Thursday, May 27, 2010

0 ceritera sebuah hati

terasa inginkan satu pelukan. yang dapat buang segala luka, segala duka. kalau punya sepasang sayap, mahu saja terbang pada kesayangan ku. ' can i have a hug?' pelukan yang akan hindarkan sepi. yang tidak lagi rasa segala apa bakal menghimpit dada. hendak bernafas bagai disentap dan diherdik, ' kau siapa mahukan bahagia?' jawab ku mudah, ' aku juga manusia biasa' . namun aku tetap bersyukur dengan apa adanya. hari-hari ku walau tidak seperti kamu, kamu ataupun kamu yang bagai berada dalam syurga dunia meniti bahagia, tapi hari ku cukup indah dengan sebutir rasa itu. tanda ingatan, tanda sayang. ya cukup dengan itu.

seadanya aku dulu, aku paranoid. tak pernah ku rasa akan mampu dampingi rasa itu. rasa indah itu. semuanya bagi ku terlalu sempurna untuk menjadi milik ku yang tak ada apa. hanya ada sekeping hati tulus, jujur menerima seadanya. sekiranya hati kamu pilihan hati aku, entah kenapa bahagia kamu yang akan menjadi keutamaan ku. walau ada kalanya diri yang jauh dari sempurna ini akan sekali menghiris menguris hati kepunyaan mu. ada kalanya aku tak sengaja. kerna aku tetap mahu kamu punya yang cukup sempurna adanya. ya, aku pejuang cinta. aku perjuangkan cinta yang ada pada aku, sejujur-jujurnya dan apa yang aku harapkan sebuah senyuman dari wajah itu. itu sudah cukup membahagiakan hari-hari aku.

ada kalanya hidup aku hambar, pilu, sepi dan segala dari negativiti. aku pernah mendampingi segala mereka dari dahulu lagi. semakin aku ingin rasakan indahnya pelangi, setiap kali itu lah mereka kadang kala terus menarik ku supaya jangan pergi. hidup yang banyak kisah duka adakalanya ku rasakan serba tak kena. mampukah aku berikan bahagia walau hanya dengan hati jujur semata? ada kalanya aku rasa tak berdaya. ruang gelap selalunya sudah sinonim dengan wujudnya aku di sudut itu. sudah terlalu lama menyimpan segalanya sendiri. sebab aku hanya mahu melihat senyuman gelak ketawa segala mereka di sekeliling ku. takkan ku tumpah kan cerita duka derita untuk digalas bersama beban itu. aku tak sanggup. aku takkan mampu. kerna aku ingin ceriakan hari-hari mereka walau di dalam hati kecil ini, hanya tuhan yang tahu.

ini realiti hati ku, ini ceritera jeritan sudut sepi itu. mungkin ada yang akan mengerti. jikalau tidak, tak pernah sesekali aku ambil hati. aku hanya insan kerdil, yang agaknya hanya ingin menumpangkan sedikit kasih, melabuhkan sekuman bahgia di hati kamu. sentiasa ku harap ada kamu yang sudi. aku tetap akan di sini. membentuk impian, mengharap apa adanya hadir dalam mimpi-mimpi, dan realiti turut ada sedikit simpati.

untuk aku gapai sedikit cuma, cahaya indah itu. bukan untuk aku. kerna aku akan tetap hadiahkan pada kamu.




hanya kamu.

0 geng kapak:

Post a Comment

komeng laa selagi anda boleh mengomeng~

Related Posts with Thumbnails