Wednesday, May 19, 2010

0 kenapa?

kalau nak tanya, kenapa aku terus kan juga menulis di sini walau aku tahu, aku bukan ada pembaca setia. aku bukan ada followers beribu. aku bukan ada link kepada blog-blog ternama. tapi kenapa aku terus-terusan menulis tak henti. walau aku tahu pembacanya tiada.

kenapa?


aku tahu mmg aku punya ruangan ini tak sefemes blog-blog lain. dan aku pon tak reti nak promote link-link blog aku pada blog-blog ternama yang lain. aku pon tak reti nak tukar-tukar link dgn blogger2 tegar yang lain.

kenapa??


aku tak bodoh. aku tahu semua itu. tapi aku ada sebab aku sendiri. biar orang kata aku gila, biar orang kata aku syok sendiri. biar orang kata aku anti-social. katalah apa nak kata.... gebang laa apa nak gebang.... sbb aku seronok berada dalam ruangan aku sendiri. menulis bila perlu. berkarya bila berilmu. meluahkan apa yang perlu. itu aku. seadanya aku. aku bukan menulis kerana nama, mahupun keran pujian menggila. mahupun mendambakan komen-komen dari pembaca2 yang aku pun tidak pasti sejauh mana jujurnya. jadi biarlah ruangan ini begini. biar aku punya blog yang sangat-turun-ke-bumi, dari aku mencanang-canang blog sendiri yang ada kalanya kualiti tak ada. sebab aku tahu kualiti dan kuantiti blog ini pon tak sehebat mana. mungkin ada kalanya lebih rendah standard yang sepatutnya.


kenapa???


ada aku kesah? ini ruangan aku. milik aku. untuk siapa yang benar-benar kenali aku. untuk aku luahkan apa yang terbuku di benak serabut ku ini ada kalanya. biar kau kata aku mungkin bicara sendirian. aku juga mungkin tak ambil peduli segala apa yang kamu, kamu dan kamu perkatakan. cukup hanya aku tahu siapa aku, cukup hanya aku tahu apa mahuku, cukup hanya aku tahu apa maksud negativiti dan positiviti milik ku. dan cukup aku tahu segala susunan kata-kata ku tidak menyakiti segala kesayangan ku. cukup hanya itu.




sebab aku tahu apa mahunya aku. jika kamu tidak tahu, cukup lah sekadar menjadi pembaca bisu ku. aku tetap hargai segala apanya kamu. titik.

0 geng kapak:

Post a Comment

komeng laa selagi anda boleh mengomeng~

Related Posts with Thumbnails