladiator 2. bukan aku jeles kasut korang cantik, tapi kang by the time korang nak bukak kasut 2, orang lain dah abes makan pun. nak pakai kasut 2 balik ingat senang? susah beb. kang orang dah dapat duit raya, korang masih dalam usaha bukak kasut 2 tadi. kan rugi..! (terjadi kat sorang budak di umah opah aku. kesian beliau. dik, tahun depan, cuba lagi. jangan putus asa dalam hidup.)

2- JANGAN makan bagai sudah takkan ada esoknya. ha, korang bukan nak pergi satu rumah je. so, jangan laa makan banyak sangat di rumah pertama. walau makcik2 di rumah tu tak putus-putus repeat dialog yang sama, 'makanlaa... makan laa...tambah lagi, tambah'... tolong jangan tergoda. kang takut kat rumah yang ke 21, korang terpaksa jalan cam ibu ketam nak masuk pintu rumah tersebut, sebab nak masuk gaya manusia normal dah tak muat. so, lu pikirr laa sendiri. hehe.

3- JANGAN lepak kat umah tu lama sangat sampai tuan rumah dah wat muka sinis sambil tarik picu senapang, 'balik atau nyawa' kat tengkuk korang. walaupun tu rumah kawan-baik-comolot- korang atau walaupun dia mempunyai abang yang muka saling tak tumpah macam nishikido ryo atau aaron aziz. bagi chance ah orang lain nak beraya ataupun nak usha abg dia sama. kan?


ha, kan dah segan. terrr-letak gambar nishi plak... opss...~ HAHA

4- JANGAN mintak tuan rumah tambah kuih dalam balang sebab ko dah abes licinkan kuih makcik tersebut. (ni perangai tak senonoh makcik konah). paling best, korang gi cari plak stok kuih yang makcik 2 simpan dalam peti besi beliau walau sedap mcm mana pun kuih berkenaan. kesian la anak makcik 2 yang belum balik dari perantauan nak merasa kuih 2. kan?

5- JANGAN tumpang tengok TV kat umah yang korang pergi walau tuan rumah tengah layan cerita hantu indon ataupun sembilu kasih mahupun ular emas. ha. focus! hajat di hati ingin beraya, jangan tengok TV beria. ha, pantun 2. haha. sebab kang korang wat gaya terkejut katak kalau-kalau ada scene hantu menyorok di balik selimut. kalau bakal mak mertua nampak, kan kurang markah kalian di situ. so, control sket.

6- JANGAN gelak kuat-kuat mengalahkan orang gelak pakai speaker. kalau gaya gelak tu merdu macam farah filzah gelak, xpe gak. masih boleh diterima akal la. ni macam cencorot betina tercekik halkum. kot ye pun kelakar, mengenang kembali zaman persekolahan, ingat la skit. umah orang tu.. pas2 tolong ingat kot ada abg diorg yang masih single dan ingin mencari jodoh. ha. kan tak manis. control jugak ye.hahaha

7- JANGAN mengada nak join kalau anak-anak tuan rumah pelawa main meriam buluh atau bazooka limited edition. tangan yang sempurna amat diperlukan untuk bersalaman dan menerima duit raya. jadi, jangan jadikan tangan anda punca poket anda berhabuk. ingatlah orang yang tersayang. orang terbenci pun kena ingat gak. sebab nanti dia gelak guling-guling tengok korang xde tangan. kan sentap!

8- JANGAN ber-cam-whore sampai buat pose-pose daring yang tak masuk akal seperti terlentang di dapur tuan rumah, meniarap di pintu bilik air dan juga buat lompat bintang di ruang tamu. sila behave, walau cam-whoring itu ada kalanya menghiburkan. ingat 2 perkara. 1-bakal mak mertua. 2- abang yang hensem itu tadi. hahah

9- JANGAN buat-buat tak nampak kalau orang hulurkan salam untuk bersalaman bermaaf-maafan walau tangan beliau tak ada sampul raya. raya bukan hanya mengejar kebendaan atau bantuan kewangaan yang kukuh. bersalaman ini amalan mulia dan bila lagi korang nak bersalam-salam berlaga pipi dengan kawan-kawan yang dah tak jumpa dekat 20 tahun. kan? ini lah masanya. asah pipi dengan tangan bagi licin sket sehalus kulit bayi, bukan kulit derooyan kata orang perak.

10- JANGAN main kenyit-kenyit mata kalau andai kata ternampak abam ni. walau senyuman dia manis (aku tahu), and walau dia cakap, ' macam pernah tengok laa awak ni, kat mana ye?' haa.. jangann... siapa?

dia. dan juga....

dia.

ha. kenapa? aku cakap jangan tu jangan laa... nak rasa air oren campur belerang dan racun serangga, cuba lah. HAHAHA.

tak payah laa tahu kenapa.


nak tahu gak.





sebab dia anak tok ketua kampung. merangkap pengerusi ahli mesyuarat tingkap.

nuff said.
(pssst.. dia pujaan hati makcik konah juga. opsss... ye, saya bakal diletupkan ole beliau, baik saya gali kubur sendiri. hahah. weh makcik konah, aku terlepas cakap ahh... jangan ahh cam 2. kita kan kawan?? kan kan kan??? hahahhahahahha)


SEKIAN. I LEBB YUUHH TOO. MUAAHAHA

Monday, September 6, 2010

0 bila otak kosong tapi gedik nak update belog

HAHAHAHA. panjang bukan tajuk entri kali ini. ye. otak beku. nyala penunu bunsen atas kepala pon blom tentu otak nak cayooorrr bak kata orang perak.. ye teman orang perak piyorrrrr... ada masalah?? (angkat kening sebelah, sambil cekak pinggang macam ziana zenggg)

ok. ready????

boring dohh....!! HAHAHHA.

Option B will be more like it


haaa... bukak website apaa tuh... kantoi...! hahaha

halahhhhhh... yes you can... (kalau mak konah wat mata gini, memang makan abuuugeeennn la)


sumpah cool itu misai.. saluteeee....!!


ok enuff...!
(sudah. sikit2 sudeyhh. kang lagi lemau otak aku yang kiut miut nih. awww..)

Saturday, September 4, 2010

6 the great chef in the making

NOT....!!! hahaha.... ting tanggg tinggg tangggggggg.... alexenderrrrrr... hahaa.. ok, kalau nak raya nih, tiba-tiba je mood nak wat cookies bak kata omputih, membuak-buak... cliche laa 2... xkan nak raya tiba-tiba datang mood nak main kereta kontrol atau mengumpul setem plak kan... hahah. so sebagai budak gegurll yang chomel (ok sila muntah), aku telah bertukarrrrrrrrr (chinggg!! ) menjadi seorang chef yang memporak-keranda-kan dapur... muaaahahaha...

so, puan-puann.... hari ni saya nak ngajor kome sume buat kuih raya yang bertajuk... eh bukan yang bernama.... tart nenas gulung guling-guling di waktu pagi... haaaaa.. panjang bukan nama kuih ini.... rumah aku je ada tart yang nama dia panjang cam haram nih... 2 belom lagi aku buat 'biskut badam warna warni aidilfitri alamak kucing ku tersedak kulit durian'.. haha.. nama biskut raya rumah aku memang rare. tak caya, datang ahh rumah sementara stok masih ada... yeeeeeepaaa..

cakap banyak taraa gua walaupun aku tak bercakap, hanya menaip. ok. barang-barang yang kita perlukan... ialahhhh... jeng jeng jenggg

250 grm butter (bukan gerald butler eh)
50grm gula icing (bukan ice ice babyy)
2biji kuning telur (putih telur jangan buang, leh wat mask tepek kat muka. berguraaaaauu)
1/2 tutup botol esen vanila (jadi belilah esen vanila yang ada tutup botol yer)

375 grm tepung gandum (tepung ni memang xde bau-bau bacang dengan gundam)
20 grm tepung jagung (brand butterfly. brand lain boleh, aku saja gedik)

pineapple paste (atau jam nenas) secukup rasa.


wah... dah rasa cam blog untuk suri rumah plak. PERINGATAN : saya masih remaja.

ok. mula-mula, kita pukul butter dengan gula icing. pas2 dah agak2 kembang (bukan kuncup), kita masukkan esen vanila dengan kuning telur.

ini kita asingkan kuning dan putih telur itu.. (latar belakang lagu, jangan pisahkannn... aku dan diaaa.... tuhan tolonglahhh... ku cinta diaaa). cinta kuning dan putih telur, sampai di sini sahaja.

so pukul (jangan terajang plak) sampai dia fluffy cam nih....

timbang laa tepung guna scale cam nih... jangan guna scale ni timbang berat badan plak ye.. sumpah tak cool.


tepung gandum dan tepung jagung perlu di ayak ok.. so u shake-shake this flour sampai abes. (jangan buat bawah kipas. bagi mengelakkan muka korang jadi tepung gomak di bulan puasa.)

pastu, kita campurkan tepung ke dalam adunan yang dah fluffy td tuh... so buat sampai dia sebati sejati sehidup semati... awww... so sweet.


ini laa rupa adunan yang sebati tadi yee puan puann


sebelum apa pun, bentuk kan jam nenas lebih kurang macam ni ye.. jangan wat bentuk 'love' plak.. ni bukan main plastesin zaman tadika dulu.

dengan gunakan acuan tart nenas gulung, buat macam ni dan letak jam kat hujung. jangan pendek sangat, jangan panjang sangat... ok

pastu, gulung laa benda alah ni... hiaskan dengan sapukan sedikit kuning telur kat atas kuih ni.. kasi nmpk lagi menarik tertarik kau memang da'bomb.

langkah terakhir, bakar laa dalam oven. (jangan bakar guna pembakar roti plak) dalam 180 darjah kepanasan. haha... agak2 dah masak, keluar kan laa.. jangan sampai hangit plak. ok.


selamat mencuba!!!!

(tolong laa cuba, penat kot aku buat entri nih.. hahahahah... )

Wednesday, September 1, 2010

2 wannabe

ada orang tanya aku ni fynn jamal wannabe ke? haha. wannabe dengan i want to be like her, dengan ken watanabe, ada beza tak? kompem tak sama dengan i wanna be a billionaire, so freeeeaakin bad kan?? hahaha

mungkin aku admit ada kadang2 penulisan aku agak macam dia. jujurnya dia idola aku. haa.. memang banyak aku inpirasi dari tulisan dia, puisi dia, lagu-lagu dia. dia bagi aku semangat untuk tak terus meratap tak tentu hala hanya kerana aku dapat tahu harga minyak naik tak semena-mena. (tak patut sedih pon, aku kereta pon xde).

dia jadi semangat laa pada aku yang xada apa ni. kalau rasa aku meniru, aku mintak maaf. kadang-kadang kalau kita tengok cerita superman kusyuk sangat pon, kita percaya kita boleh terbang. tengok citer doraemon sampai lebam pon kita leh cuba kosongkan laci meja study hanya nak naik mesin masa untuk pergi ke masa depan. (aku tak pernah buat macam ni. laci study aku hanya muat masuk tangan aku je, badan jangan cakap la. hahaha)

so aku take that as a compliment. sebab ada orang pernah cakap kat aku, citer naruto 2 best. aku pon rasa best . bukan. kita kena selalu jadi manusia positif. (kalau ada cipan atau cencorot yang baca ini, jadi lah binatang yang positif). aku ada cara aku sendiri tapi kadang-kadang bila aku nak cakap pasal satu issue yang perlu aku jadi sedikit serious dari aku yang memang serious shit tak reti nak buat serious face macam arnold schwarzenegger dalam citer terminator. so ada laa terkucil-kucil anak di tepian, gaya penulisan cam kak ping... ampun yoo...


so pssst, kak fynn. ai leeebb yuhh. (ha jeles tak jeles tak?? hambik nih.)

ohmaigatt...


terrrsama plak cara senyum. oppss.. hahaha


(berita yang baru kami terima: mak konah terpaksa di kejarkan ke hospital kerana kentut berdarah akibat perasaan cemburu yang menggila. doakan kesejahteraan beliau. terima kasih)

0 september bulan SAYA

august baru cakap babai bebeh. and september datang dengan 'holla, motherchicken'. haha. xde2. saya nak umumkan.

saya suka bulan september ni. hahah. nak tahu kenapa? nak la nak la..

sebab raya nak dekat.. wehuuu... so, aku dah buat flyers and banner besar kat dewan orang ramai mesyuarat tingkap 4b.

'aku nak duit raya! duit atau nyawa??!!! ' (smiley muka bengis)

mak konah... takut tak takut tak?? aku tau kau takut. raya tahun ni jangan mengada kunci umah ko guna kunci rantai dan menyorok dalam keranda. sebab aku tetap akan menghantui hidup kau yang penuh dengan kisah ala 'si capik'. (sumpah aku tak follow citer nih. entah siapa tukar channel pastu sorok remote. aku terpaksa. TER!!)

tahun ni, persiapan raya ala kadar je. semuanya sederhana saja. (ni prepare jwapan bajet artis kot-kot laa wartawan melodi serbu rumah. wahhaha) so sebab sepanjang beberapa hari lagi nak raya nih kan, aku mungkin bz xdapat nak update blog ke apa ke kan (mungkin ini pesanan teakhir sebelum line berokbeng aku kena potong lagi. nak bayar bill, kena tunggu duit raya beb, sedih tak sedih tak?? ) dah, aku bukan menagih simpati (air mata berlenang, sambil muka gaya wan maimunah punya tahap sedih dalam drama anak dia tak balik raya)

so, dear my readers.. (kalau ada la) di sini sejujur hati dari dalam hati laa of coz, takkan dari dalam liang lahad plak, saya, si cencorot sengal yang gojes dan mengekalkan ciri-ciri ketimuran dalam pertuturan harian, ingin mengucapkan,



selamat menyambut hari raya aidlifitri, maaf zahir dan batin.

ikhlas. ingatan suci luhur minyak masak seri murni. HAHAHAA.. kompem aku orang pertama wish korang kan. suka tak suka takkk????? (agak-agak eric leong nak bunuh aku tak? eric, tutup mata-tutup mata. SERPRAAAAAISSSS!!! suka tak suka tak???? ) haha...

aku obess, eh salah (walau betul juga sket2, sikit je), OBSES dengan dialog tu sekarang. sebab chomel.

macam aku. AHHAHAHAHAHA


oh bulan ni jugak aku akan lebih matang dari sebelumnya. umur akan bertambah. jadi 24. opah kata boleh sangat laa nih kalau nak kawin. aku plak kata, boleh... memang boleh.... tapi kawin yang tak nak kat cucu opah yang budiman rupa tak seberapa nih, cheqqq nak wat lagu manaaaa???' dah. aku emo. dilema remaja kadangnya mengoncangkan jantung kristal aku. haih... **sigh**

Related Posts with Thumbnails