Friday, June 25, 2010

0 indah pelangi :i


Kalau ada izinku menyentuh pelangi itu,
Akan ku pastikan warnanya berseri berkilau selalu.
Walau adakalanya suram cahaya hatinya,
Tetap ku di sini, setia hulurkan walau secebis Cuma,
Sekuman cahaya hati walau ku tahu tiada banyak jumlahnya.
Tapi tetap ku akan beri. Pasti.
Kerana kamu sang pelangi.

Kalau ada peluangku mendampingi pelangi itu,
Akan ku sajikan ceritera indah sebagai peneman tidurnya,
Agar dapat lena bahagia diulit mimpi mempersona,
Harap ku agar ada secebis gembira dalam dirinya
Kerna tiap kali melihat senyumnya, itu sudah cukup.
Cukup buatku rasakan hangatnya mentari pagi.
Indah. Bahagia. Namun biarlah ini dia yang rasa.
Kerana kamu sang pelangi.

Kalau ada tiap masa ku mengagumi dia, pelangi itu.
Mahu ku bantu dia ringankan segala apa beban di benaknya,
Ku kutip juga semua mimpi ngeri, duka lara terbitan hatinya,
Takkan sesekali aku biarkan warna warni hiasan hidupnya,
Kusam, pudar, layu, tak berseri lagi dek ujian duniawi.
Walau seantero dunia berpaling tak mahu menoleh padanya lagi,
Tetap ku ada di situ, di sisi, tak kan sekali aku berganjak,
Tetap tangannya ku gengam, erat teguh tak sekali ku leraikan,
Hingga jika dia kata, berhenti, cukup lah kau di sini.
Selagi tidak, tegar setia aku di sini. Teguh. Kental.
Kerana kamu sang pelangi. Mungkin bukan pada mereka atau siapa-siapa.

Untuk aku, kamu istimewa. amat!

0 geng kapak:

Post a Comment

komeng laa selagi anda boleh mengomeng~

Related Posts with Thumbnails