Tuesday, May 12, 2009

2 indah cahaya kedipan kejora

di kala hidup ini dibakar hangatnya sepi,
kejora itu hadir, sejukkan bahangnya.
di kala hidup ini menempuh onak berduri,
kejora itu tetap di sisi, suluhkan jalannya.
di kala hidup ini terasa lemah xberdaya lagi,
kejora itu hulurkan kekuatan yang tidak terperi.
di kala hidup ini jatuh di dalamnya lembah derita,
kejora itu tetap pinjamkan sayap saktinya.
di kala diri ini hilang segala harapan bahagia,
kejora itu tetap menerangi sinar mentarinya.
di kala hidup ini dirasakan suram tidak bernyawa,
kejora itu menyanyikan lagu-lagu pelangi.
di kala hidup ini melakarkan kisah-kisah duka,
kejora itu turut menanggis bersama.
di kala hidup ini tak mampu lagi untuk mengerti kejamnya dunia,
kejora itu tidak berputus asa tunjukkan indahnya bahagia.
di kala hidup ini dihiris luka-luka berdarah,
kejora itu berusaha sehabis mungkin untuk peroleh penawarnya.
di kala hidup ini tak punya apa-apa,
kejora itu juga yang meyakinkan, kamu itu istimewa.

tetapi, hidup itu tidak selalu derita.
dikala bahagia, kejora tidak pernah terasing dari lipatan minda.
di kala hidup ini peroleh cahaya girang dan gemilang,
kejora itu turut tersenyum bahagia.


**puisi istimewa tulus dari hati ini, didedikasikan kepada satu-satunya kejora di dalam hidup ku...iaitu...


i heart my mama...eppi 'belated' mother's day, mama...lurve ya...

2 geng kapak:

SiTi sUhaili sAriF said...

lo,ko ke yg tulis ni
pergh
dasyat r ko

Farah Filzah bt Azizuddin said...

yup....hasil nukilan dari diri ini...
heh.. original oh....copyright reserved 2.. hihi
tenkiu3...byk ko xtau psl aku lagi nih...hihi

Post a Comment

komeng laa selagi anda boleh mengomeng~

Related Posts with Thumbnails