Saturday, July 24, 2010

2 kronologi demam ayam

entri bukan laa nak citer pasal seekor ayam yang demam ataupun demam terkejut sebab ternampak ayam xde kepala di halaman rumah. tak tak. aku nk citer dengan perasaan syahdu dan sayu nya, aku kena chicken pox. demam campak. aku ingat kan dah muda remaja cam skang ni, xde laa nak menghadap situasi mcm nih. aku silap rupanya. harus laa aku bukan budak medic, mana nak tahu. UPSR pon xdapat sume A. watdehek.

oke, demam ini dimulakan tanpa salam assalamualaikum pon. mula dengan rasa cam ada benda menusuk di kaki. sebagai seorang manusia budiman, aku ni dok laa teropong kaki sendiri yang harum baunya, mana laa tahu kot2 ada serpihan kaca atau peluru sesat melekat kat kaki. rupanya laa 2 laa ibu campak. campak ni dilahirkan tanpa ayah. kesian beliau. tapi adik-beradik dia, ya ampun..... tak terkira. dia naik bintik2 merah di badan super chomel aku ni. paling best merata plak di tapak kaki. membuatkan aku nak jalan pon terjengket-jengket cam pondan baru nak berjalan cam supermodel. pas2 diorng ni kejam laa gak. elemen2 gatal yang menular seluruh badan buatkan aku tak ubah mcm manusia kurang bertamadun. tergaru-garu tergedik gedik. sebagai manusia normal, aksi ini sangat lah tak dapat diterima akal sebab tangan aku pendek, tak sampai nak garu belakang sendiri. pedih....

dia tumbuh jugak kat tangan. ini yang aku agak nak rasa cam nak mengamuk gaya hulk version anggun lagi ayu lagi sopan santun. sengal gila. nak menaip ni pon rasa cam nk lempang hamster sendiri. sbb gatal dan pedih. nak menaip sms apatah lagi. sebagai seorang makhluk yang user-frenly terhadap sms telepon. selalu org msg aku sepatah, aku jawab mcm esei bahasa melayu standard spm. skang org msg pon, aku terpaksa jadi gadis anti sosial. reply dengan 'ok', 'haha', 'yup' ... tak ke membazir namanya 2. tak caya? try ahh antar msg kat aku tgk aku jwb mcm mana. kompem saket ati dan rasa nak gi lastik nyamuk2 chomel yang berterbangan menambahkan rasa nak bakar je bilik ni. sib baik umah bapak aku. kalau rumah ayam aku, dah lama aku bakar.

paling best. konvo lagi 2 minggu. tahniah dan takziah. great! just great...!

so apa lagi tunggu, meh ahh dtg melawat aku yang tidak bermaya nih. walau di alam maya aku mmg aktif ibarat makcik2 mesyuarat tingkap dok citer pasal adamaya. melawat tu agak2 laa bawak buah-buahan ker, fillet-o-fish ker, nugget ikan ke... kalau ko dtg bwk ayam goreng spicy mekdi ke burger GCB yang terkenal dgn kesedapannya ke, mmg aku tanpa berfikir panjang akan hidang kan teh panas racun tikus dan cucur kemenyan sebagai tanda terima kasih.

cipta rekod. taip 1 entri makan masa dalam sejam lebih. hebat! jom layan gambar hasil ihsan kamera hp aku


tangan huduh. bukan cubaan letak liquid paper kat tgn sendiri ataupun penampar sulung utk korg. ni laa hasil demam ayam pox tuh.. demm demm!!!


gambar-gambar di bawah adalah hasil budak-bosan-tak-boleh-kuar- berjalan- di-luar-rumah.

ni kipas bilik saya yang lembab mcm siput neraka.

ni plak bahagian atas langsir bilik yang bahagian bawahnya ada yang digigit hamster. cool.

bilik air wangi yang lampunya dah mati. terbakar. waktu kematian, 8.45pm. kedeemmit!!

unta version mendabik dada, 'i'm proud to be a camel... do you? i dun give a demm' haha.


notakaki: demam campak mampu memberi anda simptom sengal disebabkan otak yang tak mampu bergerak secara aktif, adil dan saksama. terhasil laa gambar-gambar sengal seperti di atas. sekian, majulah chicken pox untuk persatuan chicken shit sedunia.


2 geng kapak:

pearl jade said...

huhu.....comella kamu yam
sempat lg 2 wt n3..hehe
nak mkn fillet o pish...wuuuuuuuuu
eh blik air tbakar pn smpat lg amk gmbr...hehe

Farah Filzah bt Azizuddin said...

hahahaha.. cargasss!!! i kan xde keje... ni laa keje org kena quarantine... ingat senang... pedih woo nak menaip... hahahha

Post a Comment

komeng laa selagi anda boleh mengomeng~

Related Posts with Thumbnails