Thursday, July 22, 2010

0 kebekuan kepala otak

dalam hidup korang sebagai seorang manusia, (kalau ada cencorot yang baca, so dalam hidup korang sebagai seorang cencorot), pernah tak lalui satu situasi mcm bila korang nak sgt sesuatu tu, kompem tak dapat, tapi bila dah xnak 2, banyak plak benda 2 depan mata. pernah x? kalau pernah, angguk kepala. kalau korang hantu xde kepala, tunjuk sign 'peace, no war' sket. haa.. ini lah topic yang cuba nak dikupaskan di sini (perghh... mcm forum perdana hal ehwal murid dah ni)

situasi 1: korang cuti panjang, pergi laaa ke sini sana berkeliaran mintak kerja dengan gaya paling sopan dan nada suara paling lunak berkrim di sukai ramai. apa yang korang dapat?? "nanti, kitorang call ye" tapi, sampai kucing aku baru pas nikah sampai dia dah beranak 4, korang xde call2 pon. (ok, emo. jauh hati). then skang ni tang aku dah nak abes cuti, banyak laa plak tawaran2 yang berkeliaran yang mmg sah2 aku xdpt nak kerja dah pon. hebat laa diorg ni... macam tau2 je nak kena bunuh secara beramai2. sume dok menabur segala janji manismu yang ibarat racun tikus bagiku. sib baik aku pandai, aku tak telan pon racun 2. sbb aku bukan tikus. yang plg best. kedai dekat umah aku. 'jawatan kosong, juruwang dikhendaki SEGERA' menyirap....!!!!!!!! ko bukan tak tahu jadi cashier 2 cita-cita azali aku sejak zaman remaja. sengaja je wat SEGERA dalam huruf besar tuh kan.

situasi 2: time korang ada duit (baru dapat elaun ke gaji ke atau pon dapat bonus pekerja pemain galah panjang cemerlang ke), barang yang korang nak beli macam xdeje... kalau nak shopping pon xbyk benda yang berkenan di hati. gaya tg barang pon dengan muka xde perasaan. ye lah orang tgh kaya, duit ribu2 dalam poket (yang ni bukan situasi aku). TETAPI. bila korang tgh xde duit, nak beli karipap sebijik pon dah mula kumpul duit 5sen, time 2 laaa member ajak "weh jom lepak", " aku bosan, tgk wayang jom" "jom gi jalan-jalan cuti-cuti malaysia kat kazakhstan" . dengan segala itu tadi membuatkan perasaan nak beli bazooka dan menembak angsa belakang rumah guna pistol air, membuak-buak. tambah bila mendengar bunyi lagu sayu perit purse yang ringan dan berintikan habuk semata. perghhhh..... sedih.

situasi 3 : time korang xnak tunggu teksi ke lrt ke lori sapu ke, berduyun-duyun diorng lalu lalang depan mata. tapi time korang sgt lah urgent memerlukan seketul perkhidmatan diorng, sunyi sepi macam padang pasir. kosong. xde apa. yang ada hanyalah pak sood dok tolak kereta sorong dia bawak isteri yang sakit nak bersalin. xkan korang nak join dia kot. pendek kata time 2 kompem segala sumpah seranah, perasaan panik menyerang, automatik jalan terkepit-kepit menahan kesyahduan nak ke jamban, berlaku. wooo... ni mmg situasi cliche bak kata org urban.

byk lagi situasi2 yang ala2 gini berlaku. tapi kadang2 tak semua situasi ini mendatang perasaan rasukan ablasa yang menggila. ada gak yang mungkin membawa perasaan yang 'halah-halah' tersipu2. seperti (ni sumpah xde kaitan dengan hidup mati penulis blog sebagai seorang manusia budiman) :

korang baru clash ngan kekasih ati. mmg sepi seorang perindu, mata bengkak sembam mcm baru pas make up untuk citer hantu paling angker abad ini. time 2 rasa : alangkah bagus kot laa aku ada pakwe. jeles aku tgk makcik konah 2 ha. walau muka cam katak penyek kena gelek kereta sorong, pakwe keliling buku lali.

time ni, sebanyak mana korang dok mintak mcm2 nak ada pengganti la apa la, kompoom xde sapa yang sudi menghulurkan kasih sayang mahupun bantuan make up kan muka jadi angelina jolie. tapi bila korang dah rasa cam aku malas ahh nak pk. sakit kepala. aku serahkan segala urusan ini pada Tuhan yang satu. tiba-tiba mungkin time ni laa ada yang datang, yang sudi. buat kan hati korang kembali berbunga. walau pun masanya kadang2 sampai 3,4 atau 10 tahun kemudian. jadi, tunggu je laaa... sbb dah selalu sgt aku dgr pasal situasi ini. so yang penting, jangan sesekali berhenti berharap dan xpayah laa gi audition nak berlakon citer antu 'puaka niyang rempit' oke?

notakaki: sebelum aku ditempatkan mungkin2 kat kawasan yang mmg tak punya line tenet dan meninggalkan blog ini berhabuk ibarat suci dalam debu, sila bersabar kalau kes-kes merepek di dalam kamar syahdu suam suam kuku vavi berlaku. sekian.

say hello to my new sayang


arjuna.

0 geng kapak:

Post a Comment

komeng laa selagi anda boleh mengomeng~

Related Posts with Thumbnails