Tuesday, June 29, 2010

0 bila hati menjerit 'WTF!!'

situasi: kedai gunting rambut

mangsa: gadis yang hatinya penuh harapan

background music: killing me softly.....


pernah tak rasa masuk hair saloon dengan hati berbunga riang macam baru makan choki choki masak 3rasa, dan keluar dari situ mcm rasa makan ayam panggang yang hangus terbakar akibat dari terleka tgk drama sembilu? pernah tak???


saya pernah.


sungguh berkecai hati nie ble tgk hasilnya dan terkedu. satu perkataan merangkak dalam kepala hotak


star trek.


jangan cuba-cuba nak bayangkan yang mana. character yang mana satu. kerana kalau jawapan kamu tepat, samalah mcm kamu baru je masukkan hati yang dah mmg nyawa-nyawa cencorot ni ke dalam blender. ya, anda kejam. sama kejam dengan amoi 2. merperkotak katakkan hati luhur ku.

*mengensot dengan penuh kesedihan menuju ke dapur kerana tekak ku dahaga. berlatarkan music sedih yang teramat-amat 'hit me baby one more time'. sumpah sedih*

aku patut bersyukur rambut ku bukan macam ni.

ye. ini pon salah satu watak star trek. dan jangan bygkan aku begini. JANGAN!! (ini amaran keras. sekeras batang paip yang hinggap di kepala korang kalau ada niat nak bygkan.)


**sebab aku hensem lagi. dan tak de misai tanglong dan janggut yang macam kena gelek ngan mesin rumput. **

0 geng kapak:

Post a Comment

komeng laa selagi anda boleh mengomeng~

Related Posts with Thumbnails