Wednesday, July 14, 2010

0 selamat datang ke dunia angker

entri ni ada berbaur keseraman yang agak mencabar minda si penakut-penakut. kalau rasa lemah semangat, gi kat tanda X dalam kotak merah, penjuru atas belah kanan dan click 'cancel'. aku tak bertanggungjawab andai kata ada yang sawan babi atau histerika selepas membaca entri ini.


bermula di satu malam. malam yang sunyi nyi nyi, pakmat tak jual kopi pon. bila seorang gadis yang baik hati budinya dan slalu berpandangan jauh dalam menongkah arus kehidupan, sedang enak tidur diulit mimpi indah bercinta dengan taylor lautner. tiba-tiba terasa ada satu makhluk, mula merayap di bahagian kakinya. hati mula bergoncang ibarat 'heart shake'. tersentak dari mimpi, cuba mahu membuka mata tapi rasa ketakutan yang suam suam kuku babi menguasai diri. hati mula bermain teka teki. 'nak bukak, xnak bukak, nak bukak, xnak bukak' (bukak mata ye. jangan berfikiran di bawah norma-norma manusia budiman)

makhluk itu bertambah aktif meliarkan kaki-kaki beliau yang tak shave selama beberapa purnama. sungguh tak senonoh. jadi dengan saki baki sisa-sisa keberanian yang agak sia-sia, gadis mendapat satu akal. atas kepala tiba-tiba ada satu mentol menyala, ting!! idea!!!.

gadis pon mengelupur ibarat cacing yang baru kena penangan ubat cirit birit di dalam perut. tidak menjerit. tidak. kerana mungkin satu kawasan penjiranan serta pemparitan akan tergempar dengan kehadiran makhluk yang kurang bermoral itu. terbukti berhasil. macam lipas kudung makhluk tersebut menyembunyikan diri entah ke mana.

akibat kemalasan dan kemengantukkan yang menggila, gadis yang tinggi budi pekerti itu menyambung mimpi indahnya sebentar tadi. cuma kali ini, taylor lautner telah bertukar menjadi cristiano ronaldo. tidak mengapa. gadis itu menerima seadanya. zzzzzzzzzzzz...


pagi menjelma. peristiwa semalam biarkan lah berlalu di kamar syahdu. tetapi. alangkah terkuzatt macam haramnya, makhluk itu muncul kembali. berbekalkan semangat kental, dan hati waja, perhitungan perlu dilakukan. walau terdengar suara menjerit-jerit ibarat pondan tercekik biji durian, dan terlompat-lompat dengan aksi yang agak memalukan sebagai seorang yang manusia.


akhirnya, pejuang berani mati seperti gadis itu, mencapai kemenangan di medan perang. dia memanjat kesyukuran ke hadrat illahi. tidurnya juga mungkin akan aman dan makmur. itupun kalau sanak sedara cucu cicit makhluk tersebut tidak merancang untuk serangan balas. harapnya tiada.

may u rest in peace.




kejam x? takkan?? moral of the story: jgn masuk dalam kain org waktu org sedap tido.... agghhhhhhhh!!!

0 geng kapak:

Post a Comment

komeng laa selagi anda boleh mengomeng~

Related Posts with Thumbnails