Thursday, August 26, 2010

0 gerak hati

lewat hari ini aku ada bicara dengan seorang ini mengenai 'gerak hati'. benar kata orang, 'ikut hati, mati.' tapi itu orang yang kata. bagi aku ada kalanya gerak hati aku akhirnya terbukti sahih dan ada kalanya segala gerak di hati aku boleh dicampak ke longkang dan pergi jahanam. ketemu jalan buntu.

titik

selalunya kalau aku pertama kali berjumpa seorang itu, siapa-siapa, ada kalanya aku tak rasa apa, ada kalanya aku rasa suka dan ada kalanya aku diam tak kata apa-apa. bila suka atau tak rasa apa, itu bagus. good first impression dan hati aku juga tak menggila tertanya-tanya. tapi bila mana aku mula diam, pasif dan seperti aku bukan aku yang peramah, periang atau yang ketawa macam hyena tercekik bunga cengkih, itu BAHAYA. sebab aku mula rasa ada sesuatu tak kena, aku mula rasa kekok, mula rasa tertanya-tanya apa celaka yang bakal tiba.

sebab selalunya bila bahaya, masa depan tentu akan ada sesuatu. sama ada subjek sakiti kesayangan ku, atau sakiti hati aku, atau dia punca minyak petrol menjulangkan segala bentuk api sumpah seranah. aku tak tahu. selalunya ada.

selalunya.

aku bukan tahu sekali imbas tengok muka orang aku dapat agak, oh, dia ini pembunuh bersiri, oh dia ini jahat sekali, oh dia ini mungkin pencuri. TIDAK. aku bukan begitu. cuma mungkin dia bakal isukan agenda-agenda yang akan buat jiwa aku kusut atau dalam erti kata halusnya, hadirkan sedikit rasa tidak suka dan aku akan terus menjadi seorang yang sangat pura-pura. ya, bila jadinya ini aku akan mula jijik pada diri sendiri. macam mahu masuk dalam almari dan main sembunyi-sembunyi.

jangan salah duga. aku bukan 'ibu peri' ibarat bawang merah bawang putih. ada juga kes-kesnya aku juga tersilap menilai orang. ada juga jadinya, bila ikut gerak hati, akhirnya semua meleset dan tak habis-habis aku salahkan sendiri. tapi entah. dalam menilai orang melalui pertama kali perkenalan, aku boleh tahu mungkin aku dan dia serasi atau bagaimana.

jujur aku tak suka rasa begini. sumpah tidak.

sebab aku ingin kenal orang tanpa rasa apa-apa. tanpa ada egoni. ada yang jumpa aku buat kali pertama katakan aku sombong. ya mungkin. kenapa? aku bukan sengaja. kerna mungkin kamu dalam list 'bahaya' itu.mungkin. tapi jika kamu jumpa aku dan aku sudah boleh mula menggila, kamu golongan selamat atau mungkin tidak.

SELAMAT kerana aku mula suka kamu. mula selesa dengan kamu. TIDAK selamat kerana aku mungkin akan mula susahkan kamu dengan hidup duka gembira aku. mungkin akan mula peningkan kepala kamu dengan gelagat yang mungkin kurang senonoh pada golongan makcik-makcik mesyuarat tingkap itu.

kerana aku lantang suaranya. kerap sangat gelaknya. kadangnya kerana aku ini tak peduli apa.


jadi apa pilihan yang kamu ada?


aku bukan saiko.

0 geng kapak:

Post a Comment

komeng laa selagi anda boleh mengomeng~

Related Posts with Thumbnails