Monday, August 30, 2010

2 popular culture

dah lama sebenarnya aku nak menulis pasal popular culture or as-known- as pop culture. pop culture yang aku nak gebang ni is not a very serious one laa tapi apa yang aku observed kat facebook. yes.

pop culture in fb. kalau zaman world cup, sume dok tukar profile picture jadi gambar jersey. yeah, korang minat team itu ini whatssoever. tapi kalau betul minat xpe. ini ada yang buat sebab nak ikut orang lain buat. 'monkey see, monkey do' aku bukan kata korang monyet so jangan terasa. saja ikut2 walaupon korang haram tak minat pon. cuma takut 'ketinggalan' or di panggil kuno zaman batu belah batu bertangkup. not cool.

pastu time hangat isu GAZA, sume orang hitamkan profile. buat gambar profile, save gaza. tapi ada korang betul-betul mainkan peranan untuk betul-betul tadah tangan berdoa untuk selamatkan saudara-saudara islam di sana atau setakat , 'hey, diorang buat , aku kena buat. kang aku di cop tak berperikemanusiaan plak.' itu bukan ke tak ikhlas. saja nak wat ikutan buat apa. aku tak marah kalau betul-betul kesedaran 2 ada tapi kamonnn laaa.. jangan plastic kan diri dengan isu-isu macam ini. boleh tak?

ye entri ni memang aku rasa ramai yang nak terasa ke apa ke tapi this pop culture need to stop. kalau mmg betul-betul rasa ikhlas, kenapa perlu nak terasa. pergi mampos laa apa aku nak cakap kan sebab kalian sendiri tahu kalian yang bagaimana.

yang jujur. atau yang berlakon jujur.

PILIH.

ok. esok merdeka. berapa ramai pulak yang akan gantikan profile picture dengan bendera malaysia. tunjukkan anda patriotik dengan merdekakan diri anda DAHULU, jadi diri anda sendiri dan jangan biarkan pemikiran dijajah dari apa-apa unsur yang lain kecuali cintakan tanah air sendiri.

tolong

be yourself.

adakalanya mungkin aku juga poseur tak tentu hala. aku tak salahkan diri sebab aku belajar dari kesilapan. aku cuma suarakan pendapat. maaf kalau ini bukan apa yang mahu didengar. aku bukan nya good-good tak tentu hala. sebab aku juga tak sempurna dan aku mmg tahu aku bukan. tak segan aku nak akui semua itu.

marah? jangan.


ini cliche. kehidupan memang begitu.



selamat menyambut hari kemerdekaan ke 53, MALAYSIA.

Friday, August 27, 2010

4 wakenabeb!!!!

kasi rapat, kasi rapat, ni aku ada benda nak habaqq ni... gua kena beb.... kena kencing kaw kaw punya. woo... sib baik tahi xsempat kena. kalau x, mmg aku bom laa tempat berkenaan. nak tahu apa citer... ni nak citer la nih. lek luu..

ha. dengan niat yang suci murni muka penuh keazaman, nak gi tengok wayang. mmg aku ni kaki wayang yang tegar. nasib kaki aku ni mulia sket dari kaki bangku atau kaki kakakkukaku. sumpah tak cool. so tengok laa citer apa yang menarik hati sekali desssssssuppp (side efek) terpandang poster.

avatar: special edition in 3d.

perghh. aku pon macam nak buat tarian 'i got it from my momma' kat situ gak. tapi fikiran masih waras mengenangkan ramai laa makhluk tuhan yang akan muntah hijau warna-warni aidilfitri kalau aku menari gitu. dah kesian batal posa diorg.

woha! avatar ada sequel woo.. special edition 2... gila gempak. apsal aku tak tahu pon sebelum nih. dengan gaya terketar-ketar macam orang baru pas dapat result pmr, aku pon heret pak sood punya adik, beli tiket wayang. aku suruh dia beli tiket (sambil aku acu pistol kat tengkuk dia. sambil berbisik manja) 'tiket atau nyawa'. hahaha.. pedulik apa aku. hambek ko. satu tiket harga boleh dapat 4 happy meal mekdi sekali gus. mmg sungguh tak happy muka dia time 2. sekali lagi kena bisikan syahdu 'senyum atau bazooka' . lalu dia pun tersenyum. haa.. kan chomel.

kitorg pon mengensot masuk sambil dihulur spek 3d tuh. fuyoo.. ipoh ada 3d woh. (mata kedip-kedip berkaca sambil terharu pegang spek) kesian mak konah. kompem dia xleh tengok. sebab powek spek dia mmg tahap kamen rider la. 900 power kuasa kuda halilintar. kalau dia xpakai spek, dia tengok aku pon dia cakap, ' eh, siti nurhalipan. nak saiin..!!' dan aku dengan penuh bongkak akan balas, 'no komen. no picture pls. sain2 apa nih. ottograf ah. kompem tak gi tadika.' hahah.... so mcm mana dia nak pakai spek 3d kalau dia kena pakai spek dia tuh. xpe la. balik kang aku 3g kau ye mak konah. kesian kau kesepian.

yes. citer nak start.

mula cerita. sama.
tengah cerita. sama.
ending. sama.

SAMA.

SPECIAL EDITION APA JADAHNYA....!!!!!!!!!! (sambil badan aku dah berapi cam son goku bertukar jadi super saiya ) pokemon. dah kena kencing kot. aku pon tanya encik tukang-koyak-tiket. "wahai enck tukang koyak tiket, apa yang lain nya citer ni? kata special edition. apa yang special nya? korang nak kena bunuh ke?'

'dulu edition kat cinema ni xde 3d. sekarang dah ada. special la tuh. pulangkan spek balik kalau tak kami mengganas'.

jangan tanya nasib dia. mangsa bunuh dengan gunakan bazooka kelas atasan di panggung wayang yang pertama.

encik-tukang-koyak-tiket.


tiba-tiba aku tingat ashton kucer


wakenabeb!! demm

0 kata orang

kata seorang teman:

kenapa lain cara penulisan sekarang? where's the queen of sengal?

kata seorang lagi:

kenapa kebelakangan ni kau dah tak gila macam dulu?

kata aku:

bulan puasa. 'agony' kurang mental. ini lah hasilnya. HAHAHAHA.


terima kasih pada yang sudi membaca. ada juga rupanya. ini bukan angin pertukaran atau peralihan. BUKAN. sengal dan gila aku akan kembali. nanti. buat masa sekarang biar lah aku begini. sebab yang aku sendiri pun tak punya. dan bukan sebabkan telah wujud angin kematangan.

sumpah tidak.



sengal dan gila. jangan tinggal aku lama-lama. aku rindu.

Thursday, August 26, 2010

0 gerak hati

lewat hari ini aku ada bicara dengan seorang ini mengenai 'gerak hati'. benar kata orang, 'ikut hati, mati.' tapi itu orang yang kata. bagi aku ada kalanya gerak hati aku akhirnya terbukti sahih dan ada kalanya segala gerak di hati aku boleh dicampak ke longkang dan pergi jahanam. ketemu jalan buntu.

titik

selalunya kalau aku pertama kali berjumpa seorang itu, siapa-siapa, ada kalanya aku tak rasa apa, ada kalanya aku rasa suka dan ada kalanya aku diam tak kata apa-apa. bila suka atau tak rasa apa, itu bagus. good first impression dan hati aku juga tak menggila tertanya-tanya. tapi bila mana aku mula diam, pasif dan seperti aku bukan aku yang peramah, periang atau yang ketawa macam hyena tercekik bunga cengkih, itu BAHAYA. sebab aku mula rasa ada sesuatu tak kena, aku mula rasa kekok, mula rasa tertanya-tanya apa celaka yang bakal tiba.

sebab selalunya bila bahaya, masa depan tentu akan ada sesuatu. sama ada subjek sakiti kesayangan ku, atau sakiti hati aku, atau dia punca minyak petrol menjulangkan segala bentuk api sumpah seranah. aku tak tahu. selalunya ada.

selalunya.

aku bukan tahu sekali imbas tengok muka orang aku dapat agak, oh, dia ini pembunuh bersiri, oh dia ini jahat sekali, oh dia ini mungkin pencuri. TIDAK. aku bukan begitu. cuma mungkin dia bakal isukan agenda-agenda yang akan buat jiwa aku kusut atau dalam erti kata halusnya, hadirkan sedikit rasa tidak suka dan aku akan terus menjadi seorang yang sangat pura-pura. ya, bila jadinya ini aku akan mula jijik pada diri sendiri. macam mahu masuk dalam almari dan main sembunyi-sembunyi.

jangan salah duga. aku bukan 'ibu peri' ibarat bawang merah bawang putih. ada juga kes-kesnya aku juga tersilap menilai orang. ada juga jadinya, bila ikut gerak hati, akhirnya semua meleset dan tak habis-habis aku salahkan sendiri. tapi entah. dalam menilai orang melalui pertama kali perkenalan, aku boleh tahu mungkin aku dan dia serasi atau bagaimana.

jujur aku tak suka rasa begini. sumpah tidak.

sebab aku ingin kenal orang tanpa rasa apa-apa. tanpa ada egoni. ada yang jumpa aku buat kali pertama katakan aku sombong. ya mungkin. kenapa? aku bukan sengaja. kerna mungkin kamu dalam list 'bahaya' itu.mungkin. tapi jika kamu jumpa aku dan aku sudah boleh mula menggila, kamu golongan selamat atau mungkin tidak.

SELAMAT kerana aku mula suka kamu. mula selesa dengan kamu. TIDAK selamat kerana aku mungkin akan mula susahkan kamu dengan hidup duka gembira aku. mungkin akan mula peningkan kepala kamu dengan gelagat yang mungkin kurang senonoh pada golongan makcik-makcik mesyuarat tingkap itu.

kerana aku lantang suaranya. kerap sangat gelaknya. kadangnya kerana aku ini tak peduli apa.


jadi apa pilihan yang kamu ada?


aku bukan saiko.

Monday, August 23, 2010

0 mati itu pasti.


tiba-tiba rasa nak menulis. walau aku tak tahu apa benda yang aku nak tulis. aku tanya hamster aku, dia diam. tanya kucing aku, dia pon diam. diorg ni xboleh cakap kah? (aku tak gila. aku bosan. gila dan bosan mmg xde kena mengena. tapi BOSAN GILA memang aku)

ok.

pernah tak ada sahabat atau kenalan korang yang meninggal dunia dan di ada fb, lepas 2 dekat fb dia penuh orang ucap takziah dengan sedekah al-fatihah? entah kenapa situasi ini selalu buat aku tersentap. mcm sebagai contoh kalau nama kau, orang tag dengan ucapan 'semoga rohnya aman di sana, dan allah tempat kan beliau di sisi orang yang beriman'. sentap! kadangnya aku xkenal pon siapa si polan yang dimaksudkan tapi tak tahu kenapa hati ini sayu. ucapan demi ucapan di conteng di wall tapi xde sapa pon yang dapat reply,

'aku ok je kat sini, korang jgn risau'.

xdee. senyap sunyi sepi je. sedih sangat. bukan maksud nak mainkan isu ni ke apa ke, tapi kadang2 terfikir jugak, technology ni kadangnya bagus, dapat kita lihat mcm mana rapatnya ukhwah sesama islam. bukan senang sahabat dan kenalan2 dalam fren list fb kau sume dapat dtg di hari pengebumian kau. jadi diorg dapat sedekah kan al-fatihah (sama ada hanya tulis 'al-fatihah' atau angkat tangan dan doa betul2), bukan kah itu satu anugerah?

selalu kalau kes birthday ke, bertunang/berkahwin ke, aku anggap biasa je. tapi yang satu ini semuanya nampak sayu.

jangan tanya kenapa aku emotional. tapi aku cuma tak tahu macam mana nak bayangkan, satu masa nanti, di wall aku penuh dengan ungkapan tersebut,

'farahfilzahazizuddin, semoga roh kamu tenang di sana. fyllo, kitorang rindu sangat kat kau, sayam. moga allah tempatkan kamu di sisi orang-orang yang soleh. amin. al-fatihah (smiley sedih)'



ye, sentap!

Sunday, August 22, 2010

2 buletin cencorot

selalu kalau dalam entri aku kalau korg perasan laa, slalu ada aku femeskan si cencorot nih. aku bukan laa manusiayang dibayar royalti oleh persatuan cencorot sedunia sbb cuba femeskan nama diorg nih.. (sbb malang bagi diorg blog aku haram tak femes pon. aku bukan hamis jalikha) haha. gotcha!

ada gak yang cuba tanya aku 'eh, cencorot 2 apa?' ok. aku ingat otak aku dah kategori sebu dah rupanya ada yang sebu lagi. aku jawab simple je. biasa laa... orang tak berapa pandai mcm aku nih mmg jawab se-simple yang boleh bagi mengelak sebarang soalan lanjutan yang bakal wat ati aku panas. aku jawab dengan suara merdu sopan santun cam hulk hogan..

'google'.

dan aku pon dengan terketar-ketar google gak. ok cencorot 2 ala2 cam phamily tikos laa.. adik beradik sepupu sepapat pat pat siki kau aku lipat. haa. tapi aku tak tahu laa keturun ni belah mak ke belah ayah tikus. nak tahu nanti korg tanya sendiri.

tapi yang aku paling panas hati tahap gunung berapi kepundenparang sekeperrr nya bila aku try google untuk 'cencorot' aku jumpa ini :


demm!!


2 bukan gambar aku ke? WTF!! sumpah aku bukan sedara belah pak menakan cencorot. wohh...

jutaan terima kasih laa buat encik google yang buat aku rasa cam nak jadi mangsa bunuh je di waktu pagi begini. kalau budak tadika gi google search word cencorot untuk kajian thesis beliau, pastu diorg terserempak ngan aku. kan diorg berebut nak minta otograff aku. cencorot femes laa katakan. hahahha

(cuba cari cencorot gojuzz, mana tahu keluar gambar aku sorg je. haahahhaha. the one and only... cantik bukan?? macam setan.)


ada sapa2 nak bunuh aku?

0 wish upon zillion stars v2.0

can i have a another set of wish list? can i..? yes i can... sebab wish je pon kan kan kan? besides,list dari entri INI semua ada yang tercapai dan ada yang aku rasa dah xnak dah. cuma wishlist yang 002 tu je masih menjadi poooojaaann haaaaatiku... hahahha. ini kira kita pasang impian, kuatkan azam dan percayaaaaa pada diriiii.. (cuma versi tak payah seret beg kuar dewan ke toilet ke mcm bebudak AF) kali ni seperti biasa, waktu kejadian aku mula mematuk-matuk papan kekunci (keyboard bak kata org perak) adalah pukul 6 pagi. aku baru pas solat subuh so moga-moga wishlist ini diberkati hendaknya.... aminnnnnnn... walau dalam keadaan mata aku yang sudah layu di tasik madu, gara-gara teman mak cik konah tengok wrestling malam td. kurengg punya org tua. bulan posa pon layan wrestling. layan aa sembilu kasih ke, ku tunggu janda mu di tasik madu ke. kan ada pekdah.

ahh cakap banyak tara guna.. walau duit aku haram tak ada, aku pedulik apa...!!! wahaha..

wishlist 001 V2.0 (wah, giler gempak ini code. hahah)

lomography camera. sebenarnya dah lama aku cari benda alah ni. sekali hari ni terjumpa blog INI. dan aku telah melakukan aksi OMG paling tak dapat diterima akal sekali bila aku tgk benda alah ni.. huhu. niat nak ada benda ni dah lama, even lama lagi dari kepala hotak aku start pk nak beli ARJUNA aku tuh. so now, benda dah ada cuma yang xde nya... (jangan wat aku mula ckp pasal status $$ aku lagi. kang ada yang kena bom meriam buluh di bulan ramadhan) hahah. benda ni dtg tanpa diundang pakcik sood, dalam 3 kaler yang berbeda. (wah, feeling2 rossa gitu) tapi yang putih ni laa yang wat aku jatuh cinta pandang pertama kali ku melihat wajah si dia.. ohooohoooi. sesuai laa sepadan dengan lambang kesucian hati ku. ha, baik kata ya, kalau tak,pendek bulu ketiak. ahahha

wishlist 002 V2.0

dkny fresh blossom. haa, memandangkan perfume aku pon dah abes (gara-gara mak cik konah 'lagi' ingat perfume aku tu one drop perfume versi jumbo, dia gi sembur macam tiada esok baginya untuk hidup.), aku mmg tingin sgt perfume yang nih. ho ho ho. tunggu laa. ada rezeki, ada lah. haha.


sebenarnya wishlist sume ni bukan nak tunjuk kata aku mmg banyak benda yang aku nak (mmg byk pon sebenarnya) cuma dia jadi mcm satu motivasi laa untuk aku supaya aku boleh capai sume2 ni. elok kalau kita letak satu atau lebih target, so that kita akan lebih berusaha gigih untuk mencapainya. yeaahh (ucapan tahunan kempen mari mengundi aku sebagai president kelab muda remaja sedunia) **tepuk semangat tepuk tepuk** haha

so 2 je laa. eleh tambah 2 je pon. buat masa sekarang la. masa depan sapa yang tahu. alang-alang menyeluk pekasam, biar aku dpt makanpekasam sebab dah lama gak aku tak makan. hahaha. sekian buletin banyak-cantik-muka-kau. salam sejahtera dan assalamualaikum.....


Sunday, August 15, 2010

0 ramadhan, bulan penuh keberkatan

selamat menyambut ramadhan walau ini bukan hari pertama puasa. dan bukan juga aku baru hari ni puasa. aku tak ponteng puasa lagi. hahaha...

update yang teramat singkat ini adalah kerana jari-jemari aku dah buntu nak type apa sebab semua entri yang aku dapat pikir sekarang semua berunsur makanan. dari mengelakkan aku menambah dosa2 kering nih, baik laa aku insafi diri dan nak bagi tazkirah ramadhan kat pak sood yang aku tgk dari tadi tak henti2 masuk jamban. aik?? takkan cherry berry di waktu tengahri je kot... hahaha... nak pasang cctv, tak sanggup. hahaha... hilang pahala puasa aku. aku tak tuduh. sumpah tak... cool cool....


oh oh.... berbuka puasa di sini tentu terbaikk....


anyone?

**see??? kan ada gak unsur makanan... ok. mungkin aku patut berhenti tulis apa2 entri sampai syawal menjelma. boleh ke??**

Sunday, August 8, 2010

0 corn-voo-key-sion.

haa. terkebil lidah nak baca tajuk entri... lama xhupdate ini kotak jiwa mati... bukan malas, (teramat sebenarnya) but been busy lately... well...(wahh.. speaking london di pagi hari yang hambar). mak konah kompem jeles sambil memandang sinis muka aku yang xsehuduh muka dia. hahaha... pedulik.......!! saya busy bukan sibuk menternak lemak, jauh sekali menghabehkan boraih di rumah. tapi saya udah bergelar .........



graduan.



hahaha... ni bukan graduan akedemi fantasia ataupun jadi pelakon tambahan snippet2 citer graduan kat astro 2. (sumpah bongek citer 2, sila jgn tgk! sbb xde dah pon kat tv) aku dah graduate....! yeay..... selembab-lembab otak aku yang kalah siput neraka ni pon, berjaya gak lepass last sem ari 2... wahaha... nasib tak sangkut paper mana2... kalau sangkut mmg aku bom ahhh sapa2 yang patut. sem last merupakan sem yang paling mencabar. bukan kes study atau pk mcm mana nak dtg kelas awal. nooo.. sbb byk pergolakan emosi berlaku sampai aku hampir2 panggil seekor cencorot dengan panggilan 'angelina jolie'. tak cool.

sebenarnya xtahu nk tulis apa lagi. cuma hari 2 selain berasak-rasak di sekitar dtc, UM, dengan peluh yang tak henggat, tapi aku pedulik apa. biar. peluk2 dgn member pun wat muka xbersalah dan yakin diri aku wangi harum durjana. ahhaha.. keyakinan diri, kunci utama kita... sbb diorg pon lebih kurang cam aku. hahaha... lagipon, dah xkan jumpa mereka barangkali. sumpah sedih. wuuuuuu

malas nak ckp byk. untuk kawan-kawan B.ED TESL COHORT 3, UNIVERSITY OF MALAYA. WE DID IT.................!!!!!!!! (late-comer tegar pon leh grad weh, korang dtg awal gi kelas pon xde beza. hahahahha... kejam plak ayat nih... aku nak sedapkan hati sendiri. sib baik xdpt anugerah piala-late-comer- terhormat) perghh.. mesti mak aku dah fire aku guna bazooka kesayangan dia. kebaaaaaaaboooom... tamatlah riwayat kesan degil si cencorot gojess.. wahahaaa.


enjoy the picca. hasil photographer, encik mohd shazni zainal. dia cool. kalau konvo ke nak kawen ke, bley laa mintak dia jd photog. insyaallah xmenyesal. saya tidak! (pomot pomot...! hahah)


cantik bukan?

Related Posts with Thumbnails