Wednesday, September 1, 2010

0 september bulan SAYA

august baru cakap babai bebeh. and september datang dengan 'holla, motherchicken'. haha. xde2. saya nak umumkan.

saya suka bulan september ni. hahah. nak tahu kenapa? nak la nak la..

sebab raya nak dekat.. wehuuu... so, aku dah buat flyers and banner besar kat dewan orang ramai mesyuarat tingkap 4b.

'aku nak duit raya! duit atau nyawa??!!! ' (smiley muka bengis)

mak konah... takut tak takut tak?? aku tau kau takut. raya tahun ni jangan mengada kunci umah ko guna kunci rantai dan menyorok dalam keranda. sebab aku tetap akan menghantui hidup kau yang penuh dengan kisah ala 'si capik'. (sumpah aku tak follow citer nih. entah siapa tukar channel pastu sorok remote. aku terpaksa. TER!!)

tahun ni, persiapan raya ala kadar je. semuanya sederhana saja. (ni prepare jwapan bajet artis kot-kot laa wartawan melodi serbu rumah. wahhaha) so sebab sepanjang beberapa hari lagi nak raya nih kan, aku mungkin bz xdapat nak update blog ke apa ke kan (mungkin ini pesanan teakhir sebelum line berokbeng aku kena potong lagi. nak bayar bill, kena tunggu duit raya beb, sedih tak sedih tak?? ) dah, aku bukan menagih simpati (air mata berlenang, sambil muka gaya wan maimunah punya tahap sedih dalam drama anak dia tak balik raya)

so, dear my readers.. (kalau ada la) di sini sejujur hati dari dalam hati laa of coz, takkan dari dalam liang lahad plak, saya, si cencorot sengal yang gojes dan mengekalkan ciri-ciri ketimuran dalam pertuturan harian, ingin mengucapkan,



selamat menyambut hari raya aidlifitri, maaf zahir dan batin.

ikhlas. ingatan suci luhur minyak masak seri murni. HAHAHAA.. kompem aku orang pertama wish korang kan. suka tak suka takkk????? (agak-agak eric leong nak bunuh aku tak? eric, tutup mata-tutup mata. SERPRAAAAAISSSS!!! suka tak suka tak???? ) haha...

aku obess, eh salah (walau betul juga sket2, sikit je), OBSES dengan dialog tu sekarang. sebab chomel.

macam aku. AHHAHAHAHAHA


oh bulan ni jugak aku akan lebih matang dari sebelumnya. umur akan bertambah. jadi 24. opah kata boleh sangat laa nih kalau nak kawin. aku plak kata, boleh... memang boleh.... tapi kawin yang tak nak kat cucu opah yang budiman rupa tak seberapa nih, cheqqq nak wat lagu manaaaa???' dah. aku emo. dilema remaja kadangnya mengoncangkan jantung kristal aku. haih... **sigh**

0 geng kapak:

Post a Comment

komeng laa selagi anda boleh mengomeng~

Related Posts with Thumbnails