Monday, June 6, 2011

2 pesanan terus dari hati


sebenarnya timbulnya aku dengan blog entri tiba-tiba separuh sedar ni sebabnya ingin menjelaskan something.

ada yang tanya, "puisi macam puisi 'gelap' tapi kenapa berbeza di sini? split personality maybe?" kata si-polan bukan nama sebenar.

ok. kenapa. meh aku jelaskan.

bukan split personality, bukan, bukan bukan.

sebenarnya kita ni sebagai manusia, tak sempurna. kadang ada masa derita, ada masa gembira. jujurnya bila aku gembira, idea untuk update di sini memang mencurah-curah kegilaan nya. sebab aku tahu mana mungkin orang mahukan kesedihan yang tak berpenghujung. ada yang datang ke blog ini untuk easy-reading, seronok kan hati dan melunaskan urat-urat kentut yang tersimpul di sini. so aku rasa bila aku sedih, hancur, ranap, aku takkan update apa-apa di sini. dan aku akan ke blog satu lagi, muntahkan rasa hati dalam bentuk puisi.

nah!! jadi kalian tahu kan kenapa lama aku tak update blog ni. tunggulah bila aku dah pulih. bila aku dah heal 100% aku akan kembali. saat ini elok rasanya aku mencari balik diri aku yang entah ke mana-mana.

aku tahu blog ini tak popular mana tapi aku yakin pembacanya ada. jujurnya terima kasih pada yang sudi membaca. aku pergi tak lama. doakan aku kembali dengan rasa gila yang kalian mahukan. sesungguhnya aku rindu ingin menulis bagai dulu. tapi hati aku kata tak perlu. tak mahu biaskan rasa yang tak gembira ini. biar apa yang aku kongsi di hari nanti, akan hanya buat kalian tersenyum sahaja hendaknya. bukan jangkitkan rasa yang aku sedang lalui sekarang.



doakan aku baik-baik sahaja dan moga allah terus bersamaku dan semua yang sudi membaca luahan tak semegah mana ini. insyaallah.


moga terjawab segala tanya. aku ini manusia biasa. sempurnanya selalu tiada.


2 geng kapak:

Tablet android Honeycomb terbaik murah said...

allah maha sempurna,.. dan maha segala-galanya..

::theBROKENmaiden:: said...

ya betul. terima kasih singgah di sini

Post a Comment

komeng laa selagi anda boleh mengomeng~

Related Posts with Thumbnails