Wednesday, January 27, 2010

2 :: diskriminasi ::

kepala biol dari pagi. dalam masa yang singkat, g kelas, beberapa perkara diskriminasi terjadi.

situasi 1.

seorang pelajar fakulti sebelah. lelaki. OKU. dia buta. ada tongkat. si kepala biol tgk dia tersalah jalan. tongkat beliau xdapat membantu beliau kembali ke pangkal jalan yg sebenar. kepala biol, walau tgh biol, ada humanity. kasihan. ingin menolong. ikhlas. dengan nada sopan, " biar saya tolong" sambil nk tarik tongkat beliau dan menjadi pemandu arah jalan. tangan di tepis dengan separa kasar.



sentap.



kepala biol tersentak. hati pedih. lupakan hasrat, ku relakan dia pergi. tengok dari jauh. takut dia terjatuh terlanggar pasu bunga yang cantik.

tiba-tiba. datang seorang lagi perempuan. berkata sesuatu pada beliau. serta merta, beliau relakan perempuan tersebut menjadi pemandu arah yang berjaya.

kepala biol tersentak buat kali kedua. apakah?

owh, mungkin perempuan itu pakai baju kurung, dan kepala biol berseluar jeans yang di beli semasa jualan murah. mungkin. tapi dia buta.

mungkin perempuan tersebut memberi salam penuh sebelum mulakan bicara dan perempuan biol terlupa itu semua. mungkin. dia tak pekak. mungkin

dan mungkin perempuan tu adik dia. mungkin. atau paling tepat, wanita itu la ratu di hati beliau. separa mungkin.

diskriminasi. terus berjalan sambil menyanyi.

situasi 2.

kepala biol menuju ke rumah. lampu merah. berhenti. ada seorang lelaki. bermotosikal berhenti. tiba-tiba. menongkat dagu sambil memandang tepat ke arah kepala biol. lama. macam si gatal nk mengorat. kepala biol bukan perasan cantik. tapi jari tengah mula bergerak. ingin menjalankan tugas sbb beliau menyampahkan.

hanya menyumpah dengan kata-kata carutan separa kasar.

lihat cermin belakang. jpj. tarik seat belt. tiba-tiba tertekan minyak. kepala biol langgar lampu merah. di depan jpj. dan di depan si gila bermotosikal tadi.

jpj xperasan dan terus membelok. kepala biol xbelok. jalan terus. mungkin isteri jpj telefon. saket nk beranak. mungkin.

diskriminasi. terus menyumpah seorang diri. takut tapi tetap kental.


situasi 3.

sampai di parking rumah. penat. tiba- tiba. abang maintenance dan makcik maintenance keluar lunch berdua. abang maintenance belum berkahwin. keluar berdua. satu kereta.




skandal.



giliran kepala biol. mendiskriminasikan orang. puas. terus menuju ke lif. sambil menyanyi.



moral dalam cerita : tidur malam itu penting. jangan sesekali abaikan. pesanan dari kapala biol = tuan punya blog.

2 geng kapak:

Classic Closet said...

tu lah..len kali tdo..

Farah Filzah bt Azizuddin said...

eheheehh.. nk wat mcm mana.. dh mata degil sgt.... huhuhuuuuuu....

Post a Comment

komeng laa selagi anda boleh mengomeng~

Related Posts with Thumbnails