Monday, July 5, 2010

1 ::kayap::

" aku mana layak kawan dengan kau, kau anak orang kaya"


aku pernah dapat ayat sebijik sejiban mcm ni dari beberapa orang rakan. aku sikit pon tak bangga dengan ayat di atas sampai terlintas nak gi tulis kat dalam buku rekod kemajuan time kat skolah dulu. bila dah kena label mcm 2, persepsi orang kat ko pon berbeza. jauh sekali entri ini nak meninggi diri aku yang mmg xberapa nak tinggi nih. kadang-kadang, bila ada status2 kat fesbuk, (bukan aku punya, aku ni observer je) yang melabel seseorang 2 sebagai riak laa tuh wat status pasal g bercuti sana-sini, anak orang kaya laa katakan.... ish ish... tak baik wo ckp mcm 2... tak kenal maka tak cintan. so, kalau korg tak kenal, jangan laa main label orang itu ini. oke. meh aku nak bagi tunjuk, yang mana betul status yang menunjukkan 'riak, takbur saudara syaiiton tuh'

status 1: haih susah tol laa ada umah besar sangat nih, nak ke dapur pon nak kena naik lif, pakai escalator. (RIAK!)

status 2: pergghh... hijau siott rumput baru rumah aku nih. bapak aku import dari new zealand, sebijik macam rumput yang lembu dalam iklan susu tepung 'fernleaf' tuh makan' terbaik!!! (RIAK!)

status 3: upload all the piccas from my shopping spree. gosh.. tak sangka dah abes dekat rm18K IN 1 DAY....

itu bukan kaya, itu POYO.

oke, dapat beza? status 2 hanya rekaan aku je. tapi kadang2 manusia nih, xde niat pon nak wat status yg berunsur riak 2. kadang2 saja nk kongsi berita dengan orang. tapi disalahertikan plak oleh pihak-pihak yang kecik2 dulu tak nak gi skolah tadika. pastu senang-senang nak label berlagak, riak takbur saudara syaiton... eh eh... xpatut laa derr...

situasi: ko baru je beli kereta. (dengan duit sendiri) and ko cakap kat orang pasal kereta kau.

pendapat: aku tak rasa ni berlagak kot. sbb ko ingat senang nak beli kereta pakai duit sendiri. kalau dia nak wat apa ngan kereta dia sampai jadi cam kereta batman gotham city ker, suka dia laa duit dia. jangan terus2 kata ha, mula dah ckp besar. xpatut laa derr...


ini plak apa yang orang pikir pasal aku. apa yang diorg nampak, xsemestinya apa yang berlaku. 'kau xpe laa, anak orang kaya' .. wer werrr... aku kadang panasss gak dgn ayat nih. kalau aku betul kaya, purse aku selalu lebat ahh dengan cash. ko pernah tgk purse aku mmg tinggal habuk semata sampai nak beli ubat gigi colgate kayu sugi pek kecik pon aku xmampu. kaya kata kau? lagi satu, kalau aku betul2 kaya, aku xpayah laa nak sibuk cari kerja part time, nak kumpul duit. walau nak beli apa aku nak, ingat senang mcm ABC SPECIAL letak eskrim ke? aku kena gak usaha sendiri. kaya kata kau?? aku beruntung bapak aku tak manjakan kitorg dengan duit. kalau aku betul kaya, dialog dia lain beb.

'daddy, masuk duit 2 ribu. i nak shopping with my girlss laa.. beg prada limited edition is out! '

'jom kawan-kawan. hari ni aku banje korg makan tony roma's. on me. aku banje. apa ada hal.'

haa.. pernah ke dgr aku ckp cam ni? aku suh korg yang belanja aku lagi ada. nak belanja korang makan cendol belakang UM pon aku xpernah. apatah lagi nak banje makan porsperity burger...
'not my taste' -itu ye ayat orang 'kaya' ke koya??? hahaha

so, motif?? aku xleh tido. 2 yang aku start merepek. jadi kesimpulannya, jangan laa judge the book by it's price. nak terus label orang itu ini. orang kaya 2 pon, ko ingat senang ke??? hidup diorang lagi stress kot nak handle itu ini, beban nak tanggung bukan senang. so, yeah, they deserved the prosperity due to their hard work and success. bagi aku tak salah. jangan nilai org dari sudut luaran, kenal hati budi dulu. (nada suara serius dan yakin macam pengacara misteri nusantara, zainal ariffin ismail)


**aku rindu nak makan prosperity burger. dengan status dompet yang hanya ber-sen, lupakan aja. lagipon mekdi dah xde prosperity. oblong sudeyhh..... yeahhh.... (notyourtaste?? do i look like i care?? ahhahaha)

notakaki: entri ini bukan nak merujuk pada sesiapa. hanya general view aku. jangan laa terasa ati. sbb sumpah aku xletah pon perkataan hati lembu dalam entri ni. siyess... sbb ini mmg entri xde motif pon. peace~ one love. allah.

1 geng kapak:

D C W said...

riak tu ape?

Post a Comment

komeng laa selagi anda boleh mengomeng~

Related Posts with Thumbnails