Monday, September 13, 2010

4 10 perkara yang JANGAN di buat di hari raya.

hari ini dah masuk raya ke-4. heh. so bila dah 4 hari beraya ni, biasa laa... lemak2 sedang giat berkeliaran di dalam badan dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan hasil yang cemerlang... ye, terima kasih laa cik-cik lemak yang buruk sungguh budi pekertinya kan.. dah! bukan nak cakap pasal lemak berkrim disukai pak mat tempe. ada orang cakap kalau bosan, quoted' gi tulis blog'. haha. 2 pesanan untuk aku la. kalau korang bosan, gi la susun kuih dalam baldi elok2, pas2 kira berapa bijik telur yang digunakan untuk membuat kuih-kuih tadi. sumpah korang kebosanan sampai berbuih mulut sebab xkan dapat jawapannya punya. eh apa aku merepek nih.

ok.

aku wat entri ni aku nak tulis pasal 10 perkara yang TAK PATUT korang buat time gi menziarah umah orang di hari raya. ha. ambik buku nota, salin. kang kuar dalam exam kang xdapat jawab, jangan wat muka kesian cam abg kassim pon ponnn....


1- JANGAN pakai kasut tali-tali sampai ke peha. ala-ala kasut gladiator 2. bukan aku jeles kasut korang cantik, tapi kang by the time korang nak bukak kasut 2, orang lain dah abes makan pun. nak pakai kasut 2 balik ingat senang? susah beb. kang orang dah dapat duit raya, korang masih dalam usaha bukak kasut 2 tadi. kan rugi..! (terjadi kat sorang budak di umah opah aku. kesian beliau. dik, tahun depan, cuba lagi. jangan putus asa dalam hidup.)

2- JANGAN makan bagai sudah takkan ada esoknya. ha, korang bukan nak pergi satu rumah je. so, jangan laa makan banyak sangat di rumah pertama. walau makcik2 di rumah tu tak putus-putus repeat dialog yang sama, 'makanlaa... makan laa...tambah lagi, tambah'... tolong jangan tergoda. kang takut kat rumah yang ke 21, korang terpaksa jalan cam ibu ketam nak masuk pintu rumah tersebut, sebab nak masuk gaya manusia normal dah tak muat. so, lu pikirr laa sendiri. hehe.

3- JANGAN lepak kat umah tu lama sangat sampai tuan rumah dah wat muka sinis sambil tarik picu senapang, 'balik atau nyawa' kat tengkuk korang. walaupun tu rumah kawan-baik-comolot- korang atau walaupun dia mempunyai abang yang muka saling tak tumpah macam nishikido ryo atau aaron aziz. bagi chance ah orang lain nak beraya ataupun nak usha abg dia sama. kan?


ha, kan dah segan. terrr-letak gambar nishi plak... opss...~ HAHA

4- JANGAN mintak tuan rumah tambah kuih dalam balang sebab ko dah abes licinkan kuih makcik tersebut. (ni perangai tak senonoh makcik konah). paling best, korang gi cari plak stok kuih yang makcik 2 simpan dalam peti besi beliau walau sedap mcm mana pun kuih berkenaan. kesian la anak makcik 2 yang belum balik dari perantauan nak merasa kuih 2. kan?

5- JANGAN tumpang tengok TV kat umah yang korang pergi walau tuan rumah tengah layan cerita hantu indon ataupun sembilu kasih mahupun ular emas. ha. focus! hajat di hati ingin beraya, jangan tengok TV beria. ha, pantun 2. haha. sebab kang korang wat gaya terkejut katak kalau-kalau ada scene hantu menyorok di balik selimut. kalau bakal mak mertua nampak, kan kurang markah kalian di situ. so, control sket.

6- JANGAN gelak kuat-kuat mengalahkan orang gelak pakai speaker. kalau gaya gelak tu merdu macam farah filzah gelak, xpe gak. masih boleh diterima akal la. ni macam cencorot betina tercekik halkum. kot ye pun kelakar, mengenang kembali zaman persekolahan, ingat la skit. umah orang tu.. pas2 tolong ingat kot ada abg diorg yang masih single dan ingin mencari jodoh. ha. kan tak manis. control jugak ye.hahaha

7- JANGAN mengada nak join kalau anak-anak tuan rumah pelawa main meriam buluh atau bazooka limited edition. tangan yang sempurna amat diperlukan untuk bersalaman dan menerima duit raya. jadi, jangan jadikan tangan anda punca poket anda berhabuk. ingatlah orang yang tersayang. orang terbenci pun kena ingat gak. sebab nanti dia gelak guling-guling tengok korang xde tangan. kan sentap!

8- JANGAN ber-cam-whore sampai buat pose-pose daring yang tak masuk akal seperti terlentang di dapur tuan rumah, meniarap di pintu bilik air dan juga buat lompat bintang di ruang tamu. sila behave, walau cam-whoring itu ada kalanya menghiburkan. ingat 2 perkara. 1-bakal mak mertua. 2- abang yang hensem itu tadi. hahah

9- JANGAN buat-buat tak nampak kalau orang hulurkan salam untuk bersalaman bermaaf-maafan walau tangan beliau tak ada sampul raya. raya bukan hanya mengejar kebendaan atau bantuan kewangaan yang kukuh. bersalaman ini amalan mulia dan bila lagi korang nak bersalam-salam berlaga pipi dengan kawan-kawan yang dah tak jumpa dekat 20 tahun. kan? ini lah masanya. asah pipi dengan tangan bagi licin sket sehalus kulit bayi, bukan kulit derooyan kata orang perak.

10- JANGAN main kenyit-kenyit mata kalau andai kata ternampak abam ni. walau senyuman dia manis (aku tahu), and walau dia cakap, ' macam pernah tengok laa awak ni, kat mana ye?' haa.. jangann... siapa?

dia. dan juga....

dia.

ha. kenapa? aku cakap jangan tu jangan laa... nak rasa air oren campur belerang dan racun serangga, cuba lah. HAHAHA.

tak payah laa tahu kenapa.


nak tahu gak.





sebab dia anak tok ketua kampung. merangkap pengerusi ahli mesyuarat tingkap.

nuff said.
(pssst.. dia pujaan hati makcik konah juga. opsss... ye, saya bakal diletupkan ole beliau, baik saya gali kubur sendiri. hahah. weh makcik konah, aku terlepas cakap ahh... jangan ahh cam 2. kita kan kawan?? kan kan kan??? hahahhahahahha)


SEKIAN. I LEBB YUUHH TOO. MUAAHAHA

4 geng kapak:

Anonymous said...

ambil gambar tanpa kebenaran nih kenapa ?hahaha

::theBROKENmaiden:: said...

anon a.k.a hendem. i dah mintak izin haaa tadi.... hahaha.

uncle azizuddin said...

ewahhhh cyong bukan main lagi kamu

::theBROKENmaiden:: said...

uncle azizuddin : eh, nama uncle sama laaa dengan abah saya... hahahaha

bukan main apanya??? apa salah saya?? im innocent!!

Post a Comment

komeng laa selagi anda boleh mengomeng~

Related Posts with Thumbnails